Kapal Perang Indonesia Terbakar Angkara Pemetik Api??

Tinggalkan komen

Kapal Perang Indonesia Terbakar Angkara Pemetik Api??

Kapal perang kebanggaan Indonesia, Trimaran Klewang menjadi cair apabila terbakar pada jam 3 petang pada 28 September 2012. Kapal perang yang kononnya setaraf kapal perang berteknologi ‘stealth’ buatan Amerika, hanyalah diperbuat dari fiberglass. Memandangkan bentuknya bersegi-segi, maka dianggap sebagai ‘siluman’ oleh Indonesia.

Apapun, biar betapa ‘siluman’ kapal perang Timaran Klewang ini, cukup sekadar menggunakan pemetik api Zippo untuk memusnahkannya hingga menjadi cair…

Di bawah ini adalah rupa asal kapal perang Timaran Klewang ini… Manakala di atas ialah rupa sebenar Timaran Klewang apabila dijilat api…

Sudah pasti kebakaran kapal perang Timaran Klewang bakal menjadi bahan ketawa oleh negara jiran, kerana musnahnya bukan kerana peluru torpedo atau peluru berpandu tomahawk. Tapi hanya dengan pemetik api, sudah cukup membuatkan maruah Tentera Nasional Indonesia tercalar… Kasihan…

Apa yang eXception perolehi, insiden ini dikatakan perbuatan sabotaj oleh komando-komando PASKAL Malaysia dalam melaksanakan misi ‘Black Project’. Sewajarnya ini satu pengajaran berguna kepada TNI supaya tidak lagi menjadi lanun di Selat Melaka dan Laut China Selatan dengan sesuka hati menahan bot nelayan Malaysia walaupun kedudukan bot tersebut berada di dalam perairan Malaysia… Tindakan keji TNI ini akhirnya dibalas… Syabas kepada anggota komando PASKAL!!

Sumber: KAPAL KEBANGGAAN REPUBLIK INDONESIA TERBAKAR DAN MENCAIR

Advertisements

Barangan Peribadi Untuk Di Lelong!! Bidaan Dibuka!!

2 Komen

Barangan Peribadi Untuk Di Lelong!! Bidaan Dibuka!!

Tak sangka ya, barang milik peribadi pun boleh dibuat duit… Isk memang tak sangka la… Respek la sama pemimpin Pakatan Rakyat… Gambar sendiri, surat cinta pun boleh dilelong… Laku pulak tu… Kalau macam tu la… eXception pun berminat juga nak melelong barangan peribadi eXception… Jadi, sesiapa yang berminat nak bida, sila tinggalkan komen. Hanya catat jumlah bidaan korang je… Mudah kan??

Barangan pertama yang eXception ingin lelong ialah potret Donnalisa… Bukan potret Monalisa ya… eXception letak harga pemula sebanyak RM 5000.00. Mungkin boleh dibida setinggi RM 17,000.00 seperti mana Haji Hadi Awang berjaya melelong potret beliau pada harga tersebut.


Harga Pemula: RM 5000.00

Barangan kedua yang eXception ingin lelong ialah Majalah Ujang keluaran volume 393. eXception letak harga pemula pada nilai RM 10,000.00. Korang jangan gelak pulak… Kartunis Zunar boleh jual kartun dia setinggi RM 32,000.00 takkan eXception tak boleh jual majalah Ujang yang usianya sudah mencecah 2 tahun?? Kira antik ni… Paling tinggi eXception yakin ada orang sanggup bida setinggi RM 40,000. Kalau dibandingkan dengan kartun Zunar yang hanya satu muka sahaja… Majalah Ujang ni ada banyak kartun di setiap halaman… Korang boleh bantai gelak sampai muntah darah bila baca Majalah Ujang ni… Tak tipu!!


