KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, petang ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwatnya daripada pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata sampel DNA bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari tidak dibenar diserahkan kepada pihak pembela kerana ia sudah dimeterai selepas dianalisis Jabatan Kimia.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan kes bagi permohonan membabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar dan perbicaraan utama kes itu.

Sumber: Berita Harian

Kes perbicaraan kes liwat Al-Juburi Wal Liwati ditangguhkan lagi ke 24 Julai. Nampaknya mahkamah tiada belas kasihan langsung terhadap Saiful. Asyik tangguh… lepas tu tangguh dan tangguh… tangguh lagi… dan lagi… dan lagi sekali tangguh, membuatkan rakyat semakin bosan dengan cerekerama yang dimainkan Al-Juburi dengan mahkamah. Kali ini Al-Juburi berjaya memperolehi bukti-bukti seperti yang diminta, tak termasuk sampel DNA Saiful.

Apa akan terjadi selepas Al-Juburi memperolehi semua bukti-bukti ini? Apa lagi, dia akan jaja serata dunia mengatakan bahawa bukti-bukti tersebut telah dimanipulasi oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membolehkan dia (tak layak digelar beliau) disumbatkan ke dalam penjara Sungai Buloh.

Al-Juburi seorang yang cukup bijak mempermainkan mahkamah. Satu demi satu penangguhan membuatkan rakyat mulai bosan dengan sistem perundangan di Malaysia ini. Maka lama-kelamaan rakyat mulai pudar kepercayaan terhadap sistem kehakiman Malaysia yang hanya buta menurut apa sahaja yang dituntut oleh seorang PENJENAYAH.

Badan Kehakiman Malaysia sanggup melayan dan menyediakan segala apa yang dipinta oleh Al-Juburi walaupun status Al-Juburi sebagai orang kena tuduh. Jika pesalah-pesalah lain, agaknya tentu tak dilayan langsung permintaan tersebut. Mahkamah juga tidak akan menangguhkan perbicaraan. Malah hakim juga akan menempelak peguam yang asyik meminta penangguhan perbicaraan. Tetapi berbeza dengan peguam Anwar, tiada kata-kata tempelak dari hakim kerana peguam bela cuba melengah-lengahkan perbicaraan.

Jadi 24 Julai nanti adakah akan ada satu lagi penangguhan? Berkemungkinan besar akan terjadi, kerana pada masa itu peguam Al-Juburi akan memainkan peranan dengan melakonkan watak peguam yang tak tahu menahu bahawa anak guamnya tidak hadir ke mahkamah. Kemudian memohon lagi penangguhan atas alasan Al-Juburi ke luar negara atas urusan peribadi. Kemungkinan akan terjadi lagi penangguhan lagi. Siapa tahu?