Ular-Mak PAS Menyalahgunakan Fungsi Solat Hajat Untuk Menjahanamkan Sesama Islam

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera. – Malaysiakini

Ular-Mak-Ular-Mak PAS tidak sudah-sudah menyalahgunakan kesucian Agama Islam. Kini mahu menyalahgunakan fungsi solat hajat yang pada zahirnya fungsi sebenar ialah memohon sebarang perkara yang diingini dan dihajati kepada Allah. Solat Hajat adalah untuk kita memohon perkara-perkara yang baik untuk diri kita serta orang lain. Tetapi bukan disalahguna bertujuan jahat untuk melaknat orang lain.

Andai ini berlaku, sudah jelas PAS memang tak memahami langsung Islam… PAS hanya bertopengkan Islam dan kopiah serta serban untuk berlagak alim, tetapi di sebalik kopiah serta serban, tersembunyi tanduk syaitan. Sifat dengki, iri hati, dendam dan marah adalah sifat syaitan. Maka tak hairanlah jika sekarang kita boleh gelarkan PAS adalah Parti Ajaran Syaitan…

Adakah dengan memohon kepada Allah melaknat sesama Islam ada dalam ajaran Islam? Rasulullah SAW juga tak pernah melaknat penduduk Thaif yang pernah menghalau Baginda serta merejam Baginda dengan batu. Malah Rasulullah SAW memaafkan mereka dan berdoa kepada Allah agar mereka akan mendapat hidayah dari Allah nanti. Tetapi tidak bagi Parti Ajaran Syaitan ini… Konsep menghalalkan cara mereka amat bertentangan dengan syariat dan ajaran Islam… Masih adakah juak-juak PAS yang mempertahankan tindakan ini yang jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam?

Advertisements