BERSIH 2.0 – Bersih Sangat Ke PKR Ni?

Tinggalkan komen

BERSIH 2.0 – Bersih Sangat Ke PR Ni?

Satu Malaysia, PR dok palu gong mencanang dan mengajak rakyat Malaysia supaya turun ke ibu kota untuk melakukan perhimpunan haram kononnya untuk menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih, telus dan adil…

Tapi di sini aku nak tanya kepada juak-juak PR yang dok palu canang ni… Pemimpin korang ni bersih sangat ke? Aku tengok PKR dengan PAS lagi lah lok lak…

PKR dengan masalah dalaman parti yang mana ramai kalangan ahli tidak berpuas hati dengan manipulasi undi yang mana muka-muka favorite Al-Juburi menaiki takhta PKR manakala muka-muka baru yang toya dan takde value serta tak tau mengampu Punaisihat Parti… Malah kebanyakan pemilihan berlaku kekecohan kerana ramai ahli tidak berpuas hati dengan undi… Isu ini gagal dijawab oleh Punaisihat PKR dan kebanyakan pemimpin PKR berdalih mengatakan ahli UMNO sengaja sabotaj pemilihan tersebut… Lawak sungguh…

Malah bukan sahaja dalam PKR, malah dalam PAS pun tak kurang hebat bau bangkainya… Dengan isu politik wang dalam pemilihan yang lepas-lepas malah pemilihan 2011 kita boleh lihat ramai golongan Ulama’ PAS disingkirkan, manakala golongan professional Pro Anwar (Erdogan) pula naik…

Isu Nik Aziz memberi ‘zakat’ kepada orang asli semasa pilihanraya kecil di Kelantan yang lepas juga juga menjadi isu hangat… Manakala Nik Aziz tidak mengaku ianya rasuah, tetapi merupakan zakat… Mengapakah sewaktu PRK baru nak beri zakat? Kenapa sebelum ini langsung Nik Aziz tak pedulikan hidup mati orang asli tersebut?

Satu soalan ingin eXception kemukakan kepada juak-juak PKR ni….

BERSIH SANGAT KE PERMIMPIN KORANG??

P/S: eXception meminta maaf sebab lama tak update blog ini kerana sibuk menguruskan majlis perkahwinan…

Advertisements

Apa Sahaja BN Buat, Serba Tak Kena Di Mata PR

3 Komen

Apa Sahaja Barisan Nasional Lakukan, Serba Tak Kena Di Mata Pembangkang

Sedarkah korang bahawa parti pembangkang wujudnya dalam satu-satu negara adalah untuk mengimbangi perjalanan politik dalam sesebuah negara. Bukan sahaja di Malaysia, Di England, Amerika, China, Jepun dan semua negara di seluruh dunia pasti ada parti pembangkang…

Cuma satu je yang pelik dengan parti pembangkang di Malaysia ni… Apa sahaja parti tunjang kerajaan iaitu Barisan Nasional terutamanya UMNO lakukan serba tak kena bagi mereka… Itu salah… Ini salah… Itu tak boleh… Ini haram…

Sebagai contoh sewaktu pilihanraya, tak kira pilihanraya umum atau kecil, apabila kerajaan memberi sumbangan kepada rakyat, memberi geran tanah, melaksanakan projek-projek dan lain-lain mereka akan anggap ianya RASUAH PILIHANRAYA… Pemimpin-pemimpin mempunyai rumah dan kereta mewah dikatakan hasil rasuah

Jika ada keanggotaan di dalam satu-satu parti di mana dianggotai ahli keluarga akan dikatakan sebagai NEPOTISME… Jika ada projek-projek diperolehi dan dibahagikan kepada saudara-mara atau kenalan terdekat di katakan KRONISME…

Malah judi, pelacuran dan penjualan arak yang berleluasa di negeri bawah tadbiran BN, dikatakan kelemahan BN akibat rasuah. Mereka juga mengutuk UMNO kerana membina masjid-masjid yang besar-besar.

