Kamus Hidup Puak PAS Jilid Ke 11456

Tinggalkan komen

Kamus Hidup Puak PAS Jilid Ke 11456

Berikut adalah antara kandungan Kamus Hidup Puak PAS Jilid Ke 11456 yang telah dikeluarkan oleh Mushitool HamPAS, iaitu Mahagaru Nicky Ajis. Semua kandungan kamus telah diluluskan oleh beliau untuk disebarkan di kalangan penganut PAS untuk menjadi pedoman mereka…

HALAL – Perkara yang halal bagi PAS lakukan tetapi HARAM bagi orang lain lakukan. Termasuklah zina.

HARAM – Perkara yang HARAM di sisi ISLAM tetapi HALAL di sisi PAS.

FITNAH – Sebarang berita dari media arus perdana adalah 100% fitnah, kecuali berita tersebut dari Harakah, Malaysiakini dan lain-lain akhbar yang menyokong PR walaupun beria yang disampaikan sangat JELAS FITNAH…

ISLAM – Hanya penganut PAS sahaja LAYAK digelar ISLAM. Tidak kepada orang lain selain yang berada di dalam PR.

SYURGA – Jaminan syurga hanya khusus untuk penganut PAS yang diberi jaminan 100% oleh Mahagaru Nicky Ajis walaupun amal makruf tunggang-langgang. Selain penganut PAS dan PR, anda akan ke NERAKA.

ULAMAK – Semua ostad-ostad PAS (temasuk ostad-ostad celup) yang memakai kopiah, serban dilantik secara automatik sebagai ULAMAK walaupun tidak ada kelulusan Al-Azhar mahupun tidak ada tauliah. Cukup sekadar pandai berceramah dan menghentam UMNO dan pandai tafsir ayat Al-Quran sikit-sikit serta pandai memaki hamun.

KAFIR – Layak dilabelkan kepada ahli UMNO… Ahli DAP dan PR yang bukan beragama ISLAM bukan kafir. Walaupun mereka jelas KAFIR.

LIWAT – Bagi PAS mendatangi isteri melalui jalan belakang bukanlah dikategorikan liwat.

RASUAH – Segala apa pemberian kerajaan BN atau UMNO kepada rakyat disifatkan sebagai RASUAH. Termasuklah pemberian BR1M walaupun ada antara ostad-ostad PAS antara yang awal hantar borang.

SEDEKAH – Segala apa pemberian PAS tak kira wang tunai, beras dan macam-macam lagi tak kira waktu samaada pada waktu pilihanraya atau tidak, dikategorikan sebagai SEDEKAH.

KEBENARAN – Segala apa yang disampaikan oleh ostad-ostad PAS serta kitab PAS, iaitu HARAKAH adalah satu KEBENARAN, tak kira ianya sengaja direka-reka atau berunsur fitnah. Segala apa kebenaran yang disampaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah jelas bohong dan tak boleh dipercayai.

TIDAK SENONOH – Segala apa kelakuan mereka di dalam PAS yang tidak menyokong perjuangan PAS dilabelkan sebagai TIDAK SENONOH. Walaupun begitu perbuatan liwat yang dilakukan oleh Anwar TIDAK PULA dilabelkan sebagai TIDAK SENONOH.

JIHAD – Segala apa yang dilakukan untuk menentang Kerajaan Barisan Nasional disifatkan sebagai jihad kerana BN menolak HUDUD, walaupun DAP dan PKR juga terang-terangan menolak HUDUD.

NYANYIAN – HARAM bagi artis-artis wanita menyanyi kerana suara wanita adalah aurat. Tetapi HALAL bagi muslimah PAS menyanyi kerana ianya disifatkan sebagai jihad.

DEMONSTRASI – Segala bentuk demonstrasi yang dilakukan oleh PAS dan PR tak kira lah demonstrasi menyokong kebebasan seksual (LBGT) adalah satu JIHAD. PAS menyokong hak kebebasan seksual walaupun jelas di dalam Al-Quran ianya adalah HARAM DI SISI ISLAM.

Al-QURAN – Kitab yang dipergunakan oleh ostad-ostad PAS untuk menguntungkan diri mereka.

BUKU JINGGA – Kitab yang juga digunakan sebagai rujukan oleh ostad-ostad PAS yang bakal menggantikan Al-Quran suatu hari nanti.

