Benarkah Zahid Hamidi ada bertemu dengan menteri Israel?

2 Komen


Puas juga aku Google mencari gambar-gambar Zahid Hamidi melakukan pertemuan dengan menteri Israel, tapi haram. Takde langsung. Cerita yang sengaja digembar-gemburkan dalam forum yang dipenuhi puak pembangkang ini ternyata tidak benar. Jika benar mana gambarnya, pasti ada gambar.

Kemudian, aku cuba cari gambar Anwar dengan ejen-ejen Israel. Fuh berlambak-lambak… Bak kata iklan, beribu-ribu lemon… Ha ha ha ha… Tapi kenapa penyokong pembangkang ini enggan menerima bahawa Anwar kesayangan mereka itu seorang ejen Yahudi dan Nasrani?

Di sini aku tunjukkan gambar-gambar yang aku perolehi dari hasil selaman ke dalam enjin carian menggunakan Google…


Gambar Anwar bersama Wolfowitz, perancang perang Iraq


Gambar Anwar bersama Albright yg juga salah seorang ejen Yahudi


Anwar dan Azmin berbual mesra dengan Wolfowitz ejen Yahudi yang juga perancang utama perang Iraq.


Anwar bergambar bersama Recep Tayyip Erdogan (PM Turki) dan Abdullah Gull (Presiden Turki). Erdogan bersama parti AKP memperjuangkan Muslim Moderat berkiblatkan Amerika

Jadi… Kenapa masih ada suara-suara penyokong pembangkang yang tiada otak mengatakan UMNO ejen Yahudi? Sedangkan sudah terang lagi nyata Anwar punya hubungan dengan ejen-ejen Yahudi ni. Buka mati, bersihkan hati… Terimalah kebenaran…

PAS menyalahkan pengundi muda?

2 Komen

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

“Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

“Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki yang juga timbalan speaker DUN Kelantan berkata, pilihanraya kecil di Manek Urai tidak sama dengan pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kawasan Manek Urai menjadi tumpuan para menteri berkempen untuk memastikan 80 peratus – yang rata-ratanya peneroka – menyokong BN.

“Kita tengok di Manek Urai, ia tidak sama dengan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu atau Bukit Gantang. Di sana (pengundi tinggal ) di kawasan berada. Suasana di sini berbeza,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Begitulah PAS, kerana kemenangan tipis di Manik Urai, mereka menyalahkan pengundi muda. Tetapi mereka tidak sedar sewaktu pilihanraya umum ke 12, pengundi mudalah yang menaikkan Pakatan Rakyat.

BN tidak langsung menyalahkan pengundi muda akibat kekalahan besar semasa pilihanraya umum ke 12, malah mula belajar dari kesilapan dan mengambil pendekatan mesra belia. Tetapi PAS semasa itu tidak pula mengatakan punca pengundi muda menyokong mereka sebab disogok atau dirasuah, tetapi bila malang menimpa, mereka menyalahkan orang lain.

Sendiri terpijak tahi, salahkan anjing yang berak merata-rata. Itulah PAS. Sukar mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri. Masih terus mendabik dada. Ye lah, geng-geng Erdogan bersama mereka. Tentulah kuat. Tapi geng-geng erdogan ni kuat menipu. Mereka mempergunakan PAS demi memenuhi tuntutan nafsu Al-Juburi