Oh My English!! Nizar Lambai Terlalu Idiot Untuk Memahami Idiom!!

Tinggalkan komen

Oh My English!! Nizar Lambai Terlalu Idiot Untuk Memahami Idiom!!

KUALA LUMPUR: Kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”, boleh mengelirukan umat Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Mahathir itu juga bertentangan dengan akidah Islam yang mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat seperti termaktub dalam rukun iman, sedang syaitan pula katanya, adalah musuh yang nyata bagi orang Islam.

“Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.

“Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan terbaru Mahathir dalam blognya chedet.cc semalam.

Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Katanya, Barisan Nasional (BN) telah terbukti mendengar keluhan rakyat dan banyak perubahan telah dibuat berbanding Pakatan Rakyat yang menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Mahathir juga berkata tindakan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selama lima tahun boleh mewujudkan kucar-kacir dan memusnahkan negara.

Membidas kenyataan itu, Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, rekod 54 tahun pemerintahan BN sememangnya telah meletakkan Malaysia dalam keadaan kucar-kacir termasuk soal perundangan, ekonomi dan juga politik.

“Saya tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa. Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan Umno itu syaitan.

“Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat,” katanya. – Haramjadah Online

Mungkin Nizar Lambai ni terlalu IDIOT untuk memahami IDIOM…

IDIOM merupakan satu ungkapan yang mempunyai maksud tersirat…

Idioms are words, phrases, or expressions that cannot be taken literally. In other words, when used in everyday language, they have a meaning other than the basic one you would find in the dictionary. Every language has its own idioms. Learning them makes understanding and using a language a lot easier and more fun!

Sebagai contoh IDIOM ‘Break a leg’… Yang membawa maksud ‘Good luck’ atau dalam bahasa melayu, semoga berjaya… Bukan suruh patahkan kaki…

Jadi disebabkan Nizar Lambai terlalu IDIOT untuk memahami IDIOM yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir yang berbunyi:

“Better the devil you know than the angel you don’t”

IDIOM ini membawa maksud:

If you have to choose between a familiar but unpleasant situation and an unfamiliar situation, choose the familiar one because the unfamiliar situation may turn out to be worse.

Di dalam bahasa melayu pula…

Jika anda perlu memilih antara keadaan yang sudah terbiasa tetapi tidak menyenangkan dan situasi yang tidak biasa, pilih sahaja yang anda biasa kerana keadaan yang tidak biasa boleh berubah menjadi lebih teruk.

Kepada Nizar Lambai… Harapkan ada kelulusan dalam bidang kejuruteraan ingatkan dia faham le IDIOM ni… Rupa-rupanya IDIOT… Ntah-ntah sijil pun main beli…

Sumber:

Better the devil you know than the devil you don’t know

@mbnizar #OhMyEnglish!!! “Better the devil you know than the angel you don’t” cc @KhalidSamad @DrDzul

Punyalah Bengong Tak Faham Perumpamaan Sampai Tun Mahathir Terpaksa Jelaskan ! ( Video )

Advertisements

Panas!! Annuar Musa Menderhaka Kepada Raja??

Tinggalkan komen

Raja Mana Yang Annuar Musa Derhaka!? Pantang Nenek Moyang Pencacai PAS!!

Tan Sri Annuar Musa dikatakan menderhaka dengan seorang Raja??

Seorang pencacai PAS mendakwa Tan Sri Annuar Musa telah menderhaka kepada Raja…

Raja manakah yang Annuar derhaka??

Adakah Tan Sri Annuar Musa melakukan sembah derhaka macam Nizar Lambai lakukan??

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Pencacai PAS anggap K.Rajagobal sebagai Raja mereka?

Inilah sikap sebenar pencacai PAS bernama Ibnu Battutah yang diberi upah untuk melakukan fitnah… Biasalah… PAS dengan fitnah ibarat makan nasi… Sehari tak fitnah… Tak lengkap hidup…

Yang melucukan… Pencacai PAS mengangkat K.Rajagobal sebagai Raja mereka… Ha ha ha ha ha ha ha!! Padan laa…!!

Semua Salah Umno… Takdirrrrrrrrr….

Berani Sungguh Nizar Sergah Ceramah UMNO?? cc @mbnizar

3 Komen

Berani Sungguh Nizar Sergah Ceramah UMNO??