Harga Pemula: RM 10,000.00

Barangan ketiga yang ingin eXception lelong ialah, surat cinta eXception kepada isteri masa sebelum kahwin dulu… Jika Nuar boleh jual surat cinta dia kat bini dia dengan harga RM 50,000.00, takkan eXception tak dapat jual surat cinta eXception setinggi harga tu kan? eXception letak harga mula RM 10,000.00 la kira cincai…


Harga Pemula: RM 10,000.00

Kemudian yang seterusnya eXception ingin melelong 3 batang pen kilometrico yang sudah kehabisan dakwat. Nyaris-nyaris je eXception nak lempar dalam tong sampah. Bila tahu Lim Guan Eng boleh lelong pen dia setinggi RM 25,000.00, takkan eXception tak boleh lelong setinggi tu?? Betul tak?? Harga pemula, eXception letak RM 5000.00. Kira murah la kan?? Ha ha ha ha ha ha!!


Harga Pemula: RM 5000.00

Barangan seterusnya… Ialah berus gigi milik nenek tiri eXception… Dah kembang. Tapi masih mempunyai harga… Mungkin boleh capai harga sebanyak RM 20,000.00. Jadi Harga pemula, eXception letak sebanyak RM 5000.00 je la…


Harga Pemula: RM 5000.00

Akhir sekali… Barangan yang istimewa yang terakhir… Barangan ini amat berharga… Harganya mungkin boleh cecah sebanyak RM 800,000.00. Barangan terakhir ini adalah seluar dalam milik Tok Garu Nicky Ajisz… Antara keistimewaan barangan ini, jika korang menciumnya, korang akan terasa seolah-olah mencium bau syurga… Jika korang sapu seluar dalam ni kat muka korang, InsyaAllah, muka korang akan jadi berseri-seri dan bercahaya penuh sinar keimanan…

Jika korang menggunakannya untuk mengelap badan korang, InsyaAllah… Korang takkan lut dijilat api… Tak kiralah api di dunia atau di akhirat… Apapun itu semua izin Allah… Seluar dalam ini masih belum dibasuh selepas digunakan oleh Tok Garu Nicky Ajisz. Masih kelihatan kesan cirit berwarna kunyit yang mengering masih lagi melekat…

Jangan risau, barang ini eXception tak guna pun lagi, masih elok berada dalam kotak khas bagi mengelakkan dihurung lipas. Jadi harga pemula, eXception letak sebanyak RM 10,000.00. Kira murah la tu… Kalo nak dibandingkan sinar keimanan yang korang dapat apabila menyapu muka dengannya…

Harga Pemula: RM 10,000.00

Jadi… Bidaan dibuka mulai sekarang… eXception akan umumkan tarikh bidaan tamat sebelum 10 hari sebelum tarikh tersebut. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan…. Sila tinggalkan komen anda jika hendak mebuat bidaan… Sila tinggalkan nilai bidaan anda pada ruangan komen…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Beri Rebat Pembelian Telefon Pintar Untuk Belia!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Beri Rebat Pembelian Telefon Pintar Untuk Belia!?

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Golongan belia bakal menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej khas itu akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi.

Menurut beliau, sebanyak RM300 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan akan dimanfaatkan oleh 1.5 juta belia.

“Ia terbuka mereka yang berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah,” katanya dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

eXception cukup tidak berpuas hati dengan perkara ini… Kerajaan Barisan Nasional memang ZALIM… Ikut suka dia sahaja nak berikan rebat RM 200 kepada belia untuk mereka membeli telefon pintar.

Dah la sasaran umur adalah 21 hingga 30 tahun… Memang patut eXception berasa marah…

Mana tak marah… Umur eXception sendiri dah lebih dari 30 tahun… Tak layak la dapat rebat ni… Memang tak puas hati!!

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING sahaja…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman inilah yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan satu peratus kadar cukai mulai tahun depan.

Penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.
Langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

20 jenis pelepasan

Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

Cukai koperasi turun

Kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai.

Dengan itu, seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan.

-Berita Harian

Satu lagi kezaliman terbesar Kerajaan Barisan Nasional!! Ini dah menindas rakyat yang berpendapatan sederhana!! Dengan menafikan peluang 170,000 individu dari membayar cukai adalah satu kekejaman yang melampau. Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional perlu memberi peluang 170,000 individu ini membayar cukai pendapatan.

