PAS Semakin Lama Semakin Jauh Tersesat??

1 Komen

Agenda Kristianiti Kini Mula Meresap Ke Dalam PAS

Beberapa bulan lepas kita menyaksikan muslimah-muslimah PAS menyanyikan lagu Gospel, iaitu lagu-lagu yang biasa dimainkan di gereja-gereja… Semasa Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari….

Kita boleh menyaksikan betapa bersemangatnya mereka menyanyikan lagu tersebut tanpa menyedari ianya merupakan lagu gospel, When The Saint Go Marching… Lihat sahaja video di bawah ini…

Begitu bersemangat sekali tanpa mengetahui asal-usul rentak lagu tersebut…

“When the Saints Go Marching In”, often referred to as “The Saints”, is an American gospel hymn that has taken on certain aspects of folk music. The precise origins of the song are not known. Though it originated as a spiritual, today people are more likely to hear it played by a jazz band. The song is sometimes confused with a similarly titled composition “When the Saints are Marching In” from 1896 by Katharine Purvis (lyrics) and James Milton Black (music). Sumber:- Wikipedia: When the Saints Go Marching In

Selain menyanyikan lagu gospel, kini cara berpakaian dalam satu-satu majlis juga sudah mula menyerupai paderi Kristian… Apabila mengenakan selendang yang dinamakan Stole

Apa yang dipakai oleh mereka di atas adalah menyerupai dengan pakaian para paderi gereja (di bawah)…

“Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)


Soon… You will follow my path…

Terima kasih kepada Bicara Gades Penang: PUNCA SEBENAR Datuk Dr. Hassan Ali Dipecat oleh PAS!!!!!

Advertisements

Muslimah PAS Nyanyi Lagu Gereja Salah Satu Fitnah UMNO??

1 Komen

Fitnah Terkini UMNO: Bukti Muslimah PAS Tak Nyanyi Lagu Gereja

Ramai kalangan cybertrooper dan blogger pro UMNO mendakwa muslimah PAS menyanyi lagu gereja semasa keputusan perbicaraan kes liwat DSAI…

Mana ada!! Semua ni fitnah UMNO!!

Malah cybertrooper dan blogger-blogger PAS juga mempertahankan muslimah PAS tidak menyanyi lagu gereja…

Mereka cuma nyanyi lagu Anak Tupai sahaja… Lihat buktinya di bawah…

Wah!! Begitu bersemangat sekali muslimah PAS menyanyikan lagu Anak Tupai…

Errr… eXception silap dengar ke?? Takde lak irama macam lagu Anak Tupai??

Lagu apa diorang nyanyi ni?? Lagu apakah ini??

Muslimah PAS tolong jawab!!

Muslimah PAS Menyesal?

Tinggalkan komen

Kekesalan Muslimah PAS Terhadap PAS

PAS TIDAK MACAM DULU

SAYA adalah bekas muslimah Pas yang berjuang habis-habisan demi parti. Saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyingkap hati saya yang terhijab. Saya dapati Pas hari ini telah berubah sama sekali. Orang bukan beragama Islam boleh masuk ke dalam surau dengan pakaian kebaya ketat tanpa tudung, berdiri memberi ucapan ketika semua yang hadir, iaitu kaum lelaki duduk di lantai melangut memandangnya.

Masya-Allah. Kami, muslimah Pas pun tak boleh sampai berhampiran mimbar. Apakah jemaah surau berkenaan bertanya kepada Teo Nie Ching, adakah dia datang bulan atau beritahu beliau, kalau nak masuk surau, kena bertudung?

Timbul lagi kegusaran saya apabila dia muncul di pekarangan masjid dengan baju ketat tanpa lengan, sedangkan kami dahulu tidak boleh bersenam bersama lelaki.

Sedih, Pas sudah banyak berubah. Dahulu, kami berkempen, undi orang kafir, jadi kafir. Selalu perkataan yang kami ucapkan, jika memilih pemimpin bukan Islam, ‘Mati esok, si kafir itu akan sembahyangkan jenazah kita…’ Itulah selalu yang kami jaja. Saya ingin bertanya kepada pembela Karpal Singh, apakah Karpal Singh akan mengimamkan sembahyang jenazahnya nanti?

YANG MENYESAL

Lembah Klang

Sumber: Utusan Malaysia


Ha ha ha ha… aku tak pasti samaada surat ini benar dari seorang muslimah PAS atau tidak, tetapi apa yang dikesalkan ada kebenarannya juga. PAS sudah tidak macam dulu… Perjuangan asal sudah menyimpang terlalu jauh… Dari perjuangan menegakkan Islam bertukar kepada menegakkan kafir harbi…

Islam dijadikan bahan gadaian… Kalimah Allah digadaikan demi meraih undi… Masjid digadaikan kepada kafir harbi juga demi meraih undi… Kafir harbi dijulang-julang dan disanjung-sanjung… Pemerintah (Raja-Raja) di hina dan dikeji caci maki… Fitnah sudah diibarat seperti makan nasi… Sehari tak jamah nasi, tak sempurna hidup…

eXception: Di sini menyesal!! Di sini menyesal!! (ciplak dialog filem 3 Abdul)