Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Tinggalkan komen

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Bila membaca tajuk di atas sahaja tentu ada kalangan kita yang tertanya-tanya… Benarkah dakwaan di atas?? Adakah ianya fitnah atau satu kebenaran?? Jika sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran singkat (simpleton) akan terus percaya dengan berita disampaikan tanpa berdolak-dalik lagi…

Mainan persepsi boleh memerangkap mindset kita untuk mempercayai cerita atau maklumat yang cuba disampaikan… Oleh itu sekiranya tahap pemikiran yang singkat, akan terus mempercayai apa yang disampaikan tanpa dakwa dan dakwi lagi…

Sebagai contoh, tajuk yang eXception letak di atas adalah satu contoh persepsi untuk menggambarkan sisi negatif pemimpin. Bagi mereka yang berfikiran singkat, mereka tidak akan perasan dengan dua tanda soal dihujung tajuk. Tanda soal dihujung tajuk menggambarkan ianya satu persoalan… bukan satu kenyataan… Ianya mahu mengajak pembaca memikirkan adakah ianya benar atau salah…

Jika cybertrooper sebelah PR, sudah cukup bagi mereka mempermainkan minda pembaca hanya dengan meletakkan gambar kanak-kanak di atas yang sedang memegang wang di bawah tajuk seperti di atas… Maka terpulanglah kepada pembaca hendak percaya atau tidak… Tanggungjawab cybertrooper PR ini cuma mahu memainkan persepsi negatif terhadap pemimpin…

Bermacam cara boleh digunakan untuk memainkan persepsi… Termasuklah gambar di bawah ini…

Gambar paling atas adalah gambar kanak-kanak yang menjadi antara penerima zakat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Majlis penyampaian zakat ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Zakat berkenaan dibayar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada asnaf di Parlimen Pekan, antaranya Bank Rakyat membayar RM 600,000 manakala Amanah Raya Berhad dan Uda Holdings masing-masing RM200,000.

Penyumbang zakat lain ialah Affin Islamic Bank dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing RM100,000. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan RM50,000 dan diikuti pembayar individu lain termasuk Datuk Seri Najib sendiri.

Sumber: Zakat wujudkan masyarakat adil

Advertisements

Harimau Menundukkan Singa 2-0

Tinggalkan komen

Kemenangan Malaysia Dalam Perlawanan Persahabatan Dengan Singapura

Tahniah eXception ucapkan kepada pasukan bola sepak negara yang mempamerkan aksi yang amat cemerlang pada malam ini. Ternyata dendaman kontroversi yang ditanggung semasa perlawanan pertama di Singapura berjaya dilunaskan malam tadi… Serta sekalung tahniah kepada jurulatih, K-Rajagobal…

Pada perlawanan separuh masa kedua walaupun Malaysia sudah mendahului 2-0, akan tetapi pasukan negara masih ghairah memburu gol melalui beberapa percubaan yang mencemaskan pasukan Singapura…

Ternyata Singapura tidak segagah mana… Hanya mengharapkan kudrat pemain dari luar serta pengadil yang telah disuap kenyang-kenyang… Tanpa pengadil yang menyebelahi mereka, Singapura diibaratkan seekor Singa yang tempang kakinya…

Kepada pasukan Singapura, diharap menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Ini sebagai membalas insiden memalukan yang berlaku pada perlawanan sebelum ini… Diharap selepas ini bermainlah dengan adil…

Panas!! Gambar Bukti Polis Menerima Suapan!!

1 Komen

Panas!! Gambar Bukti Menerima Suapan!!


Gambar sekadar hiasan

eXception tahu banyak kes suapan yang berlaku di kalangan anggota Polis…

Tidak kira mereka yang minta atau menerimanya…

Rasuah tetap rasuah…

Tidak ada beza samaada orang lain beri atau kita yang mintak…

Tidak ada beza berapa jumlah suapan… RM 10 ke… RM 100 ke… RM 1000 ke…

Tidak ada beza apa pangkat… Koperal ke… Sarjan ke… Inspektor ke… ASP ke…

Apapun gambar di bawah adalah BUKTI yang jelas Polis menerima SUAPAN…

Klik imej fail sulit di bawah untuk memaparkan imej…

Click Me!!
Klik imej di atas…

Sukan SEA 26: Adegan Yang Tak Ingin Korang Lihat

5 Komen

Pesilat Pengecut Menang Pingat Emas?

