Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Tol??

Tinggalkan komen

Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Tol??

Dikhabarkan kununnya Kerajaan Selangor nak ambil alih beberapa syarikat konsesi tol seperti KESAS, Grand Saga dan SPRINT minggu depan dan menawarkan tol percuma pada Januari 2013. Apakah ini cerita Maharaja Lawak? Atau mungkin cerita Mahaguru Lawak?? Mungkin juga cerita Mahaguru Berak Tak Lawas?? Kah kah kah kah kah!!

Persoalan sekarang… Kenapa baru sekarang kerajaan Selangor nak umumkan tol percuma?? Kenapa tak sejak tahun 2008 lagi?? Atau adakah kerana Kerajaan PR Selangor menyedari bahawa adalah MUSTAHIL untuk memenangi PRU 13 nanti dengan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Selangor??

Mungkin Kerajaan PR menjangka bahawa PRU 13 akan diadakan pada bulan hadapan? Mungkin juga pada bulan Disember 2012?? Maka dicanang bahawa akan beri tol percuma pada Januari 2013. Bagaimana jika PRU 13 tak diadakan pada tahun 2012? Bagaimana jika ianya diadakan pada bulan Mac atau April 2013?? Adakah Kerajaan Selangor akan tunda pula tol percuma ke bulan Januari 2014 sambil memberikan bermacam-macam alasan yang mana akan menuduh kononnya mendapat halangan kerajaan persekutuan??

Gameplay Kerajaan PR Selangor sudah boleh dibaca… Jika benar, Kerajaan PR Selangor hendak mengambil alih syarikat konsesi tol tersebut? Berapakah kos ganti-rugi yang perlu Kerajaan Selangor bayar kepada syarikat konsesi? Siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut?? Syarikat milik kerajaan negeri yang manakah sekali lagi menjadi kambing hitam menanggung semua kerugian tersebut seperti mana PKNS terpaksa mengambil alih hutang milik Talam Corporation?

Duit manakah kerajaan Selangor akan REMBAT kali ini?? Adakah duit baitulmal?? Adakah duit Yayasan Selangor? Apakah akan ada tanah yang akan di REMBAT oleh Kerajaan Selangor kemudian dijual??

Mengapakah hanya melibatkan 3 lebuhraya? Mengapa tak melibatkan Lebuhraya Persekutuan? Lebuhraya KL-Kuala Selangor? Lebuhraya Guthrie? Lebuhraya DUKE? Lebuhraya SKVE? Lebuhraya NKVE? Lebuhraya LDP?

Kepada rakyat Selangor, diminta tidak tergoda dengan berita ini… Kerajaan PR Selangor tidak mampu untuk mengambil alih syarikat konsesi tersebut dan menanggung segala kos kerugian yang dialami oleh syarikat konsesi… Janji untuk memberikan tol percuma bermula Januari 2013 hanyalah gula-gula untuk menghadapi PRU 13 yang mereka sangka akan diadakan pada tahun ini. Sekiranya PRU 13 diadakan pada tahun 2013, adakah mereka akan menunaikan janji mereka atau memberikan bermacam-macam alasan?? Fikirkan… Sedangkan masalah air bersih yang semudah itu tak dapat diselesaikan, inikan pula hendak ambil alih syarikat konsesi tol?

Ayuh Kita Desak Kerajaan Negeri Mansuhkan Tol Di Selangor

1 Komen

Ayuh Kita Desak Kerajaan Negeri Mansuhkan Tol Di Selangor

Ayuh kita segera mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor segera memansuhkan tol di semua lebuhraya di dalam negeri Selangor…

Kita tak mahu dengar lagi bermacam-macam janji yang ditaburi…

Sebelum berjanji nak turunkan harga kereta, sila mansuhkan terlebih dahulu semua tol di dalam rangkaian lebuhraya di dalam negeri Selangor…

Tak perlu banyak alasan lagi…

Tak perlu banyak dalih lagi…

Tak perlu banyak janji lagi…

Rakyat negeri Selangor mahu lihat Pakatan Rakyat buktikan terlebih dahulu yang Kerajaan Selangor mampu menunaikan janji…

