Manoharan Hanya Pandai Bercakap Tapi Tak Pandai Main Badminton

Tinggalkan komen

Manoharan Hanya Pandai Bercakap Tapi Tak Pandai Main Badminton

Salah satu penyakit orang politik ialah bila banyak merapu… Contohnya macam M.Manoharan. Kadang-kadang apa yang dia merapu tu sekadar mahu mencari populariti dan publisiti murahan dengan harapan ada yang menjilat buntutnya hitam berkarat dan berkerak macam buntut kuali yang satu abad tak pernah dibasuh…

Manoharan secara sinis menghina Datuk Lee Chong Wei, tetapi tanpa menyedari antara dia dan Datuk Lee Chong Wei ibarat langit dan bumi… Sekurang-kurangnya Datuk Lee Chong Wei pernah memenangi banyak acara pertandingan badminton dan memungut banyak pingat serta kejuaraan. Jika dibandingkan dengan Manoharan, hanya juara dalam bab merapu dalam Sidang DUN dan akhbar… Manoharan bukan pandai sangat main badminton macam Datuk Lee Chong Wei…

Agaknya jika dicabar oleh oleh Datuk Lee Chong Wei berentap dalam gelanggang, mahu kelam-kabut sampai tersungkur Manoharan apabila setiap smash yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei gagal disambutnya.

Percayalah orang politik macam Manoharan ni hanya mahu meraih populariti sahaja… Gebang… Pokok kelapa pun boleh tumbang… Maksudnya bila pandai bercakap hingga orang yang mendengar tak sedar yang mereka kena kencing…

Politikus macam Manoharan ni apabila sudah menghidapi penyakit meroyan macam ni, adalah antara petanda yang dia bakal kalah dalam PRU 13 nanti… Percayalah!!

Jadi… Mari kita tanya pendapat Datuk Lee Chong Wei berkenaan penghinaan yang dilakukan oleh Manoharan kepada beliau??

Tahniah Datuk Lee Chong Wei!!

Tinggalkan komen

Tahniah Datuk Lee Chong Wei!!

Tahniah Datuk Lee Chong Wei!! Walaupun tewas di tangan jaguh ranking pertama dunia, Lin Dan. eXception tetap berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei untuk memastikan pingat emas sukan olimpik di dalam genggamannya… Walaupun kalah… Tetapi biar kalah dengan bermaruah…

Datuk Lee Chong Wei telah tewas 21-19 kepada Lin Dan dalam 3 set permainan, yang mana pada masa set pertama Datuk Lee Chong Wei berjaya menang 21-15. Kemudian Lin Dan kembali bangkit memenangi set kedua 10-21 dan set ketiga 19-21, sekaligus menyebabkan Malaysia sekali lagi kempunan pingat emas Sukan Olimpik London bagi acara badminton.

Apapun… eXception pula berasa kecewa kerana tak dapat makan aiskrim free… Hu hu hu hu…

TAHNIAH!! DATUK LEE CHONG WEI!!

1 Komen

Chong Wei pahat 100 tahun All England

BIRMINGHAM, England – Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.

Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.

Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Bagi Misbun pula, ini adalah kejayaan peribadi keduanya membawa pulang kejuaraan All England selaku jurulatih selepas turut bertanggungjawab membimbing Hafiz pada 2003.

“Kemenangan ini belum melengkapkan karier Chong Wei tetapi ia meningkatkan moralnya kerana sebagai pemain No. 1 dunia akhirnya Chong Wei memiliki satu kejuaraan besar.

“Bagaimanapun pada saya Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa, tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England,” kata Misbun ketika dihubungi di Birmingham.

Walaupun impian untuk menentang musuh ketat, Lin Dan di final tidak kesampaian, namun Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19.

Jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain Malaysia kelima berjaya merangkul gelaran perseorangan All England selepas Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, Tan Aik Huang dan Hafiz.

Koo Kien Keat-Tan Boong Heong merupakan pemain Malaysia terakhir menjuarai gelaran prestij ini dalam saingan beregu lelaki pada 2007.

Dalam perlawanan semalam, Tago mencemaskan Chong Wei apabila mendahului saingan sejak awal sehingga kedudukan 11-15, sebelum dikejar Chong Wei 15-15.

Walaupun kurang pengalaman dan skil, namun Tago, 20, terlalu liat untuk ditewaskan Chong Wei apabila memaksa pemain negara itu memegang empat mata set pada kedudukan 20-16, 20-17, 20-18 dan 20-19, sebelum akhirnya menang 21-19.

Aksi Chong Wei pada awal set kedua lebih meyakinkan apabila dia mendahului dari awal saingan, namun kesilapan yang kerap dilakukan, termasuk sering terikut-ikut permainan rali lawan menyebabkan saingan terikat 11-11, 14-14 dan 15-15.

Seperti set pertama, Tago liat untuk dijinakkan apabila memaksa Chong Wei memegang tiga mata kemenangan sebelum tunduk 19-21 selepas membiarkan saja pukulan Chong Wei yang disangka terkeluar.

Sementara itu, kejohanan All England kali ini menyaksikan banyak kejutan, bermula dengan kejayaan pemain Denmark dan juara 2008, Tine Rasmussen merampas kejuaraan perseorangan wanita dengan menumbangkan pemain No. 1 dunia dan penyandang juara, Wang Yihan 21-14, 18-21, 21-19.

Terdahulu pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei mengejutkan pasangan No. 1 dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-18, 23-25, 21-18 untuk muncul juara beregu campuran

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei, andalah anak Malaysia yang berhempas-pulas untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Tahniah juga kepada Datuk Misbun Sidek, semoga Datuk terus memberikan khidmat dan inspirasi kepada Datuk Lee Chong Wei supaya terus mengejar kejayaan…

Kepada Datuk Lee Chong Wei, eXception memberikan tabik spring 100 kali sebagai tanda bangga dengan kejayaan Datuk untuk mengharumkan nama Negara. Sesungguhnya anak Malaysia berbangsa cina seperti Datuk yang sanggup berhempas pulas untuk menaikkan imej Negara amatlah dihargai…

eXception menyanjungi kecekalan Datuk untuk berusaha merangkul lebih banyak kejuaraan. eXception juga berharap badan-badan sukan seperti BAM, FAM dan lain-lain tidak mempolitikkan badan tersebut demi kepentingan diri sendiri atau demi menjaga imej dan prestij diri sendiri. Jika berterusan begitu, alamat hancurlah imej sukan negara….