Lawak Hari Ini: Harakah kata UMNO rimas kerana Pakatan Rakyat makin kuat??

2 Komen

Umno makin rimas, kalut dengan kekuatan Pakatan Rakyat

Haprakahdaily
2009-08-10 20:34:39

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) – Umno kini mula kalut dan rimas dengan sokongan padu yang diterima oleh Pakatan Rakyat.

Siri kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum ke-12 dan diikuti dengan pilihan rtaya kecil ternyata membuatkan Umno kini tidak senang duduk.

“Gelagat Umno sekarang ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya dipenuhi tahi,”kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Kerana itu katanya, mereka cuba sedaya upaya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu seperti arak, Jeff Oii, Anwar pengkhianat dan lain-lain.

Beliau berkata, ini menunjukkan Umno dalam keadaan terdesak kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi.

“Apa yang merisau Umno hari ini kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang begitu kuat daripada rakyat.

“Dalam beberapa indikator rakyat dapat lihat contohnya dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia ini rakyat tidak memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini. – mks. _


Inilah berita lawak untuk hari ini. Sebenarnya berita ini sekadar mahu menutup kelemahan PAS sahaja yang semakin terdesak kerana mula hilang kepercayaan oleh rakyat.
Malah kelemahan PAS juga terserlah apabila membisu dengan isu rampasan arak oleh Ronnie Liu.

PAS melalui akhbar penipunya yang mereka katakan telus cuba mengencing rakyat. PAS sedaya upaya cuba berbohong. Mereka mengatakan Harakah sahaja yang telus, akhbar seperti Utusan tidak telus. Hakikatnya Harakah tidak berani mengeluarkan cerita mengenai pergolakan dalam parti itu sendiri.

Advertisements

Ahli MPPP dari PKR didakwa salahguna kuasa

Tinggalkan komen

Belumpun reda kemelut antara DAP dengan PKR berhubung isu pelucutan jawatan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Dakwaan itu dibuat oleh ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan, lapor Bernama.

Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai-pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.

“Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti ‘koboi’ dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju.

“Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu,” katanya.

Menurut Jeff, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan oleh MPPP pada 26 Jun lalu selepas pemaju projek berkenaan didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa menjalankan pembinaan.

Beliau mendakwa telah menerima banyak aduan dari penduduk di sekitar tapak projek pembinaan empat blok kondominium mewah itu yang menjalankan kerja melepasi had masa jam 6 petang tanpa kebenaran MPPP, pembuangan saki baki konkrit ke dalam parit berhampiran serta pembakaran terbuka.

Dakwaan akan disiasat

Katanya, beliau membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada MPPP, yang kemudiannya mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan perintah berhenti kerja itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow ketika dihubungi berkata, beliau ada menerima

aduan mengenai tindakan ahli majlis itu daripada Jeff Ooi dan telah memanjangkan surat berkenaan kepada Yang Dipertua MPPP, Tan Cheng Chui untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, Tan tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut berkaitan perkara itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi pula berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan akan menyiasatnya.

“Apa yang buat saya marah dan kecewa selepas perintah itu dikeluarkan, ahli majlis berkenaan telah berjumpa dengan pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lepas bagi mendesak supaya tarik balik arahan tersebut,” katanya yang enggan mendedahkan identiti ahli majlis terbabit.

Jeff berkata cubaan ahli majlis berkenaan seolah-olah menggadaikan kepentingan dan kesejahteraan hidup pengundi di kawasannya serta ia juga akan mengugat keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang.

“Cara dia akan buat rakyat hilang kepercayaan kepada kita (kerajaan gabungan) dan atas sebab itu, saya telah hantar surat kepada kerajaan negeri berhubung tindakannya itu supaya satu siasatan dalaman dijalankan ke atas ahli majlis tersebut,” katanya. Sumber: Malaysiakini

Seperti biasa, satu demi satu pendedahan tentang kes rasuah Pakatan Rakyat didedahkan. Dan pastinya Anwar aan terus dengan flip-flopnya dengan mengatakan ianya cuma mainan media oleh puak-puak UMNO. Malah pasti ada dikalangan Pakatan Rakyat mengatakan UMNO sengaja guna SPRM untuk kenakan mereka. Tepuk dada tanya selera. Aku dah bosan dengan satu demi satu pembohongan oleh Pakatan Rakyat. Malah rakyat Malaysia pun semakin hari semakin menyampah dengan sandiwara Pakatan Rakyat. Cuma penyokong-penyokong mereka je percaya bulat-bulat dengan menadah air kencing pemimpin mereka dengan mulut dan menelannya dengan penuh nikmat.