Jika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya menunaikan janji memansuhkan tol di seluruh rangkaian lebuhraya di dalam Selangor… Rakyat negeri Selangor sebulat suara akan terus menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti…

Ingat!! Kami semua tidak mahu sebarang alasan serta dalih…

Kami juga tak mahu dengar sebarang janji selagi permintaan kami tidak dipenuhi…

Perlu diingat… Kami takkan tertipu dengan dakyah kononnya Kerajaan Persekutuan yang kontrol tol…

Kami tahu semua rangkaian lebuhraya dimiliki oleh syarikat konsesi…

Kami tahu kenaikan kadar tol adalah berdasarkan permintaan syarikat konsesi sendiri…

Kami tahu syarikat konsesi tidak boleh menaikkan kadar tol sesuka hati…

Kami tahu syarikat konsesi perlu mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar tol…

Kami tahu Kerajaan Persekutuan berhak menimbang untuk membenarkan kenaikan kadar tol atau tidak…

Kami tahu syarikat konsesi terpaksa akur jika permintaan mereka untuk menaikkan kadar tol ditolak kerajaan…

Kami tahu Kerajaan Persekutuan berhak mencadangkan kadar kenaikan tol yang tidak membebankan rakyat kepada syarikat konsesi…

Kami tahu syarikat konsesi juga perlu menanggung kos penyelenggaraan lebuhraya yang tinggi…

Kami tahu kos bahan mentah untuk penyelenggaraan lebuhraya juga semakin naik…

Kami juga tahu Kerajaan Negeri juga mampu berunding dengan syarikat konsesi tol untuk memansuhkan kutipan tol…

Kami juga tahu Kerajaan Negeri juga boleh membayar pampasan yang setimpal dengan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syarikat konsesi…

Kami tahu semuanya… Kami takkan tertipu lagi dengan dakyah janji palsu Pakatan Rakyat…

Kewujudan Banyak Rumah Urut Di Selangor Atas Alasan ‘Kesedaran Mengenai Kesihatan’?? WTF!!

1 Komen

Kewujudan Banyak Rumah Urut Di Selangor Atas Alasan ‘Kesedaran Mengenai Kesihatan’?? WTF!!

Seperti biasalah… Video Bangkang Dari Longkang cukup membuatkan kerajaan Pakatan Anak Haram Jadah BUTTHURT… Jika pemimpin diorang BUTTHURT, apatah lagi anak buah… BUTTHURT jugak laa… Maka tak hairanlah diorang dok pusing-pusing cerita…

Jika dulu diorang la manusia nombor WAHID yang dok kutuk Sultan Selangor… Malah pemimpin diorang pun tanpa segan silu mengutuk Sultan Selangor semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong baru-baru ini… Kini tiba-tiba pula mereka bertukar warna ibarat CHAMELEON… Kemudian bangkit menentang penghinaan terhadap Sultan Selangor… Hanya semata-mata kerana dalam video Bangkang Dari Longkang yang terbaru yang memaparkan kononnya Selangor banyak rumah urut dan pusat pelacuran… Malah dalam video ni sebutir ayat pun tak menyebut nama Sultan Selangor, hatta nama Menteri Besar yang gaaaggaaaagaaap selalu tu pun tak disentuh langsung… Malah nama PUNAISIHAT Selangor pun tak keluar langsung… Apa pasal SENTAP??

Yang memelikkan… Dalam video tu tak disebut langsung yang Selangor ni banyak rumah urut ke pusat pelacuran ke… Tetiba pulak hanjing-hanjing ni dok menyalak… Keh keh keh keh… Kalo menyalak tu tanda BETUL la… Orang tak kata, diorang pula terlompat-lompat dan terkinja-kinja kemarahan… Betul kata orang tua-tua… TAK TUMBUH TAK MELATA… TAK SUNGGUH… AWAT HANG PULAK YANG TERKINJA-KINJA??

Malah tanpa segan dan silu memberikan alasan kewujudan pusat refleksologi dan SPA sebagai ‘KESEDARAN MENGENAI KESIHATAN’. What the heck!!?? Jika nak SIHAT… Tak perlu pergi banyakkan pusat urut ni semua… Ini semua nak menyihatkan PUNAI sahaja… Bukan mengenai kesihatan keseluruhan… Patutlah PUNAISIHAT Selangor langgan China Doll… Ini atas alasan ‘KESEDARAN MENGENAI KESIHATAN’… Kah kah kah kah kah!! What a joke!!