Dan jika berlaku sebarang kucar-kacir dalam mesyuarat parti tidak kira UMNO, MCA, MIC… Mereka terus mengatakan itu tanda BN hendak rebah… Jika berlaku politik wang, maka mereka terus kata UMNO parti rasuah…

Oklah, kita berikan mereka (pembangkang) cermin dan mintak mereka suluh muka mereka sendiri… Kita mintak mereka tengok pula cela diorang yang selama ini diorang tak nampak…

Baru-baru ini Kerajaan Kelantan mengumumkan untuk memberi geran kepada 2000 peneroka di Gua Musang. Kebetulan pula pengumuman dibuat semasa Kelantan sedang hangat dengan isu pilihanraya umum di Galas yang kebetulan juga terletak di jajahan Gua Musang. Adakah ini kebetulan? Tidakkah ini dinamakan rasuah?? Jika ditanya, mereka pasti akan berdalih… Ah… itu sudah jadi tanggungjawab kerajaan. Dan ada juga yang berkata, UMNO lagi besar rasuah… Tapi pokoknya ianya perkara yang sama bukan? Tak kira pemberian tersebut kecil atau besar, tetap rasuah pilihanraya?

Malah pemimpin pembangkang pun ada yang menyalahgunakan wang rakyat, mengorder Toyota Camry untuk menggantikan Proton Perdana. Tidak menggunakan rumah kerajaan sedia ada dan menggunakan rumah mewah sebagai kediaman rasmi. Memiliki kereta Ferrari… Tapi takde siapa kalangan pembangkang yang bukak mulut? Malah dikisahkah seorang janda kepada pemimpin PAS menuntut jutaan RM dari suaminya. Jika seorang bekas isteri dah tuntut jutaan RM, tentu dia tahu kekayaan suaminya. Yang pelik mana datang kekayaan tersebut? Rasuahkah? Penyelewengan kah? Akan tetapi bila dipersoalkan hal ini kepada penyokong pembangkang, mereka spin cerita janda pemimpin UMNO tuntut nafkah jutaan RM. Persoalannya sekarang PAS mengatakan parti tersbut bersih. Tapi masih terdapat gejala penyelewengan dan rasuah dalam aprti tersebut. Tak seorang pun kalangan pembangkang nak persoalkannya.

Parti DAP, jawatan yang penting-penting kebanyakannya diisi oleh anak beranak. Antaranya keluarga Lim Kit Siang dan keluarga Karpal Singh… Tidakkah itu NEPOTISME?? PKR juga sama, di mana Isteri memegang jawatan Presiden, suami memegang jawatan Penasihat, anak pulak nak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tak nama NEPOTISME ke tu?

Malah pemberian projek-projek turut diberi kepada saudara-mara serta kenalan rapat. Tanpa melalui tender terbuka. KRONISME namanya tu kan?

Di Kelantan, terkenal dengan Jalan Hamzah. Bukan terkenal dengan keunikan tapi terkenal dengan sarang pelacuran. Bukan baru, tetapi sudah lama. Kenapa PAS Kelantan tak nampak? Tetapi sarang pelacuran di tempat-tempat lain jelas sahaja di depan mata. Malah arak juga ada di jual di Kelantan, kenapa takde sorang pun kalangan ahli PAS yang mempersoalkannya?

Malah di Kelantan, berapa banyakkah masjid yang dibina oleh kerajaan PAS Kelantan? Berapa banyakkah patung Buddha yang dibina di Kelantan? Kenapa PAS tak pernah timbulkan isu patung buddha gergasi tu berbanding dengan pembinaan masjid yang besar. Tahukah PAS bahawa masjid yang sedia ada kat bandar-bandar utama tidak boleh menampung keseluruhan umat Islam? PAS pedulik apa, janji dia boleh dok ceramah tiap-tiap malam kat masjid yang dibina oleh UMNO.

PAS Kelantan membisu bila dipersoalkan pembinaan patung-patung Buddha gergasi di sana. Yang nampak di mata mereka soal UMNO bina masjid besar yang pada anggapan diorang satu pembaziran. Adakah pembinaan patung Buddha gergasi itu menguntungkan umat Islam? Sekurang-kurangnya UMNO membina masjid demi umat Islam juga. Tak perlu lagi bersesak-sesak di dalam masjid ketika solat berjemaah. Malah ada yang terpaksa solat hingga di atas tanah kerana masjid sudah penuh dengan jemaah. PAS tak pernah fikirkan tentang itu? Iniklah parti yang kononnya memperjuangkan Islam? Hanya melaungkan Allahu Akbar dan bercakap soal hukum hudud sahaja dah boleh kata memperjuangkan Islam? Perjuangan Menegakkan Islam bukan hanya setakat slogan atau pandai bercakap soal agama sahaja. Apa yang kita lakukan dan laburkan demi kepentingan ummah, adalah salah satu dari Perjuangan Menegakkan Islam…