Korang lihatlah video di atas semasa acara akhir Pencak Silat antara peserta Thailand (tali pinggang merah) dan peserta Indognesial (tali pinggang biru)… Korang boleh lihat bagaimana pesilat Indognesial melarikan diri dari pesilat Thailand… Kemudian secara curi-curi menggigit bahu pesilat Thailand…

Jelas sekali pesilat Indognesial melanggar peraturan, tetapi menghairankan bagaimana pesilat sebegini boleh memenangi pingat emas yang sepatutnya dimenangi oleh peserta Thailand…

Jelas di sini, bahawa masalah rasuah di Indognesial berlarutan hingga ke gelanggang Sukan SEA… Wasit boleh dirasuah untuk memberi kemenangan kepada tuan rumah, Indognesial… eXception sebagai peminat sukan juga amat kecewa dengan situasi sebegini yang sepatutnya tidak berlaku…

Masalah rasuah di Indognesial sememangnya tak boleh disangkal lagi, malah wartawan Indognesial juga mudah dirasuah untuk menulis cerita-cerita dongeng yang tak wujud sama sekali…

Kasihan sungguh dengan Presiden SBY, kerana kariernya bakal berakhir kerana masalah ini… Walaupun pada hemat eXception segala dakwaan rasuah terhadap beliau merupakan fitnah… eXception percaya ada pihak yang sudah menyuap wartawan Indognesial kenyang-kenyang untuk menimbulkan spekulasi dan cerita dongeng… Wartawan Indognesial ni amat menyerupai dengan geng-geng blogger Pakatan Haram Jadah yang juga dibayar untuk melakukan kerja fitnah…

Apapun… Diharap pada masa akan datang masalah dengan mutu pengadilan ini tidak akan berlaku lagi…

Dr. Xavier Jayakumar Kerugian RM 70,000

Tinggalkan komen

Rumah dipecah masuk, Exco Selangor rugi RM70,000

KLANG 8 Nov. – Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

“Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

“Beliau kemudian menghubungi isteri yang memaklumkan kejadian ini kepada saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu,” katanya. – Bernama


Hairan bin ajaib… Seorang Exco boleh simpan RM 70 ribu di dalam rumahnya. Kenapa duit tersebut tidak disimpan di dalam bank? Adakah duit RM 70 ribu itu hasil dari rompakan wang rakyat Selangor yang dilakukan dengan cara terhormat?

Adakah wang tersebut telah diisytiharkan? RM 70 ribu bukan sedikit, banyak… Wajarkah seorang Exco mempunyai wang sebanyak itu? Dari mana datangnya wang itu?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) WAJIB menyiasat perkara ini. SPRM perlu siasat mana datangnya wang tersebut. Adakah pendapatan seorang Exco boleh mencecah RM 70 ribu?? Adakah Dr Xavier sudah mengisytiharkan wang tersebut?

Andaikata perkara ini terjadi pada Exco BN, sudah pasti kalangan totok PR mengatakan duit hasil rasuah, duit hasil rompakan wang rakyat… Sekarang ini berlaku pada Exco Pakatan Rakyat… Dari sumber manakah datangnya duit tersebut? Turun dari langitkah? Harta karunkah?

Apa Sahaja BN Buat, Serba Tak Kena Di Mata PR

3 Komen

Apa Sahaja Barisan Nasional Lakukan, Serba Tak Kena Di Mata Pembangkang

Sedarkah korang bahawa parti pembangkang wujudnya dalam satu-satu negara adalah untuk mengimbangi perjalanan politik dalam sesebuah negara. Bukan sahaja di Malaysia, Di England, Amerika, China, Jepun dan semua negara di seluruh dunia pasti ada parti pembangkang…

Cuma satu je yang pelik dengan parti pembangkang di Malaysia ni… Apa sahaja parti tunjang kerajaan iaitu Barisan Nasional terutamanya UMNO lakukan serba tak kena bagi mereka… Itu salah… Ini salah… Itu tak boleh… Ini haram…

Sebagai contoh sewaktu pilihanraya, tak kira pilihanraya umum atau kecil, apabila kerajaan memberi sumbangan kepada rakyat, memberi geran tanah, melaksanakan projek-projek dan lain-lain mereka akan anggap ianya RASUAH PILIHANRAYA… Pemimpin-pemimpin mempunyai rumah dan kereta mewah dikatakan hasil rasuah

Jika ada keanggotaan di dalam satu-satu parti di mana dianggotai ahli keluarga akan dikatakan sebagai NEPOTISME… Jika ada projek-projek diperolehi dan dibahagikan kepada saudara-mara atau kenalan terdekat di katakan KRONISME…

Malah judi, pelacuran dan penjualan arak yang berleluasa di negeri bawah tadbiran BN, dikatakan kelemahan BN akibat rasuah. Mereka juga mengutuk UMNO kerana membina masjid-masjid yang besar-besar.