Petikan Dari Haramjadah Daily:

“Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk ‘Nizar pembohong bersiri’.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk di meja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar di situ, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.”


Jap ye… Jap ye… eXception nak gelak…

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!

KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH!!

KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH KEH!!

Harakah tak habis-habis nak mengelentong… Keh keh keh keh…

Percaya sangat la dengan Nizar Lambai tu…

Akhirnya TERKANTOI!!! Kih kih kih kih kih…

Nak kata apa lagi!!?? Nak kata yang dalam video di bawah ni BUKAN NIZAR??

Apa yang pasti ramai pencacai PAS yang BUTTHURT dengan tersiarnya video ni dan meroyan tak tentu pasal…

Penipuan Haramjadah Daily: Ceramah pembohongan Umno dijerkah DS Nizar

Selepas Nizar Komunis, giliran Tian Chua pula…

9 Komen

TIAN CHUA KEMALANGAN?

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan pemandunya terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di KM 400, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Beruntung, dekat Rawang, petang tadi.

Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kereta Toyota Camry berwarna putih yang dipandu oleh pemandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di laluan itu ekoran keadaan jalan yang licin selepas hujan.

Tian Chua yang dihubungi Bernama berkata beliau dan pemandunya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

“I’m ok..tiada masalah atau cedera apa-apa, cuma kereta sahaja remuk sebab langgar pembahagi. Saya dan pemandu selamat,” katanya.

Tian Chua, yang juga pengarah strategik PKR, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu ceramah di Lunas, Kedah, dan meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan lain.

Tian Chua berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu.

Wa ka ka ka… Padan la muka nko Tian Chua, haa hambik itu lah balasan dari Allah… Itu baru peringatan sahaja… Tempoh hari Nizar Komunis mengalami kejadian yang sama, di mana kereta yang dibawa lahanat itu terbabas lalu terbalik.

Nasib baik tak mamposss… Kalo 2-2 ekor ni mamposss, nak je aku buat kenduri doa selamat… Aku jemput semua blogger-blogger… Ha ha ha ha ha…

Apapun Tian Chua, berhati-hatilah… Ini baru satu… Peringatan dari Allah… Peringatan seterusnya akan menyusul… InsyaAllah… Prepare la keranda dan tempah la lot kubur dulu… Mana tau kot kali kedua eksiden terus kojol…

Siapa Samseng!!??

Tinggalkan komen


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami”.

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

“Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam,” kata Nizar.

“Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka,” tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

“Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak,” tambahnya.

Nizar… Nizar… Aku tak tahulah apa yang tak kena dengan kepala hotak berjambul nko tu… Tak habis-habis nak buat lawak sarkis depan Sultan Perak…

Siapa hang kata samseng?? Bukan ke puak-puak hang yang bikin samseng masa sidang DUN yang lalu. Puak-puak hang juga yang bikin kacau, terjerit-jerit terpekik terlolong mcm anjing kena sampuk polong (tengok gambar kat bawah…)

Kami bukan bodoh. Kami bukan buta. Kami belum pekak lagi. Kat You Tube bersepah video kekacauan sidang DUN yang lepas yang dilakukan dan dirancang oleh geng-geng Ngeh dan Nga serta pelakon tambahan yang diimport dari Hospital Bahagia Tanjung Rambutan iaitu Sivakuman…

Pas bukan parti Islam lagi?

14 Komen


Contributed by Tepak Bersulam
Friday, 13 February 2009
Last Updated Friday, 13 February 2009
Oleh Tepakbersulam
zack1504@xxxxx.com

Seperti yang saya janjikan saya akan menghuraikan mengenai politik Pas, dalam tulisan saya yang lalu yang bertajuk, Mana ikon Pemuda UMNO ketika Karpal menghina Raja dan Bangsa Melayu? Mukadimah kata, saya sememangnya saya keliru dengan perjuangan Pas sejak kebelakangan ini dan sekian lama saya mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun tidak pernah menjadi Ahli Pas tetapi sebagai orang Melayu dan umat Islam saya juga punya rasa hormat dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Pernah saya bersua dengan beliau di sebuah restoran, saya terus meluru kepada beliau dan mencium tangan beliau kerana saya menganggap beliau adalah seorang ulamak. Pernah juga saya ketika berkempen di Anak Bukit, apabila saya berkempen dirumah orang Pas saya di jemput berdoa dalam bertahlil untuk Tuan Hj Fadhil Noor. Saya turut
bertahlil kerana merasakan bahawa sebagai seorang umat Islam saya bertanggungjawab mendoakan dan bertahlil.