WANG RAKYAT – Segala apa jenis duit cukai, duit kutipan derma, tabung kebajikan, duit koperasi dan duit zakat adalah kepunyaan PAKATAN RAKYAT. Maka tak hairanlah duit Tabung Memali mereka ambil. Duit KOHILAL (Koperasi Al-Hilal) juga mereka ambil. Malah duit zakat pun mereka teringin jugak.

KEADILAN – Hanya keadilan bagi mereka yang memihak dan menguntungkan kepada PAS dan PR sahaja yang akan ditegakkan. Mereka yang tidak memihak serta menguntungkan PAS dan PR. Tidak layak mendapat keadilan.

SURUHANJAYA PILIHANRAYA – SPR dianggap berat sebelah dan banyak memihak kepada BN walaupun Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor jatuh ke tangan mereka dalam PRU yang lepas.

WARGANEGARA – Bagi mereka yang mempunyai kad pengenalan kod 71 di tengah-tengah dianggap sebagai warganegara asing sekiranya menyokong Barisan Nasional. Jika menyokong PAS dan PR akan dianggap sebahagian dari warganegara.


Inilah antara kandungan kamus yang eXception siarkan… Nak tengok lebih banyak, korang kena la beli. Kamus setebal 93974 muka surat ini takkan boleh didapati di kedai-kedai majalah atau kedai mamak berhampiran hatta kedai buku sekalipun. Kat mana-mana pun tak dijual kamus ni… Ha ha ha ha ha sebab ianya ada di dalam jiwa puak-puak PAS.

Advertisements

PAS Mahu Anak-Anak Kita Mewarisi Kebodohan Mereka?

Tinggalkan komen

Bajet: ‘Rosmah’ dapat RM111 juta, SAR RM95 juta

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet ‘istemewa’.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Petikan: Harakah Daily

Inilah dia kebodohan dan kejumudan puak-puak PAS yang tak reti berfikir asyik dok bangkang-bangkang 24 jam tanpa kira kebaikan program Permata ini.

Puak-puak jumud ni seolah-olah tak mahu anak-anak kita menjadi bijak. Mereka mahu anak-anak kita mewarisi kebodohan PAS sejak turun temurun.

Program Permata ini bukan di bawah Datin Seri Rosmah, tetapi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Datin Seri Rosmah mungkin cuma Penaung Permata. Tidak ada keuntungan yang diperolehi beliau dari program ini.

Di bawah adalah maklumat berkaitan program ini:

1. Apakah itu PERMATA? PERMATA merupakan satu program pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kerajaan Malaysia. Program ini menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mengeksperimen dan mengalami melalui permainan.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan anak ke Pusat Anak PERMATA Negara? Orang ramai perlu mengisi borang permohonan kemasukan anak ke PAPN yang boleh didapati di semua PAPN tersebut dan menghantar ke pejabat Sekretariat PERMATA atau ke PAPN yang terdekat. Borang ini juga boleh dimuat turun dari laman web PERMATA dari sub menu muat turun.

3. Apakah syarat-syarat untuk melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara? Syarat-syarat yang melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara adalah seperti berikut:-
a) Jarak rumah ke PAPN adalah berdekatan,
b) Berumur di antara 1 hingga 5 tahun,
c) Pendapatan ibu bapa tidak melebih RM 1,500.00,
d) Merupakan warganegara Malaysia, dan
e) Sihat fizikal dan mental

4. Saya berminat dengan kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Pusat Anak PERMATA Negara? Calon yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar resume mereka ke pejabat Sekretariat PERMATA setelah iklan mengenai kekosongan jawatan diiklankan.

5. Bagaimanakah sistem pembelajaran di PERMATA? Kurikulum PERMATA menekankan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi 6 aspek perkembangan iaitu:-
• sosio-emosi dan kerohanian,
• bahasa dan literasi awal,
• pra-matematik dan logik,
• sensori dan pemahaman dunia persekitaran,
• estetika dan kreativiti, dan
• motor kasar dan halus

6. Apakah kelayakan guru-guru Pusat Anak PERMATA Negara? Guru di PAPN dikenali sebagai Pendidik PERMATA. Mereka terdiri daripada lepasan ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang tetapi diutamakan kepada mereka yang mempunyai latar belakang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia selain daripada STPM dan SPM. Mereka kemudiaannya wajib mengikuti Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA).

7. Siapakah yang mengendalikankan kursus tersebut? Kursus tersebut dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak dengan usahasama Bahagian PERMATA.

