Nick Ajiszz Sudah Nyanyuk. Mula Cakap Merepek.

5 Komen

Nik Aziz saran lepas jawatan


KOTA BHARU 14 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru mereka.

Jelas beliau, Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada beliau masih diperlukan atau tidak.

“Undi ini amanah. Amanah yang diberikan oleh rakyat. Apabila kita melompat parti, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat.

“Kalau 10,000 orang undi kita, erti 10,000 undi atas kepala. Kita jangan lompat begitu dan kalau tak mahu letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil. Ini erti kita pandai-pandai mengkhianati amanah pengundi terhadap kita,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

-Utusan Malaysia

Mua ha ha ha… Sekali lagi atok tua yang sudah nyanyuk ni mula merepek-repek… Bila ada ADUN atau AP Pakatan Jahanam keluar meninggalkan parti jahanam itu, maka orang tua ini mula cakap merapik-rapik. Aku rasa lagi merapik dari citer Niyang Rapik…

Cuba kalo ada ADUN atau AP dari BN nak keluar parti dan menyertai Pakatan Jahanam? Sudah tentu atok tua ni takkan persoalkan tentang amanah malah mengalu-alukan serta memberi pujian demi pujian yang melangit… Malah jika boleh atok tua ni akan menganggap ADUN dan AP BN yang keluar parti ini sebagai dewa atau dewi turun dari langit…

Apapun Nick Ajiszz, hentikanlah… Sepatutnya kamu yang letak jawatan… Beri peluang kepada orang yang lebih muda menerajui Kelantan… Bak kata pepatah, rumah kata pergi berambus la lu… Kubur lak kata, mari laa… mari laa…

Advertisements

Kenyataan Tidak Konsisten, Adakah Dia Sudah Nyanyuk?

8 Komen

Nik Aziz liabiliti Pas?

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bahawa DAP boleh menghina Islam, mengundang bantahan pelbagai pihak dari kalangan orang Islam.

Setelah dikritik hebat kerana menentang perbincangan idea kerajaan perpaduan dan menghina UMNO (“pergi jahanam dengan UMNO” dan “UMNO lebih buruk daripada komunis”), sekali lagi masyarakat Islam membidas Menteri Besar Kelantan itu.

Rumusan yang dibuat oleh kalangan orang Islam ialah Nik Aziz tidak lagi boleh menjadi sandaran dalam menjaga kesucian agama Islam serta perpaduan ummah.

Kenyataan beliau lebih menjurus menjaga kepentingan politik dan bukan kepentingan Islam. Sudah menjadi bahan sinikal termasuk di kalangan ahli Pas, Nik Aziz dikatakan rela mengutamakan kepentingan DAP daripada menjaga kepentingan Islam. DAP dulu, Islam kemudian.

Sebab itu, tiada pemimpin Pas tampil mempertahankan kenyataan beliau kerana sedar apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz berhubung isu itu adalah salah. Awang turut menerima panggilan daripada seorang profesional yang menjadi aktivis Pas bahawa komen Nik Aziz dikhuatiri menjadi liabiliti kepada parti itu.

“Kami tidak mahu Tok Guru dilihat membawa malu kepada Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Ayah Pin (pengamal ajaran sesat yang sedang diburu pihak berkuasa),” katanya lagi.

Lalu aktivis itu menyatakan kenyataan Nik Aziz tidak mencerminkan pemikiran seluruh pemimpin dan ahli parti itu. Katanya, Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak terlepas daripada kesilapan. Dari satu segi Awang setuju. Tetapi persoalannya sudah terlalu banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada umat Islam dan kesucian agama.

Adakalanya Awang pelik hujah Nik Aziz selalu berbelit-belit dan tidak konsisten, dulu haram sekarang tidak. Dulu kafir tetapi kini sahabat politik. Bukan Islam luar negara tidak boleh hina Islam, anehnya DAP boleh. Memang banyak kenyataannya yang meragukan termasuk boleh bekerjasama dengan syaitan dan memperlekehkan sesama orang Islam. Sesungguhnya umat Islam mengharapkan walaupun Tok Guru adalah orang politik tetapi dapat mempertahankan kepentingan Islam mengatasi pertimbangan politik. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru (PKR) Zulkifli Nordin, yang tidak gentar mendahulukan kepentingan Islam. Beberapa pemimpin Pas yang lain juga setidak-tidaknya berdiam dan tidak akan menyokong DAP jika menghina Islam.

Persoalannya sekarang Awang bimbang, lagi banyak Nik Aziz bersuara makin banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang bukan sahaja merugikan umat Islam malah juga Pas. Mungkinkan beliau perlu berdiam untuk menyelamatkan imej Pas?

Awang Selamat

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tulisan Awang Selamat memang selalu aku ikuti. Banyak tulisannya yang menarik minat aku. Dan ramai juga kalangan pembangkang tidak menyenangi tulisan Awang Selamat. Apapun mengenai tulisan Awang Selamat berkaitan Nick Ajisz yang selalu mengeluarkan kenyataan tidak konsisten ini, memang aku sangat bersetuju. Jika sekali dibuat kesilapan tidak mengapa. Ini berkali-kali mengulangi kenyataan berbelit-belit, adakah ianya dilakukan tanpa disedari. Jika betul ianya tanpa disedari sudah nyata Nick Ajisz menghidap penyakit Alzheimer… Atau dalam bahasa mudahnya ialah NYANYUK…