Dua maut dalam dua kemalangan


Gambar Sekadar Hiasan. Tiada Kena Mengena Dengan Aktres Nia Ramadhani Ini… Nama Je Dekat-Dekat Sama… He… He… He…

SEREMBAN 9 Okt. – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama ibunya terjatuh lalu digilis oleh sebuah lori di persimpangan Kota Seriemas, Nilai dekat sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Farah Shazwani Zahari, 7, bersama ibunya, Asmah Mustapha, 44, dikatakan dalam perjalanan ke Nilai.

“Motosikal jenis Yamaha Lagenda dinaiki dua beranak itu dikatakan terjatuh selepas dipercayai hilang kawalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya.

“Kemudian mereka digilis oleh sebuah lori muatan pasir,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan berhampiran Taman Sri Pulai, Sikamat, seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang berusia setahun, maut dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kereta pagi ini.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa Nia Ramadani, 1, bersama ibunya yang masih belum dikenali identitinya dipercayai sedang melintas jalan ketika dalam perjalanan ke kedai berdekatan kira-kira pukul 10 pagi sebelum mereka dirempuh kereta berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

P/S: Berita di atas tiada kene mengena langsung dengan aktres dari seberang iaitu Nia Ramadhani yang terkenal dengan sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Hanya kebetulan sahaja nama dekat sama. Gambar sekadar hiasan semata-mata… Pesan eXception, berhati-hatilah ketika menunggang motosikal… Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan di atas (yang beragama Islam sahaja)… Al-Fatihah…