Hai, penyokong UMNO bertakbir pun salah ke?

21 Komen

Penyokong Umno pula bertakbir

Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.

Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.

Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.

Penyokong Umno juga turut melaungkan ‘Hidup BN’ dan ‘Hidup Melayu’.

Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini.

Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama.

Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri.

Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya.

Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Malaysiakini ni macam-macam hal. Penyokong UMNO bertakbir pun salah ke? Kami orang Islam, maka tak salah kami bertakbir. Kami bertakbir mengikut cara yang betul dengan melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’. Kami tak macam PAS, DAP dan PKR yang ber Take Beer…

Apa Malaysiakini, nko ingat PAS, DAP dan PKR aje yang berhak bertakbir? Blah la!! Korang hanya layak ber Take Beer….

Advertisements

DAP anti Islam, kenapa PAS masih belum sedar?

2 Komen


Beberapa kenyataan pemimpin DAP yang didakwa menghina Islam telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Terbaru ialah tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme sementara Exco Selangor, Ronnie Liu campur tangan dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan merampas arak di kedai serbaneka di kawasan penduduk majoriti Islam.

Pemimpin utama DAP hanya berdiam terhadap kenyataan tersebut. Maka tercetus persoalan apakah parti itu yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia bersikap anti Islam?

Persoalan itu berbangkit kerana sebelum ini banyak tindak tanduk dan kenyataan DAP termasuk di laman-laman web dan blog yang mengguris perasaan orang Islam.

Mungkin atas dorongan politik, penghinaan terhadap Islam, institusi raja dan orang Melayu oleh sebahagian bukan Islam atas nama individu juga menjadi-jadi. (Anehnya tiada tindakan tegas daripada kementerian Dalam Negeri yang lebih banyak memberi peringatan dan amaran).

Isyarat yang diterima oleh umat Islam terutama selepas pilihan raya umum ke-12, DAP makin tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Parti lain dalam pakatan pembangkang iaitu Pas dan PKR (parti pelbagai kaum yang diketuai oleh Anwar Ibrahim) tidak berupaya mengawal DAP yang jauh lebih dominan dan berani. Para pemimpin Pas tunduk walaupun perasaan ramai ahlinya bergelora mahu membela kepentingan Islam. Mungkinkah Pas sedang bertukar ideologi menjadi parti liberal Islam atau sememangnya pengaruh Anwar sudah meresap kuat dalam parti itu?

Bayangkanlah jika pembangkang memerintah negara, Islam akan terus diperlekehkan dan Pas dengan dayus hanya mampu memerhati. Pada Awang, adalah kurang waras, jahil dan kurang beriman bagi mana-mana orang Islam untuk menyokong parti yang secara terang-terang dan tersirat mahu melemahkan Islam, yang menjadi teras negara ini.

Kalau selama ini ada banyak pihak yang senada dengan DAP menuduh Melayu sebagai ancaman, sebenarnya merekalah ancaman terbesar yang mesti ditentang habis-habisan. Kalau di negara barat sekalipun, sesiapa sahaja yang menghina Islam menerima tamparan hebat oleh golongan minoriti Islam. Itu belum keadaannya di negara-negara Islam lain seperti di dunia Arab dan Indonesia yang akan merusuh. Tetapi di Malaysia, percaturan politik menyebabkan sesetengah umat Islam dilihat menjadi bacul dan boleh dihina sesuka hati.

Sudah sampai masanya umat Islam mesti bersatu dan bangkit hadapi ini semua. Para pemimpin Islam mana-mana parti janganlah berlembut lagi. Apakah mereka akan bertanggungjawab jika tanah air ini menjadi seumpama Palestin ditindas oleh Yahudi suatu hari nanti? Petunjuk ke arah itu sudah jelas. Awang setuju dengan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali bahawa jika penghinaan terhadap Islam tidak dibendung ia dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan lagi bahawa DAP adalah parti ekstrem yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum itu dan bukan kepentingan rakyat Malaysia seperti yang selalu dilaung-laungkan.

Kalau Pas dianggap dayus, apa lagi boleh diharapkan kepada PKR yang sudah menjadi seumpama musuh dalam selimut kepada umat Islam.

Kerajaan pimpinan PKR di Selangor bukan sahaja tunduk kepada DAP malah banyak isu seperti projek penternakan babi besar-besaran dan cadangan mahu mengagihkan wang zakat kepada bukan Islam, menampakkan kepentingan Islam terhakis dengan mudahnya.

Apa makna menjadi orang Islam jika kita tidak tahu dan tidak berani mempertahankan kepentingan Islam sedangkan penganut agama lain jauh lebih agresif di tanah air ini yang Islam adalah agama rasmi? Lebih baik kita berdoa agar dicabut nyawa kita daripada membiarkan Islam terus dihina.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Kenapa puak-puak jumud PAS ni masih belum menyedari? Ataupun masih lena dibuai mimpi indah tidur sebantal dengan DAP? Adakah tidak PAS sedar, ketika sedang lena diulit mimpi, dalam diam DAP cuba menghunus pisau untuk menikam PAS dari belakang? PAS semestinya sedar, tetapi kepentingan politik melebihi kepentingan mempertahankan maruah Agama Islam. PAS sibuk melaung-laungkan TAKBIR, pada masa yang sama DAP pula melaung-laungkan TAKE BEER!! Adakah PAS kisah semua itu, sudah pasti PAS tidak kisah. Cita-cita PAS bukan menegakkan Agama Islam. Itu hanya retorik semata-mata untuk menarik pengundi kalangan orang Islam. PAS berlagak di sebalik jubah dan serban serta kepura-puraan tawaduk kononnya akulah lebih Islam… Akulah golongan yang pasti dimasukkan ke dalam syurga… Tetapi pada masa yang sama sikap PAS cukup berbeza dari penerapan di dalam Islam. Di dalam Islam kita dianjurkan untuk bersangka baik sesama manusia, berkata-kata sesuatu yang elok-elok, tidak memusuhi sesiapa… Tetapi sikap PAS yang suka memaki hamun, memfitnah, bersangka buruk serta memusuhi sesama Islam tetapi bersubahat dengan kafir harbi yang dalam diam mempunyai niat menjahanamkan Islam. PAS hanyalah sebuah parti politik. Retorik PAS yang mengatakan Politik adalah sebahagian dari Agama Islam. PAS harus sedar politik adalah bersifat keduniaan. Politik ialah perjuangan kita di dunia. Politik tidak boleh dicampur aduk dengan Agama Islam. Tetapi harus seiring. Ingatlah, tiba masanya PAS takkan bangkit dari lena lagi apabila pisau DAP tercacak dibelakang nanti…