Selepas bertahlil mereka bertanya kepada saya, apakah tujuan saya singgah ke markas mereka, terus terang saya katakan saya ingin menjemput dan merayu kepada mereka untuk menyokong parti Barisan Nasional. Mereka juga pasti tahu apakah tujuan saya datang ke markas mereka. Kemudian kami pulang dengan perasaan yang lega tanpa ada
sebarang pergaduhan.

Hari ini Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu.

Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja. Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling.

Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebelas bulan mereka memerintah, agenda mereka berbulan-bulan adalah 916, Road to Putrajaya, bukan perjuangan yang membela nasib rakyat yang kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi. Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa, rakyat di paksa berdemonstrasi bagi memastikan Anwar dapat mencapai cita-citanya. Pas terperangkap dalam adunan politik Anwar. Ini adalah kerana kebijaksanaan Anwar yang telah menanam ramai orang-orangnya di dalam Pas yang di gelar sebagai kumpulan Ardogan, yang berteraskan sekular.

Apa bezanya orang-orang Pas dengan orang-orang PKR, mereka adalah orang-orang yang di korup pemikiran mereka untuk turun ke jalan-jalan raya berdemonstrasi. Anwar telah menanam banyak semangat yang tidak murni dan tidak baik di kalangan orang-orang Melayu. Jika dahulu Anwar menanam budaya berdemonstrasi di jalan raya kini UMNO dan BN telah turut turun padang berdemonstrasi menentang Anwar dan parti PR. Jika dahulu Anwar menanam budaya lompat parti, UMNO melakukan lebih baik dari Anwar. Apa yang Anwar lakukan tidak kesampaian tetapi apa yang UMNO lakukan mendatangkan hasil.

Pas, terdiri dari keahlian rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hari ini mereka juga memusuhi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam (UMNO) lebih buruk lagi Pas juga menghina dan biadab kepada Raja dan bersubahat dengan mereka yang sememangnya mahu menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Jika hari ini mereka
boleh melakukannya di Perak, esok mereka juga akan biadab dan derhaka kepada Sultan Selangor dan juga Sultan Kedah. Pas menghalalkan perbuatan ini. Pas mempunyai panel-penel yang boleh menghalalkan sesuatu yang menyebelahi mereka dan mengharamkan sesuatu yang tidak berpihak kepada mereka. Pas sememangnya sudah keliru sebelum Anwar menjadi Ketua Pembangkang.

Apabila Anwar bersama mereka, Pas bukan lagi keliru tetapi sudah hilang akal terus. Di Selangor ramai ahli Pas sendiri yang sudah mengeluh dan tidak paham, malahan mereka bagaikan sesat tidak nampak hala dan tujuan perjuangan Pas sebenar. Jiak Pas menolak menefesto Hudud sewaktu pilihan raya yang lalu untuk di gantikan dengan negara berkebajikan. Sebelas bulan berlalu, apakah kebajikan yang telah diberikan kepada rakyat di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Yang pasti awal-awal, babi yang mendapat kebajikan di Selangor. Nik Aziz, Hassan Ali hanya mampu melihat saja.

Hassan Ali terus tenggelam di Selangor, Hassan Ali bagaikan lumpuh dan banyak janji-janji Hassan Ali tidak dapat di tunaikan seperti beliau pernah berkata dalam ceramah beliau sebelum memenangi negeri Selangor. Malam ini kita perintah Selangor, esok kita tutup kilang arak di Shah Alam. Hari ini kilang berkenaan tersergam kukuh di persisiran masuk Shah Alam. Mereka menghalang artis luar masuk membuat konsert di Selangor tetapi dalam program mereka ada artis yang tayang buntut.

