Benarkah Kerajaan Barisan Nasional Zalim Kepada Rakyat?

1 Komen

Benarkah BN Menzalimi Rakyat?

Pelik betul… Bila bukak je Facebook page berkenaan politik, ramai yang kata BN zalim… UMNO zalim… eXception tak faham apa yang BN dan UMNO buat kepada rakyat? Maka di sini eXception nak siasat… Benarkah dakwaan mereka Kerajaan Barisan Nasional ini zalim…


Gambar Sekadar Hiasan

eXception berdiri di tengah-tengah kesibukan kota… Suasana memang sibuk dengan kenderaan di atas jalan… tak boleh nak cakap lah… eXception masuk kompleks membeli-belah… Memang ramai… Rakyat Malaysia tu, bukan rakyat Rwanda, bukan rakyat Somalia… eXception pelik… Jika benar Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, sudah tentu rakyat Malaysia kena perintah berkurung. Tak boleh keluar rumah atau pergi ke pusat membeli belah mahupun memiliki kenderaan sendiri. eXception tergaru-garu kepala… Apa kezaliman Kerajaan Barisan Nasional buat?

eXception menjenguk pula food court, mana tahu kot-kot Kerajaan Barisan Nasional ni menyekat rakyat dari makan dengan bebas…. eXception pelik… Food court pun penuh… eXception jenguk Mc Donalds, pun penuh… Jenguk KFC, pun penuh… eXception garu kepala lagi… Semua rakyat Malaysia bebas menikmati makanan kegemaran mereka tanpa sekatan… Apa yang zalimnya?? Pelik…

Mungkin Kerajaan Barisan Nasional menyekat hiburan… Jadi eXception menjenguk pula pusat hiburan di dalam pusat membeli belah tersebut. Pelik… eXception boleh jumpa ramai rakyat Malaysia yang seronok bermain roller coaster, buaian berayun dan macam-macam permainan lagi… Mereka bermain tanpa sekatan… Tanpa risau ditangkap oleh Polis…


Gambar Sekadar Hiasan

Mungkin Kerajaan Barisan Nasional menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing… Oleh itu eXception menjejakkan kaki ke sebuah masjid… Selepas mengambil wuduk, eXception pandang kiri dan kanan, risau takut ada Polis memerhati… Tetapi tidak ada… Kemudian eXception mendirikan solat… Selesai mendirikan solat, eXception pandang kiri dan kanan… Para jemaaah bersolat dengan selamba tanpa rasa was-was dan takut ditangkap oleh Polis… Mereka bebas bersolat dari Zohor sampai ke Subuh… Tidak ada sekatan… Cuma dari pemerhatian eXception, kurangnya anak muda yang menjejak kaki ke masjid… Adakah anak-anak muda disekat dari hadir ke masjid? Tidak… Yang menyekat mereka adalah diri mereka sendiri… Mereka yang menyekat diri sendiri dari beribadah kepada Allah… Kerajaan Barisan Nasional tak pernah sekat pun, malah Kerajaan Barisan Nasional membina tempat beribadat yang luas dan selesa… Adakah ianya satu kezaliman? Mungkin Kerajaan Barisan Nasional menyekat ibadat kepercayaan lain…

eXception menjenguk ke sebuah tokong Buddha… Ramai kalangan penganut agama Buddha keluar dan masuk ke dalam tokong tersebut tanpa rasa risau dan takut… eXception memerhatikan di seberang jalan, terdapat sebuah kereta peronda Polis… Adakah Polis tersebut hendak menangkap mereka yang beribadah di dalam tokong? Tidak… Malah anggota Polis tersebut mengawal lalulintas yang sesak ketika itu… Pelik… Jika Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, sudah tentu mereka di dalam tokong tersebut akan disumbatkan ke dalam trak Black Maria dan ditahan… Tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku… Mereka boleh beribadat dengan bebas…

eXception menjenguk pula sebuah kuil Hindu… eXception lihat ramai penganut agama hindu di dalam sedang beribadat tanpa rasa risau atau takut… eXception pelik… Mereka boleh pula beribadat tanpa sekatan… Kata Kerajaan Barisan Nasional ni zalim… eXception meninggalkan tempat tersebut dan pulang ke rumah dengan seribu satu macam persoalan… Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional tak seperti yang digambarkan…

Keesokan pagi, eXception ada misi untuk melihat samaada Kerajaan Barisan Nasional menyekat anak-anak kita dari menimba ilmu… Tiba di tepi sebuah sekolah… eXception lihat ramai pelajar yang sedang berhimpun… Kenapakah mereka berhimpun ramai-ramai? Adakah mereka ditahan kerana datang ke Sekolah? Kemudian berkumandang lagu Negaraku nyanyian pelajar-pelajar yang berhimpun… Oh… terdetik dalam fikiran eXception… Rupanya perhimpunan pagi… Anak-anak kita tidak pula mempunyai masalah menimba ilmu… Malah Kerajaan Barisan Nasional membina banyak sekolah… Jadi di sini, apakah kezaliman Kerajaan Barisan Nasional??