Dan jika berlaku sebarang kucar-kacir dalam mesyuarat parti tidak kira UMNO, MCA, MIC… Mereka terus mengatakan itu tanda BN hendak rebah… Jika berlaku politik wang, maka mereka terus kata UMNO parti rasuah…

Oklah, kita berikan mereka (pembangkang) cermin dan mintak mereka suluh muka mereka sendiri… Kita mintak mereka tengok pula cela diorang yang selama ini diorang tak nampak…

Baru-baru ini Kerajaan Kelantan mengumumkan untuk memberi geran kepada 2000 peneroka di Gua Musang. Kebetulan pula pengumuman dibuat semasa Kelantan sedang hangat dengan isu pilihanraya umum di Galas yang kebetulan juga terletak di jajahan Gua Musang. Adakah ini kebetulan? Tidakkah ini dinamakan rasuah?? Jika ditanya, mereka pasti akan berdalih… Ah… itu sudah jadi tanggungjawab kerajaan. Dan ada juga yang berkata, UMNO lagi besar rasuah… Tapi pokoknya ianya perkara yang sama bukan? Tak kira pemberian tersebut kecil atau besar, tetap rasuah pilihanraya?

Malah pemimpin pembangkang pun ada yang menyalahgunakan wang rakyat, mengorder Toyota Camry untuk menggantikan Proton Perdana. Tidak menggunakan rumah kerajaan sedia ada dan menggunakan rumah mewah sebagai kediaman rasmi. Memiliki kereta Ferrari… Tapi takde siapa kalangan pembangkang yang bukak mulut? Malah dikisahkah seorang janda kepada pemimpin PAS menuntut jutaan RM dari suaminya. Jika seorang bekas isteri dah tuntut jutaan RM, tentu dia tahu kekayaan suaminya. Yang pelik mana datang kekayaan tersebut? Rasuahkah? Penyelewengan kah? Akan tetapi bila dipersoalkan hal ini kepada penyokong pembangkang, mereka spin cerita janda pemimpin UMNO tuntut nafkah jutaan RM. Persoalannya sekarang PAS mengatakan parti tersbut bersih. Tapi masih terdapat gejala penyelewengan dan rasuah dalam aprti tersebut. Tak seorang pun kalangan pembangkang nak persoalkannya.

Parti DAP, jawatan yang penting-penting kebanyakannya diisi oleh anak beranak. Antaranya keluarga Lim Kit Siang dan keluarga Karpal Singh… Tidakkah itu NEPOTISME?? PKR juga sama, di mana Isteri memegang jawatan Presiden, suami memegang jawatan Penasihat, anak pulak nak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tak nama NEPOTISME ke tu?

Malah pemberian projek-projek turut diberi kepada saudara-mara serta kenalan rapat. Tanpa melalui tender terbuka. KRONISME namanya tu kan?

Di Kelantan, terkenal dengan Jalan Hamzah. Bukan terkenal dengan keunikan tapi terkenal dengan sarang pelacuran. Bukan baru, tetapi sudah lama. Kenapa PAS Kelantan tak nampak? Tetapi sarang pelacuran di tempat-tempat lain jelas sahaja di depan mata. Malah arak juga ada di jual di Kelantan, kenapa takde sorang pun kalangan ahli PAS yang mempersoalkannya?

Malah di Kelantan, berapa banyakkah masjid yang dibina oleh kerajaan PAS Kelantan? Berapa banyakkah patung Buddha yang dibina di Kelantan? Kenapa PAS tak pernah timbulkan isu patung buddha gergasi tu berbanding dengan pembinaan masjid yang besar. Tahukah PAS bahawa masjid yang sedia ada kat bandar-bandar utama tidak boleh menampung keseluruhan umat Islam? PAS pedulik apa, janji dia boleh dok ceramah tiap-tiap malam kat masjid yang dibina oleh UMNO.

