Panas!! Pendedahan Penglibatan Datin Seri Rosmah Dalam Kes Altantuya

Tinggalkan komen

Raja Petra Dedah Kisah Sebenar Disebalik Kenyataan Penglibatan Datin Seri Rosmah Dalam Kes Pembunuhan Altantuya

Dalam Buletin Utama tadi, Raja Petra mendedahkan terdapat individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib naik menjadi Perdana Menteri selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-5.

Malah Raja Petra turut menyebut nama-nama individu yang terlibat dalam fitnah tersebut termasuklah seorang berpangkat tinggi dalam Angkatan Tentera…

eXception sedang menanti rakaman Buletin Utama, sebelum boleh upload video tersebut… Maaf ya?

Antara nama yang disebutkan Raja Petra termasuklah seorang tokoh pembangkang Malaysia… Siapakah dia?? Tungguuuuuu!!!

ILTC!! Mengapa Tak Bantah Teng Chang Kim Aniaya Anjing!?!?

2 Komen

Teng Chang Kim Aniaya Haiwan

Beberapa penduduk di Seksyen 10 Putra Heights, Subang Jaya merasa kecewa dan marah dengan sikap Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Polis yang gagal mengambil tindakan terhadap Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim.

Menurut salah sumber MPSJ, salah seorang jiran Teng telah beberapa kali membuat aduan kepada MPSJ dan Polis mengenai dua ekor anjing Teng yang menyalak tanpa henti pada lewat malam dan subuh sehingga mengganggu tidur jiran sekeliling. Malangnya tiada tindakan yang diambil.

Beberapa bulan lalu Teng juga membiarkan anjing-anjingnya tidur ditengah hujan sehingga ditegur oleh salah seorang jiran mereka. Isteri Teng kemudiannya menyediakan “rumah anjing” yang sangat kecil dan tidak sesuai untuk dua ekor anjing. Ini menyebabkan anjing-anjingnya sentiasa menyalak pada lewat malam.

Penduduk Seksyen 10 Putra Height juga merasa kecewa kerana Teng tidak pernah mahu berjumpa jiran-jirannya yang mahu membuat aduan mengenai anjing-anjing beliau. Sebaliknya beliau hanya menyuruh isterinya yang berjumpa jiran-jiran yang tidak berpuas hati.

Namun bagi kebanyakan jiran Teng, mereka mahu tahu kenapa setelah laporan telah dibuat masih tiada tindakan daripada pihak berkuasa?

Lebih menyakitkan hati ialah Teng dikatakan sengaja memelihara dua ekor anjing biarpun tidak mampu menjaganya untuk menyakitkan hati jirannya yang berbangsa Melayu.

Orang Melayu tidak kisah sangat Teng mahu membela anjing jika ia boleh menjaga kebersihan dan juga perilaku anjingnya. Tapi jika setiap malam menyalak sampai berjam-jam dan telah berlaku hampir setahun siapa yang tidak sakit hati.

Alasan isteri Teng bahawa anjing-anjing tersebut untuk menjaga keselamatan rumahnya juga tidak masuk akal kerana anjing tersebut bukan dari jenis anjing pemangsa atau pengawal keselamatan. Lagi pun kalau mahu kawal keselamatan upahla pengawal keselamatan dan pasang sistem keselamatan.

Jangan menyusahkan orang sekeliling. Baru jadi speaker sudah speaker sudah sombong. Pegawai MPSJ pula takut dengan Teng macam takutkan Maharaja Cina.

Lebih menyakitkan hati ada jiran yang mempunyai anak kecil terpaksa bangun beberapa kali untuk mententeramkan bayinya yang terkejut dan menangis akibat salakan anjing.

Selangor Daily


Di sini aku ingin mencabar ILTC (Badan Latihan dan Hidup Berdikari) yang sibuk dok bantah MDKL bunuh 9 anjing milik pembunuh Datuk Sosilawati, supaya berhimpun depan rumah Teng Chang Kim menuntut supaya anjing peliharaannya dijaga dengan baik… Lu orang jangan bersikap double standard!!

Kalo lu orang betul-betul ikhlas bantah MDKL bunuh 9 anjing tu kerana perikemanusiaan, aku cabar lu orang pergi saman atau dakwa Teng Chang Kim atas dakwaan menganiaya haiwan… Anjing-anjing tu masih hidup, kalo lu orang nak, lu orang boleh ambik…

Tindakan MDKL membunuh 9 anjing ada sebab. Pertama anjing tersebut dari baka yang ganas. Banyak kes serangan anjing jenis Rottweiler ini terjadi… Anjing-anjing ini juga telah dilatih untuk bertindak ganas mengancam penceroboh atau sesiapa jika di arahkan tuannya… Apa keperluan untuk terus menyimpan anjing-anjing ini jika ianya boleh memudaratkan orang awam? Apatah lagi nak dihantar anjing-anjing ni ke rumah perlindungan haiwan. Silap haribulan kakitangan rumah perlindungan haiwan ni di kerkahnya…

Sekali lagi aku laungkan cabaran kepada ILTC supaya berhimpun la ramai-ramai depan rumah Teng Chang Kim ni kalo lu orang betul-betul prihatin… Kepada pencacai-pencacai DAP, PKR dan PAS aku juga cabar korang berdemo depan rumah Teng Chang Kim ni membantah penganiayaan terhadap anjing peliharaanya… Aku berani jamin korang takkan bantah punya!!