Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Tokoh

Tinggalkan komen

Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Tokoh

Sehari selepas, negara kehilangan tokoh, Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah. Hari ini kita kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak mencurahkan jasa dalam dunia pendidikan negara, iaitu Allahyarham Profesor Madya Dato’ Dr. Mahadzir Mohd. Khir yang meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham pernah mencurahkan baktinya sebagai seorang guru dan pensyarah di Universiti Malaya. Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya, serta berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 dan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 2004. Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Sg Petani.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Dr. Mahadzir, 67, dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mendapat serangan jantung petang semalam.

Beliau yang dilahirkan di Yan, Kedah pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004.

Pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan manakala 2004 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004. – UTUSAN

Advertisements

Al-Fatihah – Husni Mohd Rawi Kembali Ke Rahmatullah

1 Komen

Al-Fatihah – Husni Mohd Rawi (Bob Kuman) Kembali Ke Rahmatullah

Selebriti yang tidak asing lagi dengan nama komersial Bob Kuman atau nama sebenar, Husni Mohd Rawi kembali ke rahmatullah jam 4.38 petang semalam. Allahyarham yang juga dikenali sebagai seorang pelakon komedi yang serba-boleh dan terkenal dengan aksi komedi di dalam rancangan Maharaja Lawak Mega dan slot Gitu-Gitu Apek di Astro.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norma Ibrahim yang baru dikahwininya pada 8 April lalu, iaitu perkahwinan keduanya.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah keluarga arwah di 1763 Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan. Sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, selepas solat Jumaat hari ini.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham… Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin… Al-Fatihah…

Bob Kuman Meninggal Dunia

Errr…. Apa kes ni Pok Nik???

Gempar!! Nik Aziz Meninggal Dunia??

2 Komen

Gempar!! Nik Aziz Meninggal Dunia??

eXception tersentap sekejap apabila membaca berita berkaitan kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat dari blog Tepak Bersulam. Kemudian… Pakat gelak kuat-kuat… Ha ha ha ha ha ha!!


Gambar sekadar hiasan

Apsal eXception gelak?? Adakah kerana gembira dengan kematian manusia bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat ni?? Siapakah manusia bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat ni??

Sebelum pencacai-pencacai PAS menyerang eXception mengatakan eXception menyampaikan berita fitnah… Sila baca betul-betul artikel ini: Al Fatihah : Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

Apapun… Innalillahiwainnailaihirrojiun…

Perginya Seorang Rakan Seperjuangan… Al-Fatihah…

Tinggalkan komen

Blogger Yang Gambi Meninggal Dunia

eXception baru mendapat berita ini selepas pulang dari kerja, apabila terbaca maklumat yang disampaikan Bro Jinggo mengenai Yang Gambi meninggal dunia malam tadi. Selepas memperolehi maklumat tepat dari Papa Gomo dan Taiping Mali, barulah eXception sedar… Rakan seperjuangan yang eXception kagumi ini, telah pun pergi buat selamanya…

Menurut Papa Gomo, Yang Gambi atau nama sebenarnya, Abdul Aziz Baharom menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kerana jangkitan kuman dalam paru-paru pada jam 11.10 malam tadi.

eXception mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Kata-kata hikmat Allahyarham di dalam profil blognya:

Aku ini, walau pun tidak sempurna, tapi biar hidup seperti LEBAH, tidak akan menyengat kalau tidak diusik, malah berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan madu sebelum pergi. Jangan hidup seperti lalat, hanya suka kepada tempat yang kotor dan jijik.

Sumber:

Bro Jinggo
Papa Gomo
Taiping Mali

Blog Allahyarham…

Aku Yang Gambi