PAS Kelantan membisu bila dipersoalkan pembinaan patung-patung Buddha gergasi di sana. Yang nampak di mata mereka soal UMNO bina masjid besar yang pada anggapan diorang satu pembaziran. Adakah pembinaan patung Buddha gergasi itu menguntungkan umat Islam? Sekurang-kurangnya UMNO membina masjid demi umat Islam juga. Tak perlu lagi bersesak-sesak di dalam masjid ketika solat berjemaah. Malah ada yang terpaksa solat hingga di atas tanah kerana masjid sudah penuh dengan jemaah. PAS tak pernah fikirkan tentang itu? Iniklah parti yang kononnya memperjuangkan Islam? Hanya melaungkan Allahu Akbar dan bercakap soal hukum hudud sahaja dah boleh kata memperjuangkan Islam? Perjuangan Menegakkan Islam bukan hanya setakat slogan atau pandai bercakap soal agama sahaja. Apa yang kita lakukan dan laburkan demi kepentingan ummah, adalah salah satu dari Perjuangan Menegakkan Islam…

Apakah pelaburan PAS demi Menegakkan Syiar Islam? Berkerjasama dengan kafir harbi yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam? Memaki dan mengkafirkan saudara Seislam yang berlainan fahaman politik? Mengharamkan segala apa yang berkaitan dengan parti yang tidak sehaluan dengan mereka tetapi menghalalkan jika kena batang hidung sendiri?

Baru-baru ini berlaku kekecohan semasa pemilihan cabang pasti PKR. PKR sedaya-upaya menafikan dan menuduh UMNO menjadi puncanya. Inikah sikap seorang pemimpin berkaliber? Hanya pandai baling batu sembunyi tangan? Inilkah sikap pemimpin yang ego dan tak mahu mengakui kelemahan parti?

Malah dalam pemilihan PAS yang lepas berlaku politik wang. Kenapa PAS tak kata parti tersebut parti rasuah? Setiap ceramah selalu mendendangkan UMNO rasuah… UMNO rasuah… Tapi kudis kat badan sendiri buat tak nampak…

Inilah hakikat parti pembangkang di Malaysia… Tak salah untuk membangkang tapi tengok tempat la… Serba-serbi nak bangkang… Kerajaan nak buat jambatan, parti tu bangkang… Kerajaan nak bina sekolah, parti ni bangkang… Kerajaan nak buat apa pun serba-salah… Dulu masa kecoh pasal helikopter Nuri terhempas, pembangkang desak beli helikopter baru… Bila dah nak beli, pembangkang lak kata mahal sangat dan membazir. Diorang ingat sebijik helikopter baru harga dalam RM 50 sahaja ker? Helikopter mainan lepas la RM 50… Ni nak beli helikopter betul yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk aktiviti cari dan menyelamat. Malah harganya termasuk jaminan dan baik pulih…

Jadi kalo nak jadi PEMBANGKANG, biar betul jadi PEMBANGKANG, bukan PEMBANGANG…

MINDA ANAK MERDEKA TAK NAK MENGAKU PAS PUN KUAT RASUAH??

Tinggalkan komen

Sumber: Videos from MINDA ANAK MERDEKA: UMNO PARTI RASUAH

MINDA ANAK MERDEKA TAK NAK MENGAKU PAS PUN KUAT RASUAH

Kalo korang tengok video kat atas, mesti korang tergelak sampai berguling-guling pat lima nam kali… Betapa dangkalnya pemikiran group yang menggelarkan diri mereka Minda Anak Merdeka… Hakikatnya, minda mereka tak merdeka mana pun… Masih diselubungi kejumudan dan kebodohan turun temurun…

Korang tentu tahu bahawa wang di dalam kantung kerajaan adalah milik rakyat, maka salahkah wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan pembangunan? Aku berasa pelik dengan minda jumud budak-budak ni. Adakah ini dikatakan rasuah?

Bagi aku tak salah jika rakyat memilih calon BN, maka pembangunan akan disalurkan segera. Jika tidak, maka pembangunan akan berjalan perlahan. Takkan kerajaan BN nak salurkan pembangunan kepada orang yang tak mahu menyokong calon BN? Dah korang sokong calon pembangkang, mintak la pembangunan dari pembangkang…

Apa akan terjadi jika perkara ini kena pada batang hidung mereka? Mereka mulalah dengan lidah yang tidak bertulang mengatakan itu sudah tanggungjawab kerajaan… Piiiraaahhh!!

Sebagai contoh, korang baca artikel aku sebelum ni pasal kerajaan Kelantan nak bagi geran kepada peneroka di Gua Musang. Bila nak dekat pilihanraya kecil baru sibuk nak bagi geran… Bukan rasuah ke nama ni? Atau ada lidah-lidah tak bertulang kalangan pembangkang mengatakan ini tanggungjawab kerajaan… Piiiraaahhh!!

Older Entries