Harga Kad Raya Melambung Naik??

Menjelang Aidiltfitri kita pasti berhadapan situasi kenaikan harga barang keperluan, seperti tepung, gula, minyak masak dan lain-lain…

Tetapi terfikirkah kita selain dari barang keperluan, kad raya juga mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah…

Kisahnya eXception singgah di Pusat Membeli Belah Carrefour Alamanda, Putrajaya untuk mencari kad raya untuk dikirim kepada orang yang tersayang… eXception memilih kad yang biasa sahaja, tidaklah besar mana… Tidak ada muzik irama lagu raya apa lagi lampu berkelip-kelip… Cuma kad biasa… eXception beli 3 keping, satu untuk isteri yang berada di kampung, keluarga eXception di kampung juga dan keluarga mertua…

Ketiga-tiga keping adalah kad biasa… Tapi harga untuk ketiga-tiga kad adalah LUAR BIASA!!! Jumlah harga ketiga-tiga kad ialah RM 30.90… Yang mana… Sekeping berharga RM 16.80 kemudian mendapat diskaun harganya menjadi RM 15.10… Sekeping lagi berharga RM 8.80 yang mana mendapat diskaun menjadi RM 7.90…


Di atas ini adalah kad yang berharga RM 16.80 kemudian selepas diskaun menjadi RM 15.10


Beginilah rupa kad tersebut. Takde muzik. Takde lampu berkelip-kelip. Kat biasa…


Lihat pada bawah bar kod, tercatat +1680HR bermaksud harganya RM 16.80

Kad di atas ini eXception nak kirim kepada isteri yang berada di kampung, manakala kad di bawah ini pula untuk keluarga dan keluarga mertua…


Ini adalah kad yang biasa, takde muzik, takde lampu berkelip-kelip


Sungguh tidak munasabah sekali jika kad ini berharga RM 8.80


Pada bawah bar kod tercatat +880HR bermakna harganya RM 8.80 selepas diskaun menjadi RM 7.90

Di bawah ini adalah resit pembelian ketiga-tiga keping kad ini…

Jadi di sini eXception tertanya-tanya apakah punca kenaikan harga ke tahap tidak munasabah kad-kad raya ini semua? Adakah kad-kad ini semua bersalut emas? Adakah kad-kad ini diperbuat dari akar ginseng? Adakah kad-kad ini merupakan edisi terhad yang mana hanya dikeluarkan terhad dalam dunia ni?

Kad-kad ini semua adalah dari jenama Memory Lane… Oleh itu petang ini eXception bercadang untuk memulangkan semula kad ini dan mencari kat lain… Ini kerana harga kad ini sungguh tidak munasabah, kerana harga sekeping kad bermuzik adalah RM 6.90…