Apapun korang bacalah kelentongan Suara Pakatan Anak Haram Jadah ni…. Kih kih kih kih…

Bangkang Dari Longkang Hina Sultan Selangor

Panas!! Kerajaan Negeri Bina Flat Kos Rendah Diperbuat Dari Polystyrene??

Tinggalkan komen

Panas!! Kerajaan Negeri Bina Flat Kos Rendah Diperbuat Dari Polystyrene??

Haaooo Liaaaoooo!! Kerajaan Selangor nak bina flat kos rendah menggunakan polystyrene?? Gile ke hape!!

Korang tentu tahu apa itu polystyrene… Tengok gambar kat atas dah tentu kenal…

Blogger Gerakan Anti PKR mendedahkan ada projek flat kos rendah hanya menggunakan polystyrene untuk membina dinding kemudian diplaster dengan simen untuk melindungi dinding dari bahan polystyrene itu… Lihat sahaja gambar di bawah ini…

Lebih lanjut korang boleh masuk ke blog GAP di bawah…

SELANGOR BANGKIT : RUMAH FLAT 5 TINGKAT DIPERBUAT DARIPADA POLYSTREN LULUS DI SELANGOR !

Kerajaan Negeri Selangor Bakal Disaman?

Tinggalkan komen

Batal Projek Tebatan Banjir. Kerajaan Negeri Selangor Bakal Disaman?

Di atas jelas bukti Kerajaan Pakatan Haram Jadah Selangor membatalkan projek tebatan banjir Sg Langat. Malah menganggap projek tersebut tidak membawa manfaat kepada rakyat… Sekarang lihatlah apa akibatnya projek kononnya didakwa sebagai ‘TIDAK MEMBERI MANFAAT’ tidak dilaksanakan…

Bagaimana MB Selangor, Khalid Gagap mengambil keputusan semberono sebegitu? Begitu mudah mengatakan projek bermanfaat itu tidak membawa manfaat. Maka natijahnya Kajang dilanda banjir kilat petang semalam…

Kepada mereka yang terlibat dengan banjir di Kajang semalam, terutama sekali kepada mereka yang mengalami kerosakan kenderaan atau premis yang dinaiki air, anda semua boleh menyaman MB Selangor, Khalid Gagap kerana banjir tersebut berpunca dari dia…

Mengapa eXception berkata sedemikian… Sekiranya projek tebatan banjir tersebut diteruskan maka masalah banjir kilat yang berlaku semalam tidak akan berlaku apabila aliran air Sungai Langat dilencongkan ke Sg Kelang…

Untuk pengetahuan semua, Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar. Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

Sekiranya projek ini siap pada hari ini, maka masalah banjir yang dialami oleh warga Kajang semalam tidak akan berlaku. InsyaAllah… Tetapi lihatlah apabila MB Selangor bertukar ganti dengan MB yang bebal dan bodoh… Semua projek yang tidak melibatkan kroni-kroni Pakatan Haram Jadah dibatalkan begitu sahaja, tanpa membuat kajian terperinci…

Oleh itu dipersilakanlah membuat laporan Polis terhadap MB Selangor dan segera saman dan tuntut kerugian dari Kerajaan Selangor… Banjir pasti akan datang kembali. Ini kerana kita tak dapat menghalang kuasa Tuhan… Tetapi kita boleh mengelakkannya dari berlaku… Inilah natijahnya apabila jawatan MB diberi kepada seorang yang BEBAL… Apatah lagi PUNAHSIHAT Kerajaan Selangor hanya tahu dok berceramah… PUNAHSIHAT pun sama tak boleh pakai…

Sumber:

Kerajaan negeri batal projek tebatan banjir Canal City

Selangor batalkan projek Canal City

Projek Canal City dan Banjir di Kajang

Banjir Kilat di Kajang kerajaan negeri patut di persalahkan

Kajang Dilanda Banjir Kilat! Salah UMNO Lagi Kah?