Gambar Sekadar Hiasan

eXception singgah disebuah kafe siber berhampiran. Masuk sahaja ke dalam kafe siber tersebut, eXception terpaku seketika… Begitu ramai pelajar yang memakai uniform sekolah di dalam kafe siber ini. Mereka tak bersekolahkah? Atau mereka ponteng sekolah? Fahamlah eXception sekarang… Kerajaan Barisan Nasional menyediakan sekolah untuk kita belajar, tetapi kita ponteng… Apabila kita gagal dalam peperiksaan, ibu-bapa menyalahkan kerajaan pula… Sedangkan mereka tak mendidik anak mereka dengan betul… Jadi di sini siapakah yang zalim sebenarnya? Atau mereka yang menzalimi diri sendiri?


Gambar Sekadar Hiasan


Gambar Sekadar Hiasan

eXception singgah sebentar di sebuah kompleks kerajaan. eXception lihat ramai kalangan orang melayu berkerja di dalam jabatan kerajaan… Biar betul, jika Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, sudah tentu mereka tidak dibenarkan berkerja… eXception lepak sebentar di sebuah warung mamak, di situ eXception lihat beberapa kakitangan awam masih berada di kedai mamak walaupun jam sudah menunjukkan jam 11 pagi… Jika diikutkan ini bukan waktu untuk makan, tetapi waktu untuk berkerja… eXception memasang telinga cuba mendengar perbualan mereka… Salah seorang dari mereka merungut kerana Kerajaan tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam. Kecewa benar dia bila Kerajaan tak beri bonus. Yang member seorang lagi sibuk mengapi-apikan rakannya dengan mengatakan Kerajaan kita ni zalim. Jika PR memerintah, tiap-tiap bulan kakitangan kerajaan dapat bonus. Bersungguh-sungguh betul dia bercerita…


Gambar Sekadar Hiasan

Kemudian seorang lagi pun mengiayakan apa yang member dia cakap… Kemudian mencelah dan mengiayakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ni zalim. eXception pelik, jika Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, dah tentu mereka bertiga ni takkan dapat sebarang pekerjaan. Yang lebih pelik, apabila sudah mendapat pekerjaan tetapi tak pula menjalankan amanah yang diberikan… Berjam-jam duduk di kedai kopi bersembang sampai melanggar waktu berkerja… Agaknya jika Ketua Jabatan mereka memberikan surat amaran baru nak sedar? Pokok pangkalnya di sini siapakah yang zalim? Ataupun mereka yang menzalimi diri sendiri… Jika begini sikap kakitangan awam, bagaimana Kerajaan nak bagi bonus?? Bila tak diberi bonus, dikatakan Kerajaan zalim… Bila diberi pekerjaan tak tahu nak bersyukur… Adakah mereka ini adalah kalangan golongan-golongan orang yang menzalimi diri sendiri dan kalangan orang-orang yang kerugian seperi yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran?

eXception tak tahulah apakah yang Kerajaan Barisan Nasional buat sehingga dicop sebagai ZALIM oleh rakyat. Kerajaan beri kebebasan untuk kemana sahaja… Kerajaan beri kebebasan untuk membeli dan memilih kereta idaman… Kerajaan beri kebebasan untuk menyekolahkan anak di sekolah kebangsaan atau sekolah vernekular… Kerajaan beri kebebasan memilih perkerjaan samaada swasta atau awam… Kerajaan beri kebebasan menikmati makanan kegemaran tanpa sekatan… Kerajaan beri kebebasan beragama dan menganuti sebarang kepercayaan serta mengamalkannya tanpa sebarang sekatan… Kerajaan beri kebebasan untuk memiliki harta tanpa sebarang sekatan… Adakah ini masih hendak dikatakan ZALIM!!?

Advertisements

Edisi DUN Tenang – Memperingati Peristiwa Bukit Kepong

Tinggalkan komen

Rakyat DUN Tenang Wajib Tolak Anjing Komunis!!

