Inikah Pendidikan Percuma Yang Diperjuangkan Pakatan Rabak??

2 Komen

Pendidikan Percuma Hanyalah Retorik Semata-Mata

Janji berpuluh macam janji telah ditabur semata-mata untuk mengabui mata rakyat… Kini Pakatan Rabak cuba mengabui mata mahasiswa dengan retorik pendidikan percuma… Pendidikan percuma yang dilaung-laungkan Pakatan Rabak hanyalah sekadar retorik… Tidak ada bukti sepanjang Pakatan Rabak mentadbir Selangor, bidang pendidikan diberi keutamaan… Kenapa baru sekarang??

Jika korang masih ingat… Bagaimana kerajaan Selangor menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar… Apa alasan kerajaan Selangor pada masa itu?? Alasan mereka berikan ialah IKYS tidak memberikan keuntungan kepada mereka…


IKYS kini tinggal kenangan

Macam ni ke nak ke nak bagi pendidikan percuma?? Sedangkan IKYS ditutup hanya semata-mata tidak menguntungkan mereka… Inikan pula nak beri pendidikan percuma… Jangan harap!!

Selepas IKYS, Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur pula menjadi mangsa seterusnya… Tanpa sebab dan alasan yang kukuh, asrama yang banyak berjasa itu mahu mereka tutup… Inikah pendidikan percuma yang mereka laung-laungkan sedangkan asrama ini pun tidak terurus… Malah mahu menutupnya pula…

Bukan itu sahaja… Pengarah Strategi PKR juga berdolak-dalik apabila desakan mahu kerajaan Selangor menanggung hutang PTPTN anak Selangor…

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Kepada rakyat Malaysia dan mahasiswa-mahasiswi sekelian… Tak perlulah kalian percaya dengan manusia yang tahunya menabur janji, tetapi culas sekali untuk mengotakan janji mereka… Hanya bos mereka sahaja, Anwar Ibrahim yang berjaya… Itupun hanya berjaya ‘mengotey’ China Doll… Itu sahaja kejayaan mampu dikecap…

Tepuk dada tanya selera… Jangan terpedaya kepada janji manis Pakatan Rabak…

Artikel berkaitan:

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

IKYS di tutup, Anwar masih sembang besar

Konon Nak Bagi Pendidikan Percuma, Tapi Tutup Institut Kemahiran Selangor Atas Sebab Rugi!!!

Yayasan Selangor Tutup Asrama Sebab Dah Nak Bankrap?

Advertisements

Punca Yayasan Selangor Mengalami Defisit

Tinggalkan komen

Penyelenggaraan Kenderaan Milik Yayasan Selangor Punca Defisit?

Dikatakan bahawa perbelanjaan untuk membaiki dan membeli alat ganti kenderaan milik Yayasan Selangor mencecah RM 6 juta bagi tempoh 11 bulan. Logikkah?

Tapi itu sememangnya logik, sekiranya Yayasan Selangor memiliki banyak Ferrari yang mana kita sedia maklum alat gantinya amat mahal dan perlu diimport…

Ataupun Lamborghini…

Ataupun mempunyai bas yang canggih tahap gaban dan futuristik…

Ataupun….

Berkemungkinan ada makhluk yang sama spesis dengan toyol, tetapi menyerupai manusia yang menyonglap duit tersebut??

Apapun alasan, kita tak pasti lagi mana perginya wang sebanyak itu… Wallahu’alam…