Wartawan RTM VS Al-Juburi

Tinggalkan komen

Al-Juburi Gagal Menjawab Soalan Dari Wartawan RTM

Melihat tajuk Wartawan RTM VS Al-Juburi, bukan bermakna ianya perlawanan bola sepak, tetapi ianya merupakan topik yang agak hangat di mana Al-Juburi gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh Wartawan RTM dengan fakta sebaliknya memutar-mutar dengan isu PKFZ, Scorpene, Eurocopter…

Kebangangan Anwar terserlah apabila cuba memprovokasi Wartawan RTM. Apapun tindakan Al-Juburi ini boleh dianggap sebagai bebal. Anwar menganggap Wartawan RTM ini kerjanya cuba mencari kesalahannya. Pusing demi pusing dan putar demi putar jawapan Al-Juburi berikan dan satu pun tak tepat dan berfakta… Asyik putar benda yang sama… Pandai betul Al-Juburi ni main wayang kan?

Kalangan wartawan tersenyum simpul mendengar jawapan Al-Juburi yang asyik berputar-putar… Patutlah Al-Juburi anti sangat dengan wartawan akhbar arus perdana… Rupa-rupanya inilah yang ditakutinya… Apabila soalan yang dikemukakan gagal untuk dijawab secara berfakta… Asyik spin benda yang sama, maka tak hairanlah Al-Juburi digelar sebagai kaki spin.

Apapun sekalung tahniah dan bravo kepada wartawan tersebut kerana berjaya mendedahkan sikap sebenar Al-Juburi yang hanya pandai spin cerita tapi takde fakta langsung. Soalan wartawan tersebut adalah berkaitan cabaran Datuk Seri Zahrain terhadapa Al-Juburi supaya mendedahkan mengenai klip video porno Eli, akan tetapi lain pulak yang Al-Juburi spin dan sedaya-upaya untuk mengelak menjawab soalan tersebut. Kepada Al-Juburi, teruskan spin anda, rakyat sedang memerhatikan sikap sebenar anda…

Apapun keputusan rasminya…

Wartawan RTM – 1
Al-Juburi – 0

Nick Ajiszz Sudah Nyanyuk. Mula Cakap Merepek.

5 Komen

Nik Aziz saran lepas jawatan


KOTA BHARU 14 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru mereka.

Jelas beliau, Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada beliau masih diperlukan atau tidak.

“Undi ini amanah. Amanah yang diberikan oleh rakyat. Apabila kita melompat parti, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat.

“Kalau 10,000 orang undi kita, erti 10,000 undi atas kepala. Kita jangan lompat begitu dan kalau tak mahu letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil. Ini erti kita pandai-pandai mengkhianati amanah pengundi terhadap kita,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

-Utusan Malaysia

Mua ha ha ha… Sekali lagi atok tua yang sudah nyanyuk ni mula merepek-repek… Bila ada ADUN atau AP Pakatan Jahanam keluar meninggalkan parti jahanam itu, maka orang tua ini mula cakap merapik-rapik. Aku rasa lagi merapik dari citer Niyang Rapik…

Cuba kalo ada ADUN atau AP dari BN nak keluar parti dan menyertai Pakatan Jahanam? Sudah tentu atok tua ni takkan persoalkan tentang amanah malah mengalu-alukan serta memberi pujian demi pujian yang melangit… Malah jika boleh atok tua ni akan menganggap ADUN dan AP BN yang keluar parti ini sebagai dewa atau dewi turun dari langit…

Apapun Nick Ajiszz, hentikanlah… Sepatutnya kamu yang letak jawatan… Beri peluang kepada orang yang lebih muda menerajui Kelantan… Bak kata pepatah, rumah kata pergi berambus la lu… Kubur lak kata, mari laa… mari laa…