Polis dakwa ADUN Sekinchan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol?

23 Komen

Ketua Polis Trafik Selangor Dakwa Ng Suwey Lim Tidak Memandu Bawah Pengaruh Alkohol? WTF!!

Sedang aku menyelak-nyelak akhbar hari ini, perhatian aku tertarik pada berita mengenai Mohd Bakri Mohd Bazli, pelajar UiTM yang koma dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh ADUN Sekinchan, Ng Suwey Lim (mmg pembawa suwey)…

Aku terkejut apabila Ketua Polis Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar mendakwa Ng Suwey Lim tidak memandu di bawah alkohol…. WTF!!
Sila baca di sini: Bakri semakin pulih selepas kemalangan – bapa

Walaupun ianya siasatan awal. Kenapa tiada saksi yang tampil memberi keterangan? Mana pergi semua saksi? Adakah semua saksi sudah disuap supaya tutup mulut? Aku sedih kerana masih ramai yang takut menjadi saksi… Kenapa perlu takut? Adakah mereka takut dibunuh selepas soal-siasat oleh Polis seperti dongengan yang dialunkan oleh Pembangkang mengenai TBH?

Aku harap pihak Polis siasat perkara ini dalam-dalam. Mana boleh dakwa begitu sahaja. Tidakkah pihak Polis menjalankan ujian air kencing dan ujian alkohol terhadap Ng Suwey Lim?

Kepada sesiapa yang mempunyai rakaman video ketika kemalangan tersebut, aku harap mereka tampil dan memberikan salinan rakaman tersebut sebagai bukti. Aku merayu supaya sesiapa yang ada rakaman tersebut supaya tidak perlu takut. Anda boleh mengirimkan rakaman video tersebut ke emel GAP iaitu: gapkembali@yahoo.com

Tidakkah anda semua rasa kasihan dengan nasib Mohd Bakri? Adakah kerana beliau berketurunan melayu, maka tiada siapa mahu peduli dan tampil membantu? Adakah kerana beliau seorang pelajar, bukan penjenayah seperti Kugan, maka tiada siapa yang tampil mahu menegakkan keadilan untuk beliau?

Tepuk dada tanyalah selera… Jika ada sedikit dan secebis perikemanusiaan dalam diri anda, maka bantulah Mohd Bakri. Kami tidak mahu wang ringgit dari anda. Cukup sekadar sokongan terhadap keadilan yang ingin kami tegakkan terhadap Mohd Bakri. Malah kami juga amat-amat berharap sesiapa yang memiliku rakaman video kemalangan yang melibatkan ADUN Sekinchan itu, supaya tampil memberikan kami salinannya…

TEGAKKAN KEADILAN UNTUK MOHD BAKRI!!

1 Komen

KEADILAN UNTUK MOHD BAKRI. JANGAN BIARKAN YB MABUK DILEPASKAN


ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 09/02/2010

SHAH ALAM 8 Feb. – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cedera parah selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7 di sini itu, mangsa Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, cedera parah di kepala.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Shah Alam, Deputi Supritendan Roslan Abdullah berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha SRE telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, Swee Lim yang memandu kenderaan jenis Nissan X-trail pula tidak mengalami kecederaan serius dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

“Kejadian ini kini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan,” kata beliau ketika dihubungi malam ini.

Menurut Roslan, pihaknya belum mendapatkan keterangan daripada mangsa kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 11/02/2010

UiTM bantu ibu bapa penuntut koma dalam nahas

KLANG 11 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi jaminan akan membantu menampung kos perbelanjaan ibu bapa kepada penuntut institusi pengajian tinggi itu, yang koma selepas terbabit dalam kemalangan di Seksyen 7 di sini Ahad lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bantuan berkenaan membabitkan kos tempat tinggal, makanan, minuman dan kenderaan sepanjang ibu bapa kepada Mohd. Bakri Mohd. Bazli berada di sini bagi menemani anak mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

UiTM juga akan menanggung kos rawatan Mohd. Bakri yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah, katanya kepada pemberita selepas melawat penuntut itu di HTAR di sini hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Nasuddin Othman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Ahad lalu, Mohd. Bakri, 23, cedera parah di kepala setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sementara itu, bapa Mohd. Bakri, Mohd. Bazli Che Ali, seorang peniaga kedai kopi dari Kelantan, berkata, anaknya sudah sedar, namun masih tidak mengenali orang yang melawatnya serta berada dalam keadaan lemah.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia menunjukkan reaksi positif dan yakin dia akan kembali pulih.

“Mohd. Bakri anak sulung kami daripada tujuh beradik dan merupakan harapan keluarga, saya sedih tetapi menerima ketentuan ini kerana sesiapapun boleh terlibat dengan kemalangan,” katanya dalam keadaan masih terkejut dengan insiden yang menimpa anaknya itu. – Bernama


Nasib Mohd Bakri masih tidak diketahui. Beliau masih lagi berada di wad ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah dalam keadaan koma. Manakala ADUN Sekinchan, Ng Suwey Lim (mmg pembawa suwey) pula masih lagi belum didakwa. Mungkin kerana Polis perlu mengambil keterangan dari mangsa, tetapi keadaan mangsa yang koma menghalang keterangan di ambil. Apapun blog Darul Ehsan Today turut mendakwa bahawa Ng Suwey Lim memandu dalam keadaan mabuk.

Apapun jika benar sepeti yang didakwa oleh GAP di dalam blognya Gerakan Anti PKR, bahawa ada pelajar UiTM yang merakamkan kejadian tersebut. Aku di sini dengan rasa rendah diri merayu kepada pelajar UiTM tersebut agar memberi rakaman tersebut kepada GAP melalui emel: gapkembali@yahoo.com

Anda tidak perlu takut jika anda menghantarnya secara senyap-senyap. Ini kerana rakaman yang anda ambil boleh dijadikan bahan bukti. Adakah anda tidak rasa kasihan dengan nasib rakan anda itu yang terlantar tidak bermaya? Tidakkah anda kasihan dengan keluarga Mohd Bakri? Adakah anda langsung tidak mempunyai secebis perikemanusiaan? Fikirkanlah, jika ianya terjadi pada diri anda sendiri, tidakkah keluarga anda juga bersedih?

Jadi bantulah keluarga Mohd Bakri. Kami tidak meminta wang ringgit dari anda. Cuma berharap rakaman tersebut boleh dijadikan bukti mendakwa mereka yang bersalah. Kasihani rakan anda. Kasihani keluarga rakan anda.

Lagi kisah berkaitan:

ADUN Mabuk Langgar Pelajar Melayu
Ng Sue Lim Buat Laporan Bohong, Mabuk dan Mengaku Kawan Baik Khir Toyo