APA SEJARAH PERJUANGAN KELANTAN SELAIN TOK JANGGUT ?

Tinggalkan komen

APA SEJARAH PERJUANGAN KELANTAN SELAIN TOK JANGGUT ?

oleh blogger Jebat Berkokok

Semasa aku berada di celah celah para penyokong PAS untuk proses penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam, aku dapati hampir semua penyokong PAS yang hadir adalah orang orang Kelantan.

Mungkin orang PAS akan tersenyum dengan apa yang aku tulis ini kerana tentunya mereka akan berkata sudah barang pasti keadaan ini berlaku kerana ianya pilihanraya kecil untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Aku pun sedar keadaan ini tetapi keadaan ini terjadi juga di mana mana negeri di dalam Malaysia di mana setiap kali ada pilihanraya kecil yang melibatkan PAS, segerombolan orang orang Kelantan akan tentunya memenuhi kawasan tersebut.

Yang menariknya, orang yang sudah berangan angan untuk masuk syurga ini mempunyai mulut yang macam celaka dan macam bontot ayam. Agaknya sudah ditakdirkan agar aku memasuki pusat penamaan calon melalui pintu masuk yang disediakan untuk penyokong PAS dan semasa itulah aku dapati bagaimana 5 orang penyokong Barisan Nasional yang juga telah tersilap jalan dengan melalui pintu masuk PAS, golongan ahli syurga walaupun muka hitam dan kelabu tiada sinar jernih.

Macam ni ke muka ahli syurga? Dalam keadaan 5 orang pemuda Barisan Nasional yang tesilap jalan itu, masih jelas di telinga aku bagaimana orang orang PAS menghina dan mencerca pemuda Barisan Nasional tersebut. Mereka mengata bahawa baju yang berlambangkan Barisan Nasional yang di pakai oleh pemuda pemuda tersebut sebagai najis dan tambah menyedihkan apabila salah seorang pemuda Barisan Nasional yang memakai kopiah telah dijerit dengan kata kata kesat dan dituduh sebagai tidak layak untuk memakai kopiah.

Wah, betul punya tinggi cita cita penyokong penyokong gila PAS ini seolah olah telah berada di dalam syurga. Macamlah dia orang sahaja yang layak untuk memakai kopiah. Apakah kain kafan untuk orang orang PAS akan berwarna hijau dan tidak berwarna putih seperti orang orang lain?

Tiba masa Tian Chua hadir, penyokong penyokong PAS memberikan takbir seolah olah Tian Chua pun telah menjadi ahli syurga walaupun tidak disunatkan dan tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah. Tapi mungkin aku terlupa, suatu syurga khusus telah disediakan oleh Nik Aziz untuk penyokong penyokong PAS tetapi soalnya syurga apa?

Syurga untuk orang orang Islam Kelantan atau syurga untuk orang yang mukanya hitam seperti bontot kuali? Kedua duanya boleh kerana PAS ini gagah di Kelantan hanya kerana Nik Aziz ini orang Kelantan. Apakah PAS akan kuat seperti ini sekiranya Nik Aziz orang Johor? Sendiri mau ingat.

Tapi apa nak dihairankan kerana dalam sejarah Tanah Melayu nama Kelantan akan tercicir dari segi perjuangan.Hanya nama Tok Janggut yang biasa kedengaran. Yang menjadi sejarah di dalam Kelantan ini apabila Jepun menjadikan tempat mendarat tenteranya di Pantai Sabak.

Mana pergi orang orang Kelantan yang tampak seperti gagah tetapi amat mudah di tawan seperti mana si alim kucing Nik Aziz mudah menawan mereka. Nampaknya PAS akan terus mencipta sejarah di Kelantan apabila penyokong penyokong PAS akan dikafankan dengan kain kafan berwarna sejarah.

Itulah PAS di Kelantan yang terdesak untuk mencipta sejarah sebelum ditinggalkan kerana tidak mempunyai apa apa sumbangan pada Tanah Melayu. Soalnya Melayukah PAS??

Tenang dan waraslah Melayu!!

Petikan dari blog: byPASs

Begitulah hakikatnya gelagat penyokong PAS. Mereka anggap mereka dah dapat jaminan masuk syurga. Rasulullah pun tak pernah mencemuh musuhnya sebegitu sekali, malah dilayan dengan sopan. Apapun tahniah kepada Tian Chua, kerana anda tak perlu memeluk Islam, tak perlu mengucap dua kalimah syahadah, tak perlu solat 5 waktu, tak perlu berpuasa dan tak perlu melakukan amal dan ibadat yang diperintahkan kepada Allah kepada umat Islam, kerana anda mendapat jaminan syurga oleh PAS. Nau’zubillah…