8. Apakah tujuan Program PERMATA diwujudkan? Program PERMATA diwujudkan bertujuan untuk menyediakan Malaysia dengan modal insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
• holistik dan seimbang,
• mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia,
• berintelektual tinggi,
• mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,
• bijak bergaul,
• sihat jasmani, dan
• suci rohani.

9. Apakah keistimewaan Program PERMATA? Antara keistimewaan Program PERMATA adalah seperti berikut:-

• Program PERMATA dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling.

• Ibu bapa memainkan peranan penting di dalam program PERMATA kerana mereka perlu terilbat secara aktif di dalam aktiviti anak-anak di PAPN sekurang-kurangnya 4 jam sebulan seperti yang dipersetujui dalam surat akujanji.

• Kaedah meneroka, mengeksperiman dan mengalami melalui permainan yang ditekankan di dalam kurikulum pembelajaran PERMATA adalah amat bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak.

10. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk kemasukan anak ke Pusat PERMATA? Buat masa ini tiada bayaran dikenakan kerana program ini adalah bertaraf projek perintis.

11. Agensi manakah yang menggubal struktur Kurikulum PERMATA? Jawatankuasa Teknikal dan Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA bertanggungjawab menggubal dan menambahbaik kurikulum PERMATA Negara serta membuat penilaian atas hasil pembelajaran di Pusat Anak PERMATA Negara melalui penyelidikan dan kajian penilaian. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Aminah Ayob, Naib Censelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dibantu oleh Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC), UPSI.

12. Mengapakah kebanyakan Pusat Anak PERMATA Negara diwujudkan di kawasan luar bandar? Antara sebab kebanyakan PAPN ini diwujudkan di kawasan berikut adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di kawasan luar dan pinggir bandar mendapatkan pengasuhan dan pendidikan awal yang bermutu dan baik.

13. Mengapa PERMATA menekankan konsep penglibatan ibu bapa? Penglibatan ibu bapa adalah amat penting dalam membantu dan menggalakkan proses pembelajaran anak serta menjamin kelangsungan penerapan ilmu yang diterapkan di PAPN untuk dipraktikkan di rumah pula.

14. Adakah Pusat Anak PERMATA Negara terbuka kepada semua kaum? Ya. PAPN terbuka kepada semua kaum di Malaysia.

15. Apakah perbezaan Pusat PERMATA dengan pusat asuhan kanak-kanak yang lain? PERMATA menekankan konsep asuhan dan didikan secara integrasi kepada kanak-kanak manakala kebanyakan pusat asuhan biasa hanya memberikan perkhidmatan asuhan semata-mata. Selain itu, penglibatan aktif ibu bapa dititikberatkan di dalam program PERMATA.

16. Bilakah waktu operasi bagi Pusat Anak PERMATA Negara? Waktu operasi bagi PAPN adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sekiranya ibu bapa terlewat mengambil anak di pusat PERMATA melebihi jam 5.30ptg, bayaran sebanyak RM 3.00 akan dikenakan.

17. Adakah kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara akan memperoleh sijil apabila tamat pembelajaran? Kanak-kanak PERMATA akan dianugerahkan sijil tamat program PERMATA sekiranya mereka berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka di Pusat Anak PERMATA Negara

Maklumat lanjut: PERMATA


Di sini aku nak jelaskan, peruntukan yang diberi kepada Permata bukan untuk kantung Datin Seri Rosmah, beliau hanya Penaung, bukan Presiden, Pengerusi, Bendahari dan lain-lain jawatan… Penaung hanya bertindak sebagai penasihat dan guidance di dalam sesebuah pertubuhan.

Janganlah kita biarkan anak-anak kita mewarisi kejumudan dan kebangangan puak PAS ni, yang tak reti nak berfikir dan hanya tahu dok bangkang 24 jam.

Kenapa PAS perlu mempertikaikan bantuan terhadap SAR (Sekolah Agama Rakyat) sebanyak RM 95 juta? Dah kira nasib baik la kerajaan bagi. Apa yang PAS buat terhadap SAR? Apa sumbangan PAS terhadap SAR? Berapa jutakah peruntukan yang PAS pernah salur kepada SAR?

Kepada pemimpin PAS, cermin muka sendiri sebelum nak mempertikaikan sesuatu. Jangan berterusan mendedahkan topeng kebodohan anda di hadapan rakyat. Lama-kelamaan rakyat pasti akan muak dengan pandangan jumud PAS.