Tinggalkan komen

Banjir Kilat Di Kajang… UMNO Juga Yang Dipersalahkan?

Petang semalam warga Kajang kecoh apabila air Sungai Langat melimpah dan membanjiri sekitar Pekan Kajang… Hujan lebat yang luar biasa petang semalam menyebabkan Sungai Langat tidak mampu menampung kadar hujan yang turun petang semalam hingga menyebabkan air Sungai Langat melimpahi tebing dan membanjiri Pekan Kajang petang semalam.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang dirakam di sekitar Pekan Kajang petang semalam… (gambar ihsan blog Sah dan Tak Sah)

Di sini eXception ingin mengulas antara punca-punca banjir kilat yang mendadak itu berlaku…

1) Kadar hujan yang turun petang itu sangat lebat menyebabkan paras air sungai tidak mampu menampung kadar hujan dan melimpahi tebing.


Di atas ialah graf kadar hujan yang turun di Kajang pada 2 Disember 2011.


Di atas merupakan graf menunjukkan paras air Sungai Langat pada 2 Disember 2011.

2) Pembuangan sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai dan longkang menyebabkan aliran tersekat. Ini disebabkan kontraktor baru yang dilantik oleh Kerajaan Selangor, mungkin tidak melaksanakan tugas mereka…

3) Dikatakan Kerajaan Negeri Selangor telah membatalkan projek tebatan banjir di Kajang yang diluluskan oleh Kerajaan terdahulu.

4) Boleh dikatakan banjir di Kajang merupakan AMARAN dari Allah bahawa aktiviti maksiat, murtad semakin berleluasa… Rumah urut tumbuh bagai cendawan… Aktiviti kristianisasi berleluasa…

5) Jika dulu semasa banjir di Pekan, Pahang. Ramai yang mengatakan punca bajir tersebut adalah kerana dosa Datuk Seri Najib, maka tak salah jika eXception katakan di sini bahawa banjir di Kajang merupakan akibat dosa MB Selangor, iaitu Khalid Gagap…

Mungkin ada puak-puak PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa banjir di Kajang juga sebahagian dari dosa mereka akan menyalahkan UMNO… Walaupun UMNO sudah tidak ada kena mengena dengan Selangor, mereka akan mengada-adakan cerita kununnya, UMNO arahkan melepaskan air empangan supaya Kajang banjir… Ha ha ha ha ha ha!! Mungkin juga mereka mengada-adakan cerita kununnya… UMNO menyekat aliran air Sungai Langat… Ha ha ha ha ha ha!! Hanya puak-puak dungu dan BAHALOL sahaja percaya cerita BODOH ini… Ha ha ha ha ha ha ha!!

Inikah hasil Kerajaan Berkebajikan Pakatan Rakyat?

9 Komen

Di Kota Damansara, diberitakan oleh
laman


Bersama Mazidul

bahawa pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengeluarkan notis mengarahkan
penduduk yang terdiri dari warga emas dan ibu tunggal mengosongkan rumah
mereka kerana dikatakan gagal melunaskan tunggakan sewaan rumah.

 

Menurut laman tersebut yang
dikendalikan oleh kakitangan TV3, pengadu yang terdiri daripada ibu tunggal
mengubungi wartawan tersebut untuk meluahkan perasaan mereka yang kecewa
dengan notis pengusiran tersebut.

 

“Masa sewa rumah RM124, memang tak
ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik
RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikan itu lebih 100% berbanding
sebelumnya (RM124). Kebanyakan ibu tunggal di sini tak ada kerja, uzur dan
ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof Siti Aishah,
42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara,
Petaling Jaya, seperti dipetik dari laman tersebut.

 

Manakala seorang ibu tunggal,
Khatijah Hassan, 74 tahun menyatakan kepada wartawan Tv3 seperti ditulis
dalam laman tersebut:

 

“Dulu masa sewa rumah RM124, kita
tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,”
kata wanita tua tersebut yang tinggal bersama cucu yang kurang upaya.

