Oleh Teh Tarik Satu!

Rasanya, ramai di antara kita masih ingat lagi tentang skandal seks yang melibatkan bekas Menteri Kesihatan dari MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Akibat aktiviti persetubuhan beliau dengan teman wanita yang telah lama dikenalinya, pemimpin MCA tersebut terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri kabinet selepas diasak dengan pelbagai tekanan oleh para pemimpin pembangkang.

Siapa yang tidak ingat apa yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang terhadap Soi Lek. Baik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikenali sebagai Khalifah Lim Guan Eng juga mengutuk habis Soi Lek. Itu belum campur pelbagai maki hamun dan kejian yang dilemparkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Akin.

Semuanya mengata dan mengutuk Soi Lek dengan ayat-ayat berbisa sampaikan beliau hidup dalam keadaan tertekan dan malu.

Kononnya, sebagai orang politik, Soi Lek tidak boleh bersetubuh sedemikian rupa walaupun aksinya itu dirakam secara haram oleh pihak tertentu yang dipercayai bertujuan untuk menamatkan karier politiknya menjelang pemilihan pucuk pimpinan MCA.

Dan ada kemungkinan juga anggota kumpulan kongsi gelap menjadi dalang di sebalik rakaman adegan ranjang tersebut.

Apapun Soi Lek telah menerima hukumannya.

Kini, isu berkaitan Setiausaha Politik seorang exco Selangor pula menjadi perbualan. Kawan mengikuti perkembangan kes melibatkan Teoh Beng Hock ini dengan penuh minat sekali.

Kawan nak tahu juga, siapa pemimpin pembangkang yang berani mengenakan serangan yang sama ke atas moral Beng Hock seperti mana mereka menyerang Soi Lek.

Memang benar, Beng Hock telah mati. Tetapi soal moralnya tidak boleh dimatikan begitu sahaja.

Kawan tak berminat nak bercakap tentang punca kematiannya atau sebab kematiannya secara tragis. Tetapi yang kawan nak cakap ialah isu moral orang politik ini.

Kalau Soi Lek boleh diserang dengan begitu teruk sekali, kenapa pemimpin pembangkang langsung tidak berani menyentuh soal moral Beng Hock.

Soi Lek adalah seorang Cina, Beng Hock juga seorang Cina kafir.

Apakah, ada beza nilai moral antara Cina MCA dengan Cina DAP.

Soi Lek terpaksa mengaku keterlanjurannya, kerana ada adegan seksnya yang dirakam melalui CCTV di sebar kepada orang ramai. Ini menjadi bukti yang kuat bahawa beliau memang melakukan seks bebas atau berzina.

Adegan seksnya turut menjadi bualan hangat. Tak kurang juga yang kagum dengan kehebatannya diranjang walaupun dibantu dengan viagara.

Kata mereka, terbukti Menteri Kesihatan kita sihat zahir dan batin. Itu baru Menteri Kesihatan kita, kata mereka yang suka berseloroh.

Bagaimana pula dengan mendiang Beng Hock. Bukankah beliau juga telah meninggalkan bukti yang sahih bahawa dirinya memang terlibat dalam skandal.

Bukankah teman wanitanya telah mengaku yang dirinya sedang mengandungkan anak Beng Hock dan mengharapkan dapat mencatatkan nama teman lelakinya itu sebagai bapa yang sah dalam sijil kelahiran anak yang bakal dilahirkan itu nanti.

Tidakkah ini satu bukti yang kuat dan nyata. Bukankah itu juga satu kesalahan moral yang amat besar meskipun tidak dirakamkan melalui CCTV.

Lebih malang, teman wanitanya adalah seorang guru kerajaan yang mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Kalau seorang guru wanita Melayu beragama Islam yang mengandungkan anak luar nikah, tahu apa yang boleh berlaku ke atasnya?

Beliau pasti akan dikenakan tindakan tatatertib dan jika Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara walaupun sehari ke atasnya, maka beliau boleh dipecat dari jawatan guru yang disandangnya.

Begitu juga, guru yang ditangkap berkhalwat atau berzina tapi tidak mengandung. Boleh digantung tugas dan dikenakan beberapa tindakan lain.

Betullah, guru bukan Islam tidak boleh disamakan dengan guru Islam dalam kes Mahkamah Syariah tetapi bukankah nilai-nilai moral itu cukup penting bagi seorang guru.

Apakah agaknya persepsi seorang pelajar, yang hari-hari melihat susuk tubuh gurunya yang semakin besar membuncit perutnya hasil kandungan daripada perbuatan seks bebas.

Pasti ada yang rasa malu, keliru dan mungkin juga akan menganggap kalau cikgu boleh buat kenapa kami tak boleh buat?

Bukankah itu juga satu bentuk promosi tidak sihat untuk menggalakkan lagi perzinaan di kalangan pelajar yang kini sudah pun parah.

Yang kawan bengang bukan apa. DAP begitu lantang bercakap soal moral, maruah dan integriti tetapi apabila melibatkan puak sendiri, sengaja ia disenyapkan atau dihalalkan walaupun alasannya cukup tolol sekali.

Kalau pihak yang berseteru dengan mereka melakukannya, mereka bertindak seolah-olah lawan mereka wajar dicampakkan ke api neraka dengan serta merta.

Jadi untuk berlaku adil dan sebagai bukti DAP parti yang paling adil dalam negara ini, kawan syorkan DAP juga mesti mendedahkan kebobrokan mendiang Beng Hock.

Desak juga kerajaan agar kenakan tindakan tatatertib ke atas teman wanita mendiang. Itulah barulah akan menunjukkan DAP berada di atas neraca yang adil tanpa mengira bulu. Jika tidak, DAP akan terus dipalit najis.

Sumber: http://www.malaysia-instinct.com

Advertisements