Salam sejahtera diucapkan… Masih ingatkah korang dengan peristiwa berdarah tanggal 23 Februari 1950? Peristiwa yang berlaku pada awal pagi itu eXception harap masih diingati oleh semua rakyat Johor terutamanya rakyat DUN Tenang. Peristiwa berdarah yang mana serangan bertubi-tubi oleh gerombolan komunis yang cuba menawan Balai Polis Bukit Kepong yang menyaksikan banyak nyawa pasukan keselamatan yang terkorban.

Bukit Kepong dan Tenang terletak di dalam negeri Johor yang pada masa zaman darurat dulu juga merupakan antara kawasan hitam di mana Komunis bermaharajalela di sana. Tentu kalangan rakyat Tenang masih ingat akan kekejaman Komunis di Bukit Kepong? Mungkin ada kalangan anak muda yang sudah melupakan tragedi berdarah tersebut.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang peristiwa tersebut, biarlah eXception ceritakan serba sedikit…

Pagi 23 Februari 1950 yang disangka tenang, tiba-tiba bertukar tragedi apabila kira-kira 200 orang pengganas komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong untuk tujuan menawan dan merampas senjata di dalam Balai Polis tersebut. Akan tetapi anggota Polis cuba mempertahankan Balai Polis tersebut dengan menyerang balas dengan senjata yang ada.

Pihak pengganas Komunis tertekan apabila tentangan sengit yang diberikan oleh Sarjan Jamil Mohd Shah dan anggota Polis yang lain, kemudian bertindak kotor dengan menawan dan mengugut isteri anggota Polis dan meminta anggota Polis menyerah diri.

Anggota Polis tetap bertahan dan enggan menyerah diri kepada pengganas Komunis. Sehinggalah akhirnya ramai anggota Polis yang terkorban dalam peritiwa tersebut dan Balai Polis Bukit Kepong dibakar.

Betapa kejamnya pengganas komunis ini hingga sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak. Adakah saki-baki pengganas komunis serta anjing-anjing kurap mereka mahu kita sokong di Tenang nanti? Ingatlah betapa sukarnya anggota Polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dari ditawan pengganas, adakah kita mahu memberikan DUN Tenang kepada anjing-anjing kurap komunis ini?

Kalangan anjing-anjing kurap Komunis ini pula menyokong supaya Chin Peng, kepala pengganas komunis yang hidup terbuang di Thailand supaya dibenarkan menetap di Malaysia… Adakah kita mahu menyokong anjing-anjing ini jika apa yang telah komunis lakukan di Bukit Kepong dulu? Adakah kita mahu kepala pengganas yang telah menghuru-harakan Johor dulu kembali semula? Tidakkah korang akan rasa mereka pengorbanan anggota Polis Bukit Kepong terbalas jika korang menyokong anjing-anjing kurap yang berkeras mahu membawa pulang Chin Peng?

Adakah korang mahu keamanan yang anda nikmati sekarang bertukar menjadi keadaan darurat apabila komunis kembali berkuasa? Fikirlah sendiri…

Sumber:
Peristiwa Bukit Kepong
PERISTIWA BUKIT KEPONG
PKM dan Darurat 1948-1960

P/S: Peritiwa Bukit Kepong bukan satu sandiwara atau cerita rekaan, tetapi insiden sebenar yang terjadi. Jika korang mengatakan ianya sandiwara atau rekaan kerajaan, korang patut jumpa doktor check otak korang. Mungkin ada wayar yang short…

Budaya Cah Keting Dalam UMNO Kedah Makin Parah?

5 Komen

Bendung Budaya Cantas-Mencantas Dalam UMNO

KUBANG PASU 12 Jan. – Tabiat cantas mencantas yang berlaku dalam UMNO Kedah perlu dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tabiat itu memang berlaku dan ia boleh menjadi penghalang kepada cita-cita BN untuk merampas semula Kedah yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau berkeyakinan perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah seperti yang diumumkan baru-baru ini boleh membawa kemenangan kepada BN dengan syarat sesetengah pemimpin UMNO menghentikan kelakuan yang tidak baik itu.

“Insya-Allah boleh (menang) kalau tidak ada cantas mencantas, memang boleh menang (pilihan raya).