 

Jika ini adalah contoh senario yang
berlaku di negeri Selangor apalah erti Negeri Maju dan berkebajikan yang
menjadi slogan dan diwarwarkan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat mengeluh kesah
kini selepas terpedaya dengan janji manis sewaktu plihanraya umum 2008 lalu.
Namun kini "Nasi sudah menjadi bubur" mungkin kalau mereka merasa menyesal
dengan situasi terkini di Selangor mereka terpaksa menunggu 2 tahun lagi
untuk menukarkan kembali kerajaan yang ada.

 

Mungkin pihak Pakatan Rakyat akan
meyalahkan pihak PBT, namun masyarakat lupa polisi tersebut digubal oleh
kerajaan yang memerintah sekarang. Seharusnya Exco yang menjaga PBT
dipersalahkan iaitu Roniu Liu dan Menteri Besar Selangor sendiri. Exco
tersebut kini dilihat hanya menjaga kepentingan periuk nasi kongsi gelap
sahaja berbanding menjaga kebajikan rakyat marhaen.

 

Mana pemimpin DAP, PKR dan PAS
kenapa mereka begitu beria-ia membela kematian Teoh Beng Hock dan membiarkan
penderitaan para ibu tunggal di Kota Damansara. Adakah ini yang diinginkan
pemimpin pakatan rakyat?

 

Mana ahli Parlimen Subang R.
Sivarasa yang begitu ghairah membela Anwar Ibrahim hingga terlupa membela
penduduk di Kota Damansara. Dan dimana Dr. Nasir Hashim yang ghairah
memperjuangkan hak rakyat namun rakyat dibawah naungan sendiri gagal dibela.

 

Itulah nasib Melayu dinegeri
Selangor hanya menjadi alat sahaja kepada pihak lain untuk mencapai kuasa,
selepas mendapat kuasa dibiarkan terkapai-kapai seolah seperti anak penyu
yang baru menetas bersendirian ditepi pantai, kalau sempat turun ke lautan
penyu tersebut akan terus hidup kalau lambat akan mati ditepian pantai
menjadi bangkai kepada haiwan pemangsa lain.

 

Dikala ini semua pihak ingin
membela kaum bukan Melayu sahaja, PAS yang dilihat sebagai parti orang
Melayu pun gagal memainkan peranan membela nasib orang Melayu dengan
berkesan. Adakah ini bermakna kerana mereka hanya nenjadi alat sahaja untuk
mendapat kuasa pihak lain seperti yang dinyatakan oleh MSO dalam

blognya
. Selepas mendapat kuasa dibiarkan PAS tanpa mendapat habuan.

 

Ya, benar PAS kini bebas mengadakan
pelbagai forum disana sini, namun adakah itu sahaja yang PAS mampu lakukan
dinegeri Selangor. Dimana janji-janji untuk menjadikan negeri Selangor
sebagai sebuah kerajaan yang mendapat berkat dari pencipta ilahi. Sedangkan
kemungkaran yang berlaku kini di Selangor lebih teruk berbanding kerajaan
sebelum ini.

 

Tambahan premis pusat hiburan dan
rumah urut yang mendadak itukah yang diinginkan PAS Selangor. Atau sanggup
duit zakat umat Islam Selangor yang beratus juta diusik dan dirompak oleh
Menteri Besar semata-mata tabungan kewangan negeri merosot. Bukankah negeri
kelantan yang ditadbir PAS dan dianggap miskin pun tidak pernah mengusik
duit zakat.

 

Seharusnya PAS musahasabah diri
dengan tindak tanduk rakan mereka dalam kerajaan negeri Selangor sekarang.
Sanggupkah PAS dipersoal diakhirat kelak kerana bersubahat mengabaikan
amanah rakyat yang diberikan kepada mereka. Dahulu perkara ini yang selalu
dipersoal pemimpin PAS kepada pemimpin UMNO, namun adakah kini mereka
sendiri telah menerima ujian tersebut?

Petikan dari blog: Tom Yam Pok Tek

Tahniah kepada Pakatan Rosak, inilah hasil Negara Berkebajikan yang anda war-warkan sebelum ini… Sebenarnya Negara Berkebajikan yang mereka war-warkan hanyalah kebajikan untuk tembolok pemimpin PR sendiri, di mana mereka sewenang-wenangnya menyeleweng, merompak, menyamun serta mencuri wang kerajaan dengan cara sedikit terhormat.