Benarkah Warga Kemboja Di Pekan Mendapat Taraf Warganegara?

Banyak khabar-khabar tidak benar tentang kononnya Datuk Seri Najib membawa masuk ribuan warga Kemboja ke Pekan dan memberikan mereka kad pengenalan serta kewarganegaraan Malaysia… eXception sebagai anak Pekan wajib membetulkan cerita ini…


Pol Pot

Pertama sekali eXception ingin beritahu bahawa kedatangan warga Kemboja ke Malaysia adalah disebabkan berlakunya peperangan dan pertumpahan darah di era Rejim Polpot suatu masa dulu. Mereka terpaksa menjadi pelarian dan mencari perlindungan di Malaysia… Puncanya apabila etnik Khmer cuba melakukan pembersihan etnik Champa yang majoritinya beragama Islam.

Di Pahang, pelarian warga Kemboja ini berlindung di dalam sebuah kem khas di Cherating tidak berapa lama dahulu. Kemudian Kerajaan Malaysia memberikan kebenaran untuk mereka berlindung di Malaysia atas dasar kemanusiaan, kerana kebanyakan warga Kemboja adalah beragama Islam…

Selama mereka kem perlindungan sementara di Cherating di tutup, maka sebahagian dari mereka tinggal di Pekan iaitu di Pulau Keladi dan di Kampung Sekukuh… Ada yang terpaksa menyewa tanah untuk membuat penempatan…. Ada juga yang berpakat mengumpul wang kemudian membeli tanah. Tanah dibeli bukan atas nama mereka, tetapi atas nama penduduk bumiputera. Kemudian barulah dibahagi-bahagikan lot tapak rumah…

Generasi pertama warga Kemboja ini telah melahirkan zuriat yang kemudian menjadi generasi kedua… Generasi kedua inilah mendapat keistimewaan di mana mereka secara automatik mendapat taraf warganegara Malaysia… Manakala generasi pertama masih memegang kad pengenalan merah, iaitu taraf pemastautin tetap.

Maka tahun demi tahun, setelah keadaan Kemboja semakin aman dan rejim Pol Pot berjaya ditumbangkan. Ada sebahagian warga Kemboja telah pulang semula ke tempat asal, manakala yang lain, mahu terus menetap di Malaysia… Maka setelah bertahun-tahun generasi ini telah berkembang… Generasi baru inilah yang didakwa mempunyai kad pengenalan yang kononnya dianggap pendatang asing oleh cai-cai Pakatan Haram Jadah…

Manakala generasi pertama baru mendapat kad pengenalan sekitar tahun 2009-2010 yang lepas secara berperingkat-peringkat. Jangan ada yang kata mereka diberi pengundi hantu pula, sebab mereka layak kerana sudah menetap di Malaysia lebih daripada 20 tahun.

Kesimpulannya… BENAR!! WARGA KEMBOJA DI PEKAN MENDAPAT WARGANEGARA…

Advertisements