Tetapi Kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menafikan hak mereka dari membayar cukai pendapatan… eXception cukup marah dengan perkara sebegini… Sekiranya 170,000 individu ini dinafikan dari membayar cukai pendapatan, sudah pasti yang akan untung BUKAN Kerajaan Barisan Nasional… Sudah pasti yang TAKKAN rugi ialah 170,000 individu tersebut.

Sebagai tanda protes, PRU 13 nanti eXception tidak akan teragak-agak untuk TIDAK MEMANGKAH MANA-MANA PARTI SELAIN PARTI LOGO DI BAWAH INI…


#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Satu lagi KEZALIMAN TERBESAR Kerajaan Barisan Nasional terpaksa eXception dedahkan. Sebagai kakitangan awam, eXception cukup marah dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Mana tak marah… Dapat bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali pulak tu… Siapa tak hangin!! Ini dah membebankan kakitangan awam!!

Kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Disember depan dan bulan Januari tahun depan, ini sudah cukup menaikkan darah kakitangan awam.

Apakah ini balasan Kerajaan Barisan Nasional kepada segelintir kakitangan awam yang selama ini langsung TAK PERNAH MENYOKONG BN?? Bagi eXception balasan sebegini cukup zalim… Lagi zalim dari Firaun…

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman ini yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan terhadap kakitangan kerajaan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Apa punya kerajaan la… Zalim sungguh!! Dah la pencen pesara dinaikkan… Pastu nak bagi bonus sebanyak RM 500… Sepatutnya pencen pesara tidak perlu dinaikan, ianya akan menambahkan lagi beban pesara. Bonus pun jangan bagi… Lagi tambah beban pesara… Kesian pesara…

eXception pasti, kenaikan pencen untuk pesara kerajaan, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM 720 kepada RM 820 dalam Belanjawan 2013, membuktikan kerajaan Barisan Nasional sememangnya zalim.

Malah pemberian bonus RM 500 kepada pesara juga adalah tidak wajar… Hanya kerajaan yang ‘ZALIM’ sahaja akan beri bonus… Sekiranya pencen tidak dinaikkan dan tidak diberikan bonus kepada pesara, sudah tentu kalangan pemimpin Pakatan Biawak akan memuji-muji keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap pesara.

Sekarang apabila Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan pencen serta pemberian bonus kepada pesara, para pemimpin Pakatan Biawak sudah mula menggelabah biawak… Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan ‘kezaliman’ Kerajaan Barisan Nasional yang mahu membebankan pesara dengan peruntukan Bajet 2013 itu.

Sebagai pengajaran atas ‘kezaliman’ tersebut. Pada PRU 13 nanti, eXception akan pangkah ‘Kerajaan Zalim’ ini lagi!! Tungguuuuu!! Taulah nanti!! eXception akan pastikan ‘Kerajaan Zalim’ ini MENANG BESAR dalam PRU 13… Allahuakbar!!

#Bajet2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Diteruskan

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Diteruskan

Berita gembira kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Kumpulan sasaran ialah ketua keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 3000.00 sebulan ke bawah dan individu bujang yang mempunyai pendapatan tidak lebih dari RM 2000.00 sebulan. Bantuan RM 500.00 akan diberikan kepada ketua keluarga yang layak, manakala RM 250.00 untuk individu bujang yang layak.

Kerajaan Barisan Nasional akan memperuntukkan sebanyak RM 3 bilion bagi pemberian BR1M kali kedua ini. Penerima BR1M yang pernah menerimanya sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala permohonan baru boleh mendaftar bermula bulan November 2012 nanti secara online atau melalui kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.

Diharap dengan pemberian kali kedua BR1M ini dapat meringankan sedikit beban rakyat Malaysia yang berada di dalam kategori seperti yang disebutkan di atas. Sekalung terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Hj Najib Razak atas pemberian ini.

Untuk melihat kandungan initpati Bajet 2013 petang tadi boleh lihat di sini

Older Entries