“Yang jadi masalah ialah bila orang lain naik, yang tidak naik dia cantas. Bila yang tak naik ini naik, orang lain pula cantas, jadi tidak boleh menang sampai bila-bila pun,” katanya selepas merasmikan prapelancaran sambutan Jubli Perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abdul Majid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang diumumkan baru-baru ini mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Melalui rombakan tersebut, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Menjawab satu soalan Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam menentukan kedudukan anaknya, Mukhriz dalam politik negara.

Malah katanya, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya daripada terlibat dalam politik kerana bimbang ia akan disalah tafsir oleh rakyat.

“Saya tak campur tangan sama sekali berkenaan dengan nasib baik buruk anak saya, daripada dulu pun saya tidak pernah campur tangan. Semasa jadi perdana menteri, saya larang anak saya daripada terlibat dalam politik, takut orang kata kerana bapa dia perdana menteri.

“Sekarang ini bapa dia tak jadi perdana menteri, masih lagi bapa tak ada kacau. Ini urusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang menentukan,” ujarnya.


Budaya cantas-mencantas ataupun cah keting, masih sukar dibendung di dalam mana-mana parti politik lebih-lebih lagi UMNO… Mereka yang mengamalkan budaya tidak sihat ini adalah dari kalangan mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan parti, tetapi perjuangan mereka hanyalah mengejar harta dan pangkat semata-mata…

Golongan seperti ini ada eloknya disumbat ke dalam Hospital Bahagia Tg Rambutan mahupun Tampoi… Apabila makin disimpan golongan seperti ini, bakal merosakkan parti dari dalam… Golongan ini boleh diibaratkan sel darah putih di dalam badan manusia yang bertindak memakan sel-sel darah merah di dalam tubuh badan manusia… Lama kelamaan, jika tidak di bendung, maka UMNO pasti akan hancur…

Untuk apa kita simpan golongan seperti ini lagi? Masih ramai lagi kalangan ahli UMNO yang ikhlas berjuang untuk parti demi membela nasib rakyat… Malah ramai lagi kalangan golongan muda yang mampu menerajui UMNO…

eXception: Dari dok cantas orang, baik cantas rumput…

Perginya Seorang Rakan Seperjuangan… Al-Fatihah…

Tinggalkan komen

Blogger Yang Gambi Meninggal Dunia

eXception baru mendapat berita ini selepas pulang dari kerja, apabila terbaca maklumat yang disampaikan Bro Jinggo mengenai Yang Gambi meninggal dunia malam tadi. Selepas memperolehi maklumat tepat dari Papa Gomo dan Taiping Mali, barulah eXception sedar… Rakan seperjuangan yang eXception kagumi ini, telah pun pergi buat selamanya…

Menurut Papa Gomo, Yang Gambi atau nama sebenarnya, Abdul Aziz Baharom menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kerana jangkitan kuman dalam paru-paru pada jam 11.10 malam tadi.

eXception mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Kata-kata hikmat Allahyarham di dalam profil blognya:

Aku ini, walau pun tidak sempurna, tapi biar hidup seperti LEBAH, tidak akan menyengat kalau tidak diusik, malah berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan madu sebelum pergi. Jangan hidup seperti lalat, hanya suka kepada tempat yang kotor dan jijik.

Sumber:

Bro Jinggo
Papa Gomo
Taiping Mali

Blog Allahyarham…

Aku Yang Gambi

Benarkah Utusan Banyak Bawak Berita Fitnah?

Tinggalkan komen

Pembangkang Dakwa Utusan Banyak Cerita Fitnah

Benarkah seperti yang di dakwa kalangan pembangkang serta totok-totok mereka bahawa Utusan Malaysia bawak banyak cerita fitnah dan sengaja mengada-adakan cerita? Di sini eXception mengambil kesempatan menyiasat dakwaan ini… Bagi membuktikan kebenaran kata-kata mereka…

Mari kita belek Utusan Malaysia….


Kanak-kanak 3 tahun mati didera

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka… (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Humm… adakah berita di atas fitnah atau sengaja direka-reka Utusan Malaysia? Benarkah terdapat kes dera ini di Johor Bahru atau sebenarnya kes ini tidak wujud dan Utusan Malaysia sengaja mengada-adakan cerita? Fikir sendiri…

77 maut nahas pesawat

TEHERAN 10 Jan. – Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dan 35 lagi cedera apabila pesawat Boeing 727 milik Iran terhempas dalam cuaca buruk di barat laut negara ini, lewat semalam.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Mahmoud Mozafar berkata, kebanyakan mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Benarkah berlaku kejadian ini di Teheran? Atau satu lagi cerita yang Utusan reka demi untuk melakukan akhbarnya? Benarkah 77 orang terbunuh? Bukan 777 orang? Bukan 7777 orang? Bukan 77777 orang? Korang ada akal, fikir sendiri…

