Kerenah Birokrasi Dalam Pemberian Bantuan Punca Murtad?


Kes murtad Lina Joy – siapakah dalangnya? Orang kafir!!

Isu murtad bukan satu isu baru, malah ianya sudah berlarutan sejak sekian lama… Malah ada kalangan saudara baru yang memeluk Islam kemudian berpaling semula ke pegangan asal…

Apakah puncanya? Siapakah badan yang bertanggungjawab membantu mereka? Dimanakah badan yang sepatutnya membimbing dan membantu mereka?

Sebenarnya banyak kisah disebalik isu murtad ini. Kebanyakan yang murtad adalah kalangan mereka yang hidup susah dan merempat. Mereka tidak mempunyai tempat bergantung. Maka sudah menjadi tanggungjawab baitulmal membantu mereka… Mengapa baitulmal agak liat menghulurkan bantuan? Adakah duit yang diamanahkan kepada baitulmal itu milik baitulmal?


Birokrasi tak berkesudahan

Antara keluhan yang sering kedengaran ialah kerenah birokrasi dalam baitulmal. Malah ada kalangan pegawai dalam baitulmal yang banyak kerenah dan keberatan untuk membantu, seolah-olah asnaf tersebut satu beban bagi mereka. Mereka anggap tugas yang sepatutnya mereka sandang sebagai beban dan enggan melayani asnaf-asnaf yang memohon bantuan. Malah ada kedengaran cerita yang pegawai baitulmal ini cukup berkira dalam pemberian bantuan. Jika asnaf tersebut memiliki telefon bimbit, peti ais, televisyen… mereka sudah menganggap ianya tanda kemewahan dan asnaf tersebut tidak layak mendapat bantuan…

Pada tahun 2010, Pusat Pungutan Zakat MAIWP membuat kutipan sebanyak RM 275.6 Juta manakala PPZ Selangor pula membuat kutipan sebanyak RM 336.8 Juta. Setiap tahun mereka mengumumkan kutipan yang dicatat, tetapi kemanakah wang tersebut? Mengapa masih ramai asnaf-asnaf tidak dibantu? Mengapakah prosedur baitulmal begitu ketat, seolah-olah kita mahu membuat pinjaman dari bank… Walhal ianya bukan duit baitulmal, cuma baitulmal sebagai pemegang amanah sahaja untuk mengagihkan wang zakat tersebut kepada asnaf…

Cuba kita fikir, pernahkah baitulmal mengiklankan di surat khabar tentang cara memohon bantuan dari mereka? Tidak ada… Pernahkah ada pegawai baitulmal datang ke rumah-rumah membuat bancian? Tidak ada… Jadi apakah sebenarnya tugas mereka? Adakah hanya masuk kerja, punch card, duduk menghadap komputer, kemudian sampai waktu balik, pulang ke rumah?


Duduk dalam pejabat berhawa dingin, bersenang-lenang

Jika kita tanya kepada orang ramai tentang lokasi pejabat baitulmal, adakah mereka boleh membantu menunjukkan arah? Sudah pasti ada yang tidak tahu di mana letaknya pejabat baitulmal. Tidak seperti bank yang mempunyai banyak cawangan di merata-rata tempat. Sedangkan pejabat baitulmal sendiri susah nak mencarinya. Jadi bagaimana asnaf hendak meminta bantuan?

Jadi di sini, kepada pegawai baitulmal yang bertanggungjawab. Di akhirat kelak anda semua bakal ditanya, kemanakah wang zakat tersebut diagihkan… Sebab ianya tanggungjawab anda untuk mengagih-agihkan wang zakat tersebut. Anda hanya tahu duduk bersandar di atas kerusi di dalam bilik berhawa dingin tanpa berusaha untuk mencari dan membantu asnaf. Kemudian jika ada snaf ingin memohon bantuan, anda enggan melayan… Jika sikap ini ditunjukkan, maka ANDA SEMUA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB ATAS BILANGAN UMAT ISLAM YANG MURTAD!!

Pautan lain berkaitan:
Pujukan gereja
Kerenah Birokrasi, Dimanakah Silapnya?
Wahai Warga Baitulmal dan Pusat Zakat, Bangunlah!!
Kutipan Zakat Selangor 2010 Berjumlah 336.8 Juta