La Rochelle, Bandar ‘Lynas’ Di Perancis…

Ulasan Dimatikan pada La Rochelle, Bandar ‘Lynas’ Di Perancis…

Fakta Membuatkan Fuziah Thoron Demam Panas Meracau-Racau

Ada sebuah bandar pelancongan di Perancis telah menjadi rumah kepada loji nadir bumi berdekad lamanya.

Pernah dengar La Rochelle? Mungkin segelintir daripada kita pernah mendengar jenama coklat yang mempunyai nama yang hampir sama.

Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa La Rochelle ialah sebuah bandar pelancongan yang popular di barat daya Paris.

La Rochelle sebenarnya lebih daripada sekadar tempat percutian.

Ia lebih daripada hanya sebuah perbandaran laut di mana kapal layar percutian yang dimiliki oleh mereka yang kaya dan terkenal berlabuh.

Ramai yang akan terkejut kalau mengetahui yang selama ini La Rochelle adalah tuan rumah loji pemprosesan nadir bumi, sama seperti yang dirancang di negara ini.

Satu lawatan ke fasiliti tersebut di La Rochelle baru-baru ini, secara tidak langsung telah ‘mematikan’ keraguan yang berterusan mengenai keselamatan loji itu.

Sebelum itu, kami telah mencari di merata-rata tempat untuk loji nadir bumi yang serupa dengan Lynas.

Mula-mula kami mencari di China, pembekal nadir bumi terbesar di dunia.

Tiada satu pun di China yang terletak berhampiran dengan komuniti perumahan seperti Lynas.

Loji nadir bumi yang besar di China terletak sama ada di kawasan padang pasir atau berdekatan dengan gunung-gunung.

Di sana, sisa-sisa radioaktif ditanam sama ada di padang pasir itu atau gunung-gunung.

Tetapi fasiliti La Rochelle itu, yang dimiliki oleh Rhodia Group Perancis, telah beroperasi selama bertahun-tahun, secara tepat empat puluh tahun!

Dan tiada laporan kesihatan dan keselamatan yang buruk di bandar pelancongan itu.

Syarikat Rhodia adalah pemain aktif dalam perniagaan nadir bumi.

Mereka adalah pemproses terkemuka nadir bumi. Mereka menjual formulasi yang berasaskan nadir bumi untuk digunakan dalam penukar bermangkin, mentol lampu dan industri nilai-tambahan seperti optik dan televisyen skrin rata.

Malah, mereka satu-satunya pemain industri bersepadu sepenuhnya yang mempunyai operasi pembuatan dan membekal bahan mentah ke dalam dan luar China.

Dalam masa 10 tahun, Rhodia bercadang untuk terus mempelbagaikan sumber-sumber nadir bumi mereka.

Baru-baru ini, mereka telah melancarkan satu projek untuk mengitar semula nadir bumi yang terkandung dalam magnet berprestasi tinggi dan juga mentol lampu bertenaga rendah serta bateri yang boleh dicas semula.

Mereka optimistik tentang masa depan perniagaan nadir bumi.

Pada awal operasi, loji tersebut memproses pati bijih nadir bumi dari Australia dan China sama seperti yang Lynas akan lakukan.

Selama 40 tahun, loji tersebut telah dikendalikan dengan cara itu, menghasilkan serium untuk pasaran dunia.

Sisa-sisa torium radioaktif telah disimpan dalam kawasan tapak loji itu yang seluas 40 hektar.

Semasa penyimpanan, sisa-sisa yang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa pengawalseliaan di negara itu, setara dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Loji itu beroperasi di bawah piawaian keselamatan dan kesihatan Eropah yang ketat. Mereka percaya garam torium yang disimpan akan menjadi bahan bakar masa depan.

Bagaimana loji itu menikmati ‘kehidupan bersama secara damai’ dengan masyarakat La Rochelle?

Rahsia mereka adalah interaksi aktif dengan penduduk tempatan.


Dua kali setahun, penduduk tempatan diundang untuk melihat operasi fasiliti itu.

Mereka diberi taklimat khas mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan dan kesihatan loji tersebut.

Mereka juga menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah. Ketelusan sedemikian telah membantu membuang keraguan tentang keselamatan di kalangan masyarakat tempatan.

Pada tahun 1996, loji tersebut telah mengubah modal perniagaan dari pemprosesan huluan kepada lebih banyak pemprosesan hiliran.

Ini dilakukan atas sebab-sebab ekonomi. Mereka tidak dapat bertanding dengan nadir bumi murah dari China.

Apa yang jelas adalah fasiliti pemprosesan nadir bumi di La Rochelle telah beroperasi selama lebih daripada lima dekad tanpa memudaratkan penduduk.

Sebaliknya, La Rochelle telah berkembang pesat sejak beberapa tahun sebagai destinasi pelancongan yang menarik bukan sahaja untuk rakyat Perancis tetapi juga untuk mereka yang bercuti dari negara-negara Eropah lain dan Amerika Syarikat.

Melalui piawaian kesihatan dan keselamatan yang ketat, loji kimia itu tidak memberi apa-apa akibat kepada masyarakat tempatan.

Sebaliknya, ia telah menyumbang kepada ekonomi tempatan bukan sahaja dari segi peluang pekerjaan tetapi juga hasil cukai.

Selepas melawat La Rochelle, saya tertanya-tanya, mengapa masih hendak mempersoalkan Lynas?

Sumber: MyNewsHub


Fuziah Thoron pasti demam 10 hari 10 malam sambil meracau-racau bila fakta ini tersebar…

Advertisements

Panas!! Mutan Hasil Dari Projek Lynas Didedahkan!!

6 Komen

Isu Lynas. Mutan Hasil Projek Lynas Didedahkan

Ramai kalangan blogger pro BN bermati-matian mengatakan projek Lynas ini tidak merbahaya… Malah kerajaan juga tidak ketinggalan berpegang teguh dengan kenyataan bahawa projek Lynas tidak merbahaya kepada orang ramai…

Di sini eXception ingin menyanggah pendapat blogger BN yang lain serta dedahkan bahawa projek seperti ini telah pun menghasilkan banyak mutasi ke atas manusia… Tetapi kes ini sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum…

Yaa!! Maklumat sulit ini eXception perolehi dari seorang kenalan yang juga seorang saintis di Amerika yang telah mengkaji projek Lynas ini… Sila klik imej fail sulit di bawah untuk membuka fail sulit berkenaan mangsa mutasi akibat projek seperti ini…

Click Me!!
Klik imej di atas…