Berita Yang Harakah Sembunyikan Sampai Bila-Bila!!

1 Komen

Berita Yang Harakah Sembunyikan Sampai Bila-Bila!!

Maklumat di atas adalah Laporan Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2010 dan 2011…

Sudah pasti maklumat di atas akan disembunyikan dari pengetahuan rakyat Kelantan…

Ye lah… Selama ini pencacai DAP dalam PAS dok gebang satu kampung kononnya Barisan Nasional menganaktirikan Kelantan…

Selama ini depa dok gebang konon Kerajaan Pusat tak pernah salurkan peruntukan kewangan kepada Kelantan…

Tahun 2010 sahaja lebih RM 283 Juta peruntukan disalurkan…

Manakala 2011 pula lebih RM 286 Juta peruntukan disalurkan…

Ini tidak termasuk lagi peruntukan khas bekalan air bersih lebih RM 549 Juta…

Wang ihsan dari Petronas lebih RM 41 Juta…

Pembiayaan telaga tiub dan bekalan air luar bandar lebih RM 300 Juta…

Jika dicongak jumlah… Sudah mencecah ribuan juta ringgit Malaysia…

Ribuan juta tu dah kira banyak…

Tapi hairan… Mana duit tu semua pergi??

Jika korang rasa angka di atas adalah tipu, sila rujuk dengan Jabatan Audit Negara…

Oh ya… Jangan lupa, tanya sekali berapa banyak duit hasil derma ceramah yang diaudit oleh Kerajaan Negeri Kelantan yaa??

Malah PAS Kelantan tanpa segan dan silu mengaku projek jejambat di Bandar Kota Bhari adalah hasil inisiatif mereka…

Sedangkan ianya adalah hasil inisiatif Barisan Nasional semasa Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri…

Malulah sket… Hidung tak mancung… Pipi tersorong-sorong!!

Shame on you!!

Advertisements

Nick Ajiszz dah nyanyuk agaknya…

15 Komen


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah peruntukan RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada Kelantan bagi projek bekalan air bersih membuktikan kerajaan Pusat menganiaya negeri terbabit.

Menurut beliau, dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada Kelantan adalah tidak berasas dan tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Tidak benar. Dakwaan itu tidak berbangkit. Apa yang menjadi hak (kerajaan Kelantan) di bawah undang-undang dan Perlembagaan, kita tak pernah abaikan. Bukan saja Kelantan malah semua negeri dari segi geran peruntukan termasuk soal pembangunan terutama membina sekolah dan infrastruktur.

“Kalau hendak diikutkan, kalau kita tidak salurkan RM600 juta untuk pembekalan air bersih, orang Kelantan akan minum air kotor. Itu adalah bantuan Kerajaan Pusat dalam bentuk pinjaman mudah. Jadi soal kerajaan negeri tidak dibantu atau telah dianiaya tidak berbangkit,” katanya seperti dilaporkan kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di Uganda.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada negeri itu dan menyifatkan ia sebagai melanggar peruntukan Perlembagaan.

Menurut Muhyiddin, dakwaan Nik Aziz tersebut tidak berasas kerana sejak sekian lama kerajaan Pusat tidak pernah menganiaya mana-mana negeri dan tetap menyalurkan bantuan serta peruntukan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan. – 28/7/2009

Sumber: Agenda Daily

Nick Ajiszz mungkin buat-buat lupa atau sebenarnya sudah nyanyuk. Dia pasti sudah lupa hutang Kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat. Nick Ajiszz barangkali sudag nyanyuk. Orang yang nyanyuk tidak lagi layak menjadi pemimpin. Kalo Nick Ajiszz berbohong, bermakna Nick Ajiszz bukan ulamak, tapi ular la mak… Yang tahu cakap berbelit-belit. Sudah-sudah la tu Nick Ajiszz, ko marah sangat dengan UMNO, ko peluk la Lim Kit Siang hari-hari, aku tak marah pun. Ko main liwat-liwat dengan Anwar, aku tak marah. Tapi yang aku marah sekali, nko meliwat agama Islam. Depan nko buat lain, belakang nko buat lain. Insaflah Nick Ajiszz.