2 anggota polis cedera dicekup SPRM

PULAU PINANG 10 Jan. – Dua anggota polis cedera ketika cuba melarikan diri daripada dicekup sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang awam di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 1.30 petang, kedua- dua suspek sebelum itu meminta sogokan bagi melepaskan dua ‘orang awam’ terbabit yang ditahan setelah berpura-pura melakukan kesalahan lalu lintas. (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Adakah benar seperti yang diberitakan ini? Atau satu perangkap untuk menganiaya anggota Polis ini? Atau sememangnya kejadian ini tak wujud pun. Fikirlah sendiri…

Bukti keangkuhan DAP – Pak Lah

KEPALA BATAS 10 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengutuk tindak-tanduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik ketika menyertai operasi menyita sebuah restoran nasi kandar baru-baru ini yang disifatkannya sebagai angkuh. (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Benarkah dakwaan Pak Lah bahawa tindakan ADUN Komtar itu disifatkan sebagai angkuh? Bukan ADUN Komtar bercakap dengan penuh sopan santun dan lemah lembut kepada peniaga restoran nasi kandar? Bak kata pepatah, lembut gigi dari lidah…

DAP Pulau Pinang ‘pilih bulu’

PULAU PINANG 10 Jan. – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik mengetuai operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar di Gat Lebuh Maccalum di sini disifatkan ‘pilih bulu’.


Benarkah dakwaan Utusan bahawa ADUN Komtar pilih bulu dalam operasi tersebut? ADUN Komtar hanya memilih bulu ayam, bulu hidung, bulu ketiak dan bulu pahatnya sahaja. Tidak ada kena mengena pun dengan isu operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar itu.

Kesimpulan di sini… Jika anda dakwa Utusan banyak keluar cerita fitnah… Mungkin pendapat anda betul kerana hanya bersandarkan cakap-cakap orang… Ianya disebabkan anda tidak mempunyai akal, mungkin kerana sejak lahir sememangnya anda tidak tahu menggunakan akal… Jadi adakah anda ingin katakan Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini dan Malaysian Insider 100% cerita di dalamnya adalah tepat, benar dan tidak ada fitnah dan rekaan? Jika anda anggap sedemikian, eXception cadangkan anda berjumpa dengan pakar psikatari… Anda mungkin mengalami masalah dengan otak…

Panas!! Panas!! Video Terbaru Khas Untuk Raja Drama – Al-Juburi

Tinggalkan komen

Video Terbaru Yang Panas!! Khas Untuk Raja Drama!!

Aku terjumpa satu klip video ni dalam You Tube, jadi korang semua saksikanlah… Semoga terhibur… ha ha ha ha…

Korang boleh letak video ni kat blog masing-masing dan share dengan kawan-kawan dalam Facebook. Gerenti masuk carta Era… He he he he… Tuan punya video ni dah bagi green light untuk korang letak video ni dalam blog masing-masing…

Sila copy kod di bawah dan letak ke dalam blog…

Sharing is caring…

PAS Kelantan Tagih Janji Datuk Seri Najib?

Tinggalkan komen

PAS Kelantan Tagih Tebatan Banjir Dari Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan Buat Apa?

TUMPAT, 10 Jan: Penduduk Kelantan khasnya di daerah Tumpat tertanya-tanya bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menunaikan janji membina sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas.

Ini kerana, janji itu masih terngiang-ngiang di telinga mereka ketika Najib berkempen menjelang pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember 2005 lalu.

“Mana janji Kerajaan Persekutuan untuk membina Sistem Tebatan Banjir di Jajahan Pasir Mas ? Masih ingat janji PM semasa PRK Pengkalan Pasir?” tanya seorang rakan Facebook Mohd Zaki Ibrahim, Adun Kelaboran.

“Masa tu 2005 Najib mari letak batu asas jah….lepas tu balik Perak, tak mari-mari,” jelas Zaki yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dalam facebooknya.

Hari ni Zaki dan rakan-rakannya (gambar: Zaki baju hijau berjeket di tengah) sempat menyampaikan sumbangan banjir kepada 200 penduduk yang terlibat dengan banjir di Kampung Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang, Tumpat.

Baru-baru ini, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad membuat janji lagi akan melaksanakan projek tebatan banjir di Kelantan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia melibatkan belanja RM2 bilion iaitu di Sungai Golok.

