Panas!! UMNO Tidak Iktiraf HAMAS??

Tinggalkan komen

Panas!! UMNO Tidak Iktiraf HAMAS??

Benarkah kisah yang berlegar-legar di alam siber kononnya UMNO tidak mengiktiraf pertubuhan HAMAS?? eXception tak tahu dari mana datangnya sumbernya…

Apa yang pasti perkara tersebut dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan penyokong utama negara Israel dalam Parlimen.

Bagaimanapun, gambar di bawah adalah BUKTI bahawa UMNO sentiasa mengiktiraf HAMAS…

Gambar di atas adalah gambar kunjungan delegasi HAMAS yang diketuai oleh Osama Hamdan selaku Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa HAMAS kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, petang tadi secara tidak langsung telah menjawab tohmahan pembangkang selama ini.

“UMNO sentiasa menyokong perjuangan Hamas dalam menentang keganasan dan memastikan kemerdekaan rakyat Palestin dan tuduhan pembangkang terhadap kerajaan sengaja diada-adakan bagi menimbulkan persepsi kononnya UMNO dan BN tidak berbuat demikian,” jelas Tengku Adnan.

Dalam pertemuan tersebut, beliau telah meminta agar Hamas dan Fatah dapat mengenepikan idealogi masing-masing dan bersatu dalam menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.

“Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara Islam kami di Palestin dan berharap agar Hamas dan Fatah dapat bersatu kerana apabila berpecah, pelbagai kekacauan boleh berlaku dan anasir-anasir luar akan mudah mengambil kesempatan.

“Di Malaysia juga, kita percaya pada kesatuan dan ia diaplikasikan dengan menyatukan pelbagai kaum, pelbagai etnik yang berbeza budaya dan agama bagi memastikan keamanan negara terpelihara,” katanya.

Dalam ucapan balasnya, Osama memaklumkan rasa penghargaan terhadap kerajaan Malaysia dan UMNO yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin.

“Alhamdulillah, negara-negara Islam termasuklah Malaysia memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan ini secara tidak langsung memberi kekuatan kepada kami,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan hormat seramai enam orang ini adalah Pengerusi Badan Kebudayaan Palestin di Malaysia, Mohamad Husin.

Jelas sekali dakwaan kononnya UMNO tidak mengiktiraf HAMAS adalah satu propaganda Pakatan Rakyat yang sentiasa menyokong Israel. Tujuan mereka tak lain ialah mahu rakyat memperlekehkan usaha UMNO membantu rakyat Palestin di Gaza. Maka dengan itu usaha UMNO melalui kerajaan Malaysia akan terbantut dan bantuan kepada rakyat Palestin gagal. Mastermind rancangan ini tak lain tak bukan ialah Anwar yang secara terbuka berkata, ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel’ dalam Wall Street Journal…

Berita Berkaitan:
Hamas hargai sokongan UMNO

Advertisements

Penyampaian Baucer BR1M Putrajaya

Tinggalkan komen

Sekitar Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Hari ini eXception telah menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mana baucar tersebut di sampaikan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya…

Seawal jam 10 pagi keadaan Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya sudah mula dipenuhi oleh penerima bantuan berserta keluarga masing-masing. Lihat sahaja gambar di bawah… (Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana eXception cuma menggunakan kamera pada telefon bimbit)

Setelah selesai ucapan perasmian dari Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, maka bermulalah majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia…

Mereka yang menerima baucar ada yang sanggup beratur panjang untuk menebusnya dengan wang tunai… Malah ada yang bersabar dan menanti keesokan hari untuk menebusnya di bank.

Menurut Encik Amir Onn Bin Hj Mustapha, yang merupakan wakil dari Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, baucar ini boleh ditebus di mana-mana 3 bank di dalam Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan Maybank… Tarikh tamat tempoh penebusan baucar BR1M ini ialah pada 15 April 2012…

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya meringankan sedikit beban rakyat Malaysia walaupun pemberian ini cuma sekali…

Bagi mereka yang gagal, peluang masih terbuka untuk anda membuat rayuan… Tarikh tamat rayuan BR1M ialah pada 15 Mac 2012… Anda boleh muat turun borang asli BR1M di sini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Kredit: Terima kasih kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang sudi menjemput eXception ke majlis tersebut.