Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh

Tinggalkan komen

Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh

Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.

eXception sempat bergegas ke tempat kejadian dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan jambatan tersebut. Hanya sebelah struktur jambatan tersebut runtuh, manakala sebelah lagi masih berkeadaan baik.

Dipercayai kawasan tersebut merupakan bekas kawasan lombong yang telah ditebus guna. Oleh itu masalah mendapan tanah berlaku.

Nota: Khabarnya jejambat ini di bawah bidang kuasa PKNS.

Advertisements

Suara Pakatan Rakyat Hina Penerima BR1M

Tinggalkan komen

Suara Pakatan Rakyat Hina Penerima BR1M

Suara Pakatan Rakyat semakin melampau-lampau. Jika tempoh hari Suara Pakatan Rakyat menganggap rakyat Palestin adalah pengganas, kini Suara Pakatan Rakyat menghina penerima BR1M dengan meletakkan kepala lembu bagi menggantikan kepala penerima BR1M. (gambar)

Inilah wajah sebenar Pakatan Rakyat. Mereka secara terbuka menghina rakyat Malaysia dari golongan berpendapatan rendah dengan menganggap mereka tak ubah seperti haiwan.

Isu ini menjadi hangat apabila Nik Aziz sebagai berkata, “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, langsung tidak mampu melakukan apaa-apa. Hanya tahu berjanji, kemudian memungkari janji mereka. Apabila rakyat menuntut janji, maka keluarlah ayat, “MANIFESTO BUKAN SATU JANJI YANG PERLU DITUNAIKAN”

Suara Pakatan Rakyat-Penerima BR1M Memang Binatang!!

Ramai Yang Masih Percaya Kisah Ini Berlaku Di Sabah

Tinggalkan komen

Ramai Yang Masih Percaya Kisah Ini Berlaku Di Sabah

Ramai yang masih dok percaya akan kisah dongeng perihal sekumpulan pengganas menceroboh Sabah yang berlaku baru-baru ini. Antara kisah dongeng yang dihikayatkan termasuklah kononnya Sabah akan kembali kepada Kerajaan Sulu tahun ini. Dongengan tersebut begitu mengasyikkan hingga yang mendengarnya ada yang sanggup terjun bangunan bunuh diri. Malah penghikayat dongengan ini turut mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia sedang pening kepala mengenangkan Sabah bakal dipulangkan kepada Kerajaan Sulu disebabkan perjanjian pajakan Sabah antara Malaysia dan Kerajaan Sulu akan berakhir tahun ini.

Sungguh menggelikan hati jika si bijaksana membacanya. Akan tetapi si bebal dan si dungu terlongo sambil menitiskan air liur mendengar hikayat ini sambil terangguk-angguk tanda percaya. Malah si bebal dan si dungu ini juga menyampaikan cerita ini kepada si bebal dan si dungu yang lain. Kemudian cerita ini merebak dari mulut ke mulut. Maka lahirlah ramai si dungu dan si bebal dalam negara Malaysia tercinta ini dek kerana kemalasan mencari fakta kerana tahunya cuma membuka Facebook dan mengurat gadis-gadis comel di dalamnya.

Alangkah ruginya apabila masih ramai akan percaya cerita yang hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa bersandarkan fakta dan bukti yang kukuh. Melayu makin mundur, bukan makin mundur ekonominya, tetapi makin mundur pemikiran mereka. Melayu makin malas mencari dan mengkaji, semuanya mahu disuapkan terus ke mulut tanpa mengira apa yang disuapkan itu adalah kaca atau karat.

Apapun… Hikayat dongengan moden ini cukup mudah disangkal…

Gambar di atas hanyalah bahan fitnah yang disuapkan ke dalam minda melayu golongan dungu dan bebal ini supaya percaya apa yang dipaparkan adaah BENAR. Hakikatnya gambar tersebut cuma disadur dari sebuah laman web milik MNLF (Moro National Liberation Front).

Cukup mudah kelirukan pemikiran orang melayu… Ciplak gambar, letak ayat fitnah… Sebarkan…

Sumber: BANGSAMORO PEACE SUMMIT Barangay Pang, Kalingalan Caluang, Lupah Sug November 8, 2011

Dari Tambah Lorong Baru Baik Bina Lorong Motosikal

Tinggalkan komen

Dari Tambah Lorong Baru Baik Bina Lorong Motorsikal

Tahun lepas kerajaan Malaysia telah meluluskan pembinaan lorong keempat Lebuhraya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah dari persimpangan Shah Alam ke persimpangan Rawang, Bukit Lanjan ke Jalan Duta dan Nilai Utara ke Seremban. Alasan pembinaan lorong keempat ini adalah disebabkan peningkatan trafik di lebuhraya tersebut.

Alangkah bagusnya jika PLUS bina sekali lorong motorsikal. Mentanglah penunggang motosikal tak bayar tol, maka kebajikan dan keselamatan mereka tidak diendahkan. Peratusan kemalangan melibatkan penunggang motosikal di lebuhraya adalah sangat tinggi lebih-lebih lagi apabila motorsikal terpaksa berkongsi laluan dengan kenderaan lain.

Antara kes-kes kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal termasuklah kes melanggar belakang kenderaan yang meletakkan kenderaan di bahu jalan serta dilanggar dari belakang oleh kenderaan yang dipandu laju. Mungkin bagi PLUS nyawa penunggang motosikal tidak sepenting pemandu kenderaan empat roda, yang membayar tol. Keselesaan pemandu kenderaan empat roda ini lebih diutamakan berbanding keselesaan penunggang motosikal.

Sumber: Kerajaan lulus projek pembinaan lorong keempat lebuh raya Utara-Selatan

Meteorit Melanda Di Russia Mencederakan Beratus-Ratus Orang

Tinggalkan komen

Meteorit Melanda Di Russia Mencederakan Beratus-Ratus Orang

MOSCOW: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.

Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.

Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.

Dikatakan satu lagi serpihan meteorit akan jatuh ke bumi beberapa jam dari sekarang.

Doakan semoga ianya tidak jatuh di kawasan penempatan padat manusia.

CyWarPutrajaya Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina

2 Komen

CyWarPutrajaya Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina

eXception di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua kaum cina di seluruh Malaysia tak mengira di mana sahaja anda berada dan tak kira apa fahaman politik anda semua…

Semoga sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2013 ini membawa kemakmuran kepada negara kita… Suka sekali eXception kongsikan video ini untuk tatapan semua…

Call of Duty: Black Ops – Operasi Sabah Selamanya

Tinggalkan komen

Call of Duty: Black Ops – Operasi Sabah Selamanya

Kepada yang tertanya-tanya berkenaan tajuk artikel ini, harap rileks… Ini bukan versi game baru Call of Duty… Tapi sekadar menggunakan tajuk game tersebut untuk menggambarkan sebuah operasi sulit atau gelap (black ops) yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia beberapa tahun yang lalu… Operasi sulit ini dinamakan Operasi Sabah Selamanya…

Beberapa orang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menyusup masuk ke Filipina secara rahsia untuk mencuri satu dokumen penting dari Istana Malacanang. Dokumen tersebut perlu di bawa keluar oleh anggota komando tersebut demi menyelamatkan Sabah.

Untuk mengetahui dokumen apakah yang hendak di bawa keuar secara sulit itu… Siapakah perancang utamanya… Korang boleh baca artikel di dalam blog ini…

BLACK OPS : OPERASI SABAH SELAMANYA