Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Tinggalkan komen

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Bila membaca tajuk di atas sahaja tentu ada kalangan kita yang tertanya-tanya… Benarkah dakwaan di atas?? Adakah ianya fitnah atau satu kebenaran?? Jika sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran singkat (simpleton) akan terus percaya dengan berita disampaikan tanpa berdolak-dalik lagi…

Mainan persepsi boleh memerangkap mindset kita untuk mempercayai cerita atau maklumat yang cuba disampaikan… Oleh itu sekiranya tahap pemikiran yang singkat, akan terus mempercayai apa yang disampaikan tanpa dakwa dan dakwi lagi…

Sebagai contoh, tajuk yang eXception letak di atas adalah satu contoh persepsi untuk menggambarkan sisi negatif pemimpin. Bagi mereka yang berfikiran singkat, mereka tidak akan perasan dengan dua tanda soal dihujung tajuk. Tanda soal dihujung tajuk menggambarkan ianya satu persoalan… bukan satu kenyataan… Ianya mahu mengajak pembaca memikirkan adakah ianya benar atau salah…

Jika cybertrooper sebelah PR, sudah cukup bagi mereka mempermainkan minda pembaca hanya dengan meletakkan gambar kanak-kanak di atas yang sedang memegang wang di bawah tajuk seperti di atas… Maka terpulanglah kepada pembaca hendak percaya atau tidak… Tanggungjawab cybertrooper PR ini cuma mahu memainkan persepsi negatif terhadap pemimpin…

Bermacam cara boleh digunakan untuk memainkan persepsi… Termasuklah gambar di bawah ini…

Gambar paling atas adalah gambar kanak-kanak yang menjadi antara penerima zakat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Majlis penyampaian zakat ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Zakat berkenaan dibayar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada asnaf di Parlimen Pekan, antaranya Bank Rakyat membayar RM 600,000 manakala Amanah Raya Berhad dan Uda Holdings masing-masing RM200,000.

Penyumbang zakat lain ialah Affin Islamic Bank dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing RM100,000. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan RM50,000 dan diikuti pembayar individu lain termasuk Datuk Seri Najib sendiri.

Sumber: Zakat wujudkan masyarakat adil

Advertisements

Sultan Selangor tolak cadangan guna duit zakat untuk pembangunan

5 Komen

Sultan S’gor tolak guna zakat selain bantu ummah

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

“Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain,” titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

“Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini,” titah baginda, lapor Bernama.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

“Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata’ala,” titah Baginda.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.

Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.

Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

-Malaysiakini

Kepada Exco-Exco Selangor yang mencadangkan perkara ini, jangan bermimpilah kalo korang nak songlap duit zakat dengan baitulmal pula. Lepas duit rakyat korang songlap melalui projek-projek yang tak munasabah… Perlu diingat, duit zakat bukan digunakan untuk pembangunan tetapi untuk membantu asnaf dan fakir miskin. Macam kitaorang tak tahu niat korang semua… Lepas lulus gunakan duit zakat utk tujuan pembangunan, maka akan disonglap lagi oleh orang-orang yang bernama Ronnie Liu dan Yong Hian Wah…

Duit zakat selangor akan masuk kantung DAP?

4 Komen

Dulu adun kota damansara Dr. Nasir dalam sidang dun meminta kerajaan negeri menyalurkan wang zakat kepada semua kaum, semua kaum tu bermaksud wang zakat orang islam turut juga di nikmati oleh kaum cina dan kaum india.

Tapi itu cerita setahun lalu, kini Ronnie Liew ketika dalam mesyuarat exco kerajaan negeri mengusulkan supaya wang zakat di gunakan untuk membailout berberapa anak syarikat kerajaan negeri yang hampir mampos, permintaan ronnie tu turut di sokong oleh berberapa adun cina dan india, xavier jayakumar adun seri andalas meminta kerajaan negeri melalui baitumal dan jabatan agama islam selangor memulangkan atau menukar status tanah-tanah wakaf yang terbiar kepada kerajaan negeri selangor untuk di kormesialkan.

Setelah tanah-tanah wakaf ini di tukar statusnya mereka juga meminta untuk di jual tanah-tanah ni sekiranya ia mempunyi nilai kormesil, wang itu boleh digunakan untuk membayar elaun-elaun ahli majlis seluruh selangor yang kini tertunggak mencecah puluhan ribu ringgit.

Desakan ini sebenarnya datangnya dari berberapa exco pakatan haram yang bukan beragama islam, mereka melihat terdapat banyak tanah-tanah wakaf orang islam yang terletak di kawasan stratigik, sekiranya di jual boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada kerajaan negeri selangor.

Rodziah yang juga adun batu tiga pernah membuat janji-janji pilihanraya kepada penduduk ladang midland untuk memberikan tanah wakaf milik orang islam kepada berberapa persatuan hindu, alasannya ialah, “ia hanya status, wakaf hanya terletak pada perkataan sahaja, kalau kita tukar statusnya maka tanah itu sudah menjadi tanah kormesil”, korang bayangkan la kalau seorang adun melayu sanggup bagi tanah wakaf orang islam kepada hindu, ape nak jadi dengan nasib orang melayu kalau pakatan haram dapat perintah malaysia.

Soalnya sekarang ini, boleh ke tanah wakaf di tukar statusnya menjadi tanah industri? bolehkah wang zakat orang islam di gunakan untuk membailout anak syarikat kerajaan negeri yang status perniagaannya dan pelaburannya boleh di ragui? sedangkan beribu lagi orang islam di selangor ni masih memerlukan bantuan wang zakat, apa keuntungan yang orang islam dapat sekiranya tanah wakaf ini di kormesilkan? dan adakah tindakkan ini mendapat tentangan dari pada exco atau adun pakatan haram yang beragama islam?

Petikan Dari Blog: Darul Ehsan Today

Ha ha ha bagus Khalid Gagap. Ko ikut la cakap dua orang kafir tu. Maka perjalanan anda ke neraka kelak lebih mudah. Nanti guna la duit baitulmal, duit anak yatim dan duit kerajaan lagi. Pastu tak cukup mintak kat Kerajaan Persekutuan lagi.