Bakar Kekasih. Teman Lelaki Akhirnya Ditahan Polis.

Tinggalkan komen

Bakar Kekasih. Teman Lelaki Akhirnya Ditahan Polis.

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.
“Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Alhamdulillah… Akhirnya penjenayah kejam ini berjaya juga ditahan Polis… Harap muka je poyo… Perangai macam lahanat… Tahniah kepada PDRM kerana berjaya juga menahan penjenayah ini… Harap penjenayah ini diberi hukuman yang berat dan setimpal dengan perbuatannya itu…

eXception doakan semoga adik Nurul Firzanah kembali sihat dan berupaya meneruskan hidup secara normal…

Membakar, Mengebom Gereja. Provokasi Memarakkan Api Perkauman.

5 Komen


Kejadian membakar serta membaling bom ke gereja-gereja yang terjadi baru-baru ini amat memalukan. Perbuatan khianat ini jelas menunjukkan pelaku mempunyai masalah mental yang teruk. Bagaimanapun aku percaya pelaku ini bukan melakukan semata-mata marah kerana isu penggunaan kalimah Allah. Tetapi ini adalah bertujuan memprovokasi. Umat Islam di Malaysia bukanlah jenis yang sanggup merosakkan rumah ibadah orang lain sesuka hati. Aku percaya ini dilakukan bertujuan untuk menyemarakkan api perkauman dan permusuhan antara Umat Islam seluruh Malaysia dengan penganut fahaman Kristian.

Lebih-lebih lagi ada media elektronik yang dipengaruhi orang yang berkepentingan dalam isu penggunaan nama Allah ini juga cuba memarakkan keadaan dengan menyiarkan berita-berita yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati penganut fahaman Kristian. Tujuan mereka ialah mahu Malaysia yang sedia aman ini bergolak dengan konflik. Itu yang mereka mahukan.

Dengan itu apabila Malaysia berada dalam konflik yang kucar-kacir, maka dengan mudah mereka menyalahkan kerajaan kerana gagal mengawal keadaan. Mereka akan menuduh pasukan Polis tidak bertindak awal. Mereka menuduh Angkatan Tentera Malaysia tak buat kerja.

Itu niat mereka. Oleh itu aku nasihatkan saudara-saudari Se-Islam semua agar bersabar dan jangan bertindak mengikut kemarahan. Jangan terlalu menurut darah muda. Kita jangan terpedaya dengan helah berniat jahat orang kafir. Orang kafir ini sejak dahulu lagi berniat mahu menjahanamkan Islam.

Jadi ingatlah Perang Salib yang pernah berlaku suatu masa dulu. Jika ianya kembali adalah wajib bagi kita mengangkat senjata dan melawan kembali demi kesucian Agama Islam. Kita takkan sesekali akan mengalah kepada kafirin… Ingatlah…