Keadaan banjir di Kelantan pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara menurun kepada 3,190 orang berbanding 3,579 orang yang dilaporkan malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka masih kekal 22 buah sebagaimana malam tadi iaitu membabitkan daerah Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas.

“Seramai 3,190 mangsa membabitkan 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah negeri ini.

“Berdasarkan cuaca cerah dan panas kini, mangsa dijangka dibenarkan pulang secara berperingkat apabila keadaan banjir semakin pulih,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini ia telah mengorbankan tiga mangsa.

Sumber: Haramkah: Mana janji tebatan banjir Najib? (SKIP AD untuk papar page ini)

Pelik betul dengan PAS Kelantan. Masih lagi nak menagih projek dari kerajaan persekutuan? Bukankah Nik Aziz dah keluarkan fatwa, sebarang pemberian UMNO/BN adalah HARAM?? Jadi buat apa dok tadah tangan?

Lagipun kenapa mengharapkan kerajaan persekutuan? Apakah kerajaan negeri tak mampu asyik dok bergantung harap pada ihsan kerajaan persekutuan semata-mata? Masih tak cukupkah pemberian wang ehsan yang kerajaan persekutuan beri? Atau duit tersebut sudah licin disebat oleh pemimpin PAS yang rakus…

Pemimpin PAS memamg rakus, bukan setakat pokok balak disebatnya, duit rakyat, bini orang malah anak orang pun disebatnya… Apa nak jadi lah…

Kepada rakyat Kelantan, jika anda semua nak sangat projek tebatan banjir di Kelantan dari kerajaan persekutuan, mengapa masih lagi mahu bergantung kepada kerajaan negeri yang langsung tak mampu membangunkan negeri? Jadi untuk apa andanya kerajaan negeri jika bukan membangunkan negeri, bukan memperabiskan duit rakyat dan hasil bumi negeri sampai kering?

Oleh itu pada PRU13 nanti, hentikanlah sokongan anda kepada PAS yang tidak membawa sebarang pembangunan kepada Kelantan. Sudah berapa banyak peruntukan kerajaan persekutuan sudah salurkan melalui ECER dan NKEA. Cuba tanya Nik Aziz, berapa banyakkah kerajaan persekutuan dah salurkan kepada kerajaan Kelantan peruntukan? Ke mana perginya semua peruntukan tersebut? Adakah digunakan oleh kroni-kroni Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS lain untuk membeli banglo dan kereta baru?

Sedarlah rakyat Kelantan… Negeri Terengganu dan Kedah sudah lama membangun di bawah Barisan Nasional… Kini Kedah menghampiri Kelantan apabila ditadbir oleh PAS… Selangor juga yang merupakan antara negeri yang terkaya juga dikhabarkan bakal muflis… Bayangkan sebuah negeri boleh diisytiharkan muflis… Jika tidak kerana bantuan kerajaan Persekutuan, Kelantan sudah lama muflis… Menanggung hutang piutang lama yang menimbun seperti gunung… Bayangkan berapa banyak hutang kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan? Sedikit pun Kerajaan Persekutuan tak pernah ungkit dan menuntut hutang tersebut dibayar oleh Kerajaan Kelantan. Adakah mahu dikatakan Kerajaan Persekutuan zalim lagi? Kerajaan Persekutuan sudah bersikap toleransi dan boleh bertolak-ansur… Sedarlah…

Manakah janji Kerajaan Kelantan mahu menyediakan kemudahan air bersih? Kerajaan Kelantan hanya pandai menabur janji dengan mengatakan 17 tahun lagi baru rakyat Kelantan menikmati kemudahan air bersih, sedangkan negeri-negeri lain di bawah Barisan Nasional sudah lama menikmati kemudahan air bersih… Manakah janji-janji Kerajaan PAS Kelantan yang mendabik dada kononnya merupakan kerajaan berkebajikan… Adakah hanya kebajikan ditabur untuk orang kafir hingga berhala-berhala banyak dibina mengalahkan masjid tingginya? Bukankah Kerajaan PAS Kelantan sendiri yang zalim? Menzalimi rakyat kerana gagal menyediakan kemudahan air yang bersih. Zalim kerana gagal menyediakan masjid-masjid baru yang lebih selesa bagi menggantikan masjid yang lama?

eXception: Lihat Dunia Dari Mata Burung Atau Lihat Dari Dalam Tempurung… Mana Satu Engkau Pilih?

Older Entries