Hari ini orang Pas derhaka kepada Raja sanggup tidur di atas jalan raya merosakkan kereta-kereta, apakah mereka tidak tahu bahawa Sultan adalah Ketua Agama di sesebuah negeri, menderhaka kepada Sultan samalah seperti mereka menentang Musyridul Am mereka. Apakah mereka lupa akan semua ini hanya kerana gila kuasa, apakah selama ini mereka tidak percaya kepada Raja. Berkurun lamanya kita hidup beraja, tidak pernah kita menderhaka kepada Raja, mengapa hanya sekarang kita bermasalah dengan Raja.

Ramai orang Pas yang keliru sekarang, namun Anwar bijak memainkan sandiwara dengan menggunakan Karpal Singh menjadi “bad boys” dan dia tidak mencampuri urusan Raja walaupun dialah perancang utama di belakang tabir. Saya pasti pilihan raya yang akan di adakan tidak lama lagi, senarionya telah berubah, rakyat sudah mula sedar dan
rakyat mahu menghukum PR kerana sikap biadab mereka. Percayalah kita akan merampas kembali Bukit Gantang dan Bukit Selembau, Nizar yang berperangai kebudak-budakan dan tidak matang telah banyak merosakkan imej Pas dan sebaiknya kita dapat lihat Nizar sendiiri yang bertanding di parlimen Bukit Gantang untuk mengukur ke populariti Menteri Besar boneka beliau selama sebelas bulan.

Artikel Sumber Dari: Tepak Bersulam

Artikel di atas aku perolehi secara tak sengaja semasa membuat carian sesuatu artikel melalui Google. So fikir-fikirkanlah. Ini bukan hasil tulisan aku ya. Kepada penjilat jumud spt Langsi, Tok Mudim dan lain-lain. Fikirkanlah sedalam-dalamnya. Korang ada akal, pakailah. Jangan digadai kurniaan Allah itu…

PAS CAKAP TARAK SERUPA BIKIN DAA…

Tinggalkan komen


DI BAWAH DISERTAKAN KENYATAAN RASMI KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT, DATO’ HAJI HARUN BIN TAIB YANG DIKELUARKAN OLEH LAMAN RASMI PAS PADA 19 JULAI 2009 YANG MENGHURAIKAN DENGAN PANJANG LEBAR MENGENAI PERBEZAAN PAS DAN UMNO DAN ULASAN SAYA…

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

TL – PAS BERKATA SEDEMIKIAN KERANA SEJAK MEREKA MEMERINTAH KELANTAN MEREKA GAGAL UNTUK MEMBANGUNKAN SEBUAH MASJID UNTUK KEMUDAHAN UMAT ISLAM BERAMAL IBADAT TETAPI MEMBERI KELULUSAN KEPADA KUIL BUDDHA DAN HINDU BERCAMBAH DI KELANTAN DAN NEGERI YANG DIPERNTAH OLEH ADUN MEREKA…

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

TL – ADAKAH UMNO MELARANG UMAT ISLAM MENJALANKAN AMANAH MEREKA KEPADA ALLAH??? ADAKAH PEKERJA PEJABAT KERAJAAN DAN SWASTA DILARANG MENGERJAKAN SOLAT DAN PUASA SERTA MANA-MANA SURUHAN ALLAH??? AKALAU ADA MANA BUKTINYA???

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

TL – APAKAH BUKTI TUDUHAN PAS YANG UMNO MENCABAR TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAH ITU??? DAN APAKAH BUKTI UMNO MENCABAR AL QURAN DAN SUNAH??? DAN APAKAH BUKTI UMNO MENOLAK ISLAM DALAM BIDANG PENTADBIRAN, PERUNDANGAN, PENDIDIKAN DAN LAIN-LAIN???

APAKAH SUMBANGAN PAS DALAM MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM BIDANG YANG DIKATAKAN DITOLAK OLEH UMNO???

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

TL – ADAKAH JENAYAH BERLAKU DISEBABKAN UMNO MENJADI PEMERINTAH??? BAGAIMANA PULA KES ROGOL, RAGUT, BUNUH, DADAH, SALAH LAKU MORAL, RUMAH URUT, PUSAT JUDI YANG SEMAKIN MENINGKAT DAN BERCAMBAH DI NEGERI YANG MAJORITI DIMENANGI OLEH PAS SELAIN DARI KELANTAN YANG MEMANG TERKENAL DENGAN KADAR JENAYAHNYA???

