Benarkah Mark Zuckerberg Akan Menutup Terus Facebook?

Berlegar khabar-khabar angin mengenai pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg bakal menutup terus laman sosial yang popular tersebut dek kerana sudah malas nak menguruskan lagi laman tersebut yang membuatkan dirinya menjadi stress…

Apapun eXception tidak mudah mempercayai berita tersebut… Kerana menganggap ianya tak lebih dari sekadar hoax atau khabar angin yang tak boleh dipercayai langsung… Buktinya, eXception cuba Google: Facebook shut down is a hoax?, dan menjumpai banyak blog-blog serta laman web yang mengatakan berita tersebut tak lebih dari sekadar hoax atau khabar angin

Jadi kepada pemilik akaun Facebook, anda tak perlu khuatir… Jika benar Mark Zuckerberg nak menutup terus Facebook, pasti ada pihak lain yang akan membeli laman sosial tersebut… Kerana laman sosial tersebut merupakan perigi emas… Orang takkan kisah nak melabur berapa banyak untuk membeli Facebook, kerana pulangan yang mereka bakal dapat adalah berkali-kali ganda…

Khabar angin ini adalah menyerupai khabar angin kononnya hari kiamat akan berlaku pada tahun 2012. Kita anggap sahaja perkara ini remeh… Tak perlu dibangkitkan lagi…

Nota: Manusia mudah percayakan khabar angin yang belum sahih kebenarannya…

Sumber:

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!/
Facebook shut down hoax spreads like fire
Mark Zuckerberg Stated Facebook Shutting Down on March 15th: Hoax!

P/S: Klik ‘SKIP AD’ untuk ke laman seterusnya…

Advertisements