Apakah pelaburan PAS demi Menegakkan Syiar Islam? Berkerjasama dengan kafir harbi yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam? Memaki dan mengkafirkan saudara Seislam yang berlainan fahaman politik? Mengharamkan segala apa yang berkaitan dengan parti yang tidak sehaluan dengan mereka tetapi menghalalkan jika kena batang hidung sendiri?

Baru-baru ini berlaku kekecohan semasa pemilihan cabang pasti PKR. PKR sedaya-upaya menafikan dan menuduh UMNO menjadi puncanya. Inikah sikap seorang pemimpin berkaliber? Hanya pandai baling batu sembunyi tangan? Inilkah sikap pemimpin yang ego dan tak mahu mengakui kelemahan parti?

Malah dalam pemilihan PAS yang lepas berlaku politik wang. Kenapa PAS tak kata parti tersebut parti rasuah? Setiap ceramah selalu mendendangkan UMNO rasuah… UMNO rasuah… Tapi kudis kat badan sendiri buat tak nampak…

Inilah hakikat parti pembangkang di Malaysia… Tak salah untuk membangkang tapi tengok tempat la… Serba-serbi nak bangkang… Kerajaan nak buat jambatan, parti tu bangkang… Kerajaan nak bina sekolah, parti ni bangkang… Kerajaan nak buat apa pun serba-salah… Dulu masa kecoh pasal helikopter Nuri terhempas, pembangkang desak beli helikopter baru… Bila dah nak beli, pembangkang lak kata mahal sangat dan membazir. Diorang ingat sebijik helikopter baru harga dalam RM 50 sahaja ker? Helikopter mainan lepas la RM 50… Ni nak beli helikopter betul yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk aktiviti cari dan menyelamat. Malah harganya termasuk jaminan dan baik pulih…

Jadi kalo nak jadi PEMBANGKANG, biar betul jadi PEMBANGKANG, bukan PEMBANGANG…

KFC vs KJFC

4 Komen


Kalau KFC tu tahu lah Maya, sehingga menjilat jari. Tapi dengan KJFC susah juga Maya nak bagi tag line sebab apa yang nak dijilat Maya belum kenal pasti lagi. Yang Maya tahu KJFC ni ialah Kelab Penyokong Khairy dalam FB.

KFC – Sehingga menjilat jari

Entah berapa banyak support group untuk Khairy dalam FB. Dia ni gila glamour ke? Tahu la Maya dia ni Ketua Pemuda UMNO. Tapi Maya ada kemusykilan, bagaimana si KJ ni menang?

Maklumlah Maya ni bukannya orang UMNO. Pernah juga tergerak hati nak join UMNO Puteri tapi borang kena tolak pada peringkat cawangan lagi. Ada la Maya dengar cerita terdapat individu tertentu yang jealous rupanya.


KJFC – Jangan pulak cuba nak menjilat si Khairy!!!

Cerita pasal KJ Support Group, mungkin juga Khairy rasa bahawa dirinya tidak cukup famous lagi sehingga dikerah angkatan penjilat untuk melancarkan kempen dalam FB? Pasal jilat ni Maya hanya suka jilat jari bila makan ayam KFC, diulangi, ayam KFC bukan KJFC.

Pendapat Maya pula, kenapa pulak nak kecoh pasal cari sokongan dalam FB, bukannya boleh gerenti menang pilihan raya nanti. Jika diri itu telahpun dinobatkan sebagai liabiliti buatlah sampai sepuluh Support Group ianya tidak akan mengubah persepsi.

Maya kesian dengan para pendokong Khairy berpenat lelah mencari penyokong untuk KJFC.

Maya rasa lebih baik jika si Khairy panggil semua penyokong di seluruh pelusuk negeri dan belanja makan KFC, perut kenyang maka suka lah hati.

Petikan dari blog: Maya Khairi

Hu hu hu good work Maya… Memang patut pun nko ‘bogelkan’ KJ ni, aku pun menyampah dgn dia dan pencacai-pencacai dia…