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

TL – MENGAPAKAH KEKUATAN ISLAM DAN MELAYU TERHAKIS??? BUKAHKAH KERANA HASUTAN DAN ANGKARA PEMIMPIN PAS YANG MENGELUARKAN PELBAGAI NAS PALSU UNTUK MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ISLAM DI MALAYSIA???

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

TL – TANYALAH KEPADA NIK AZIZ MENGAPAKAH MEREKA SAMPAI SEKARANG TIDAK UBAHKAN PERUNDANGAN YANG DIBAWAH KUASA KERAJAAN NEGERI SEPERTI BAB NIKAH KAHWIN DAN SEBAGAINYA… MENGAPA ASYIK PANDAI MENYALAHKAN ORANG LAIN SEDANGKAN DIRI SENDIRI TIDAK BETUL???

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

TL – MENGAPAKAH PAS TIDAK LAKSANAKANNYA SEKARANG DI KELANTAN, KEDAH, SELANGOR MENGAPA??? MENGAPA BERKERJASAMA DENGAN GOLONGAN KAFIR DAN MENDIAMKAN DIRI APABILA DAP MENINGKAT BILANGAN RUMAH MAKSIAT DI SEANGOR..ISLAM SANGATKAH PAS ???

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

TL – ISLAM BUKAN MILIK PAS, ISLAM ADALAH MILIK ALLAH DAN DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA YANG DIREDHAI… JAUH SUNGGUH PEGANGAN PEMIMPIN PAS INI DALAM BERKATA-KATA HINGGA LUPAKA KEKUASAAN ALLAH…

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

TL – SECARA PERIBADI SAYA MENGATAKAN PEMIMPIN PAS HANYA PANDAI MEMBUAT TUDUHAN DAN TOHMAHAN DAN PERTANYAN SAYA ADAKAH PEMIMPIN ISLAM UMNO JOHOR MENUTUP SEKOLAH AGAMA, MASJID, MELARANG UMAT ISLAM SEMBAHYANG, KELUAR ZAKAT DAN MENYEKAT MEREKA DARI PERGI KE MEKAH???

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

TL – LESEN ARAK, RUMAH URUT, JUDI SELANGOR, KEDAH, PULAU PINANG DAN DI KELANTAN SIAPAKAH YANG KELUARKAN SEKARANG??? APAKAH TINDAKAN PEMIMPIN ISLAM PAS DI SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN DALAM MENYEKAT PENGELUARAN LESEN-LESEN INI??? JANGAN MENJADI SEPERTI BURUNG KAKAK TUA HANYA PANDAI BERKATA-KATA TANPA BERFIKIR…

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

TL – APAKAH DEWAN ULAMAK PAS NI SUNGGUH BERKUASA DAN BEBAS DARI KESALAHAN??? SEDANGKAN USAHA UNTUK MEMBENTUK PERMUAFAKATAN ANTARA UMNO DAN PAS DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH PAS SEKARANG INI NAK SURUH UMNO BERTAUBAT???

SIAPAKAH YANG PATUT BERTAUBAT..???

BUKANKAH KITA DISURUH SUPAYA SENTIASA BERTAUBAT ???

ADAKAH PEMIMPIN PAS BEBAS DARI DOSA MACAM PADERI DALAM AGAMA KRISTIAN???

APAKAH PENDIRIAN MEREKA MENGENAI KES NIZAR MENYERTAI DAP DALAM MAJLIS MENGINGATI ORANG MATI SAMBIL BERTAFAKUR MEMEGANG LILIN DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS YANG DIKETUAI OLEH SALAHIDDIN AYUB KE MAJLIS MEMEPRINGATI MAYAT SI MATI BUKAN ISLAM DI MELAKA???

MENGAPAKAH HUKUM YANG DIKELUARKAN BERHUBUNG DENGAN KES NIZAR BERBEZA DI ANTARA NIK AZIZ, DEWAN ULAMAK DAN BEBERAPA PEMIMPIN ISLAM PAS YANG LAIN???

*TL = Tunjang Langit

Petikan Dari Blog: Tunjang Langit

PAS tak cermin

Older Entries