Panas!! Rahsia Kubur 1 Malaysia Terjawab…

Tinggalkan komen

Rahsia Kubur 1 Malaysia Akhirnya Terjawab

Minggu lepas eXception mengambil kesempatan untuk membuat siasatan terhadap kubur 1 Malaysia yang pernah hangat diperkatakan tak lama dulu…

Di dalam artikel sebelum ini… Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan, eXception cuba mengulas isu ini dan menjawab isu ini… Bagaimanapun eXception tidak berkesempatan untuk melakukan siasatan semasa pulang ke kampung halaman di Pekan pada bulan yang lepas, kerana masalah cuaca…

Namun, minggu lepas eXception mengambil peluang untuk melakukan siasatan semasa pulang ke kampung… Akhirnya rahsia kubur 1 Malaysia ini terjawab… Ianya bukan bercampur dengan kubur orang Islam… Tetapi semuanya kubur bukan Islam… Walaupun ada batu nisan yang tercatat nama berserta ‘BIN’ yang biasanya digunapakai oleh orang Islam…

Isu penggunaan BIN serta BINTI di kalangan orang asli pernah timbul tidak disebabkan kurangnya peka pihak yang bertanggungjawab dalam soal status agama kaum tersebut. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat di atasi sekarang yang mana kebanyakan orang asli yang bukan beragama Islam, menggunakan ‘A/K’ iaitu Anak Kepada, bagi mengelak kekeliruan antara orang asli beragama Islam dan yang bukan beragama Islam…

Di bawah adalah beberapa keping gambar yang sempat eXception ambil minggu lepas…

Isu Kubur 1 Malaysia di Pekan, Pahang
Papan tanda yang membuktikan ianya tanah perkuburan Orang Asli

Isu Kubur 1 Malaysia di Pekan, Pahang
Ianya tercatat dengan jelas… Orang rabun pun boleh baca…

Isu Kubur 1 Malaysia di Pekan, PahangKubur yang menjadi kontroversi disebabkan bercampur dengan jirat cina

Isu Kubur 1 Malaysia di Pekan, Pahang
Ada kubur yang hanya bernisankan kayu

Isu Kubur 1 Malaysia di Pekan, Pahang
Antara kubur yang namanya tercatat ‘BIN’

Lokasinya di antara Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang dan simpang masuk Taman Industri Gas Dan Minyak Pekan, Pahang… Landmark yang mudah untuk kita cari ialah tangki air yang berada di tepi jalan… Bukan di Tanjung Agas seperti yang didakwa…

Lain-lain gambar anda boleh lihat di halaman Facebook Pak Habib: Tanah Perkuburan Orang Asli Kg. Pmtg Keledang, Pekan

Kesimpulan yang eXception buat, isu ini sengaja disebarkan oleh pencacai Pakatan Anak Haram Jadah… Tetapi yang menghairankan banyak perkara sengaja disembunyikan… Inilah sikap pencacai Pakatan Anak Haram Jadah…

Advertisements

Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan

18 Komen

Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan Satu Lagi Rekayasa Pembangkang?

eXception bertanggungjawab untuk menjawab isu kubur 1 Malaysia yang digembar-gemburkan kononnya terletak di Tg Agas, Pekan, Pahang… Sebagai anak Pekan… Adalah wajib bagi eXception menjawab isu ini…

Jika kita lihat 2 bahagian video di bawah yang didakwa kononnya kubur tersebut terletak di ‘Daerah Tanjung Agas’. Pertama eXception hendak beritahu, Tanjung Agas bukan sebuah daerah… Tanjung Agas cuma sebuah perkampungan kecil di tepi laut…

Jelas sekali kubur tersebut terletak di dalam hutan, akan tetapi Tg Agas tidak mempunyai hutan sebegini. Disebabkan kedudukan Tg Agas berhampiran dengan muara dan laut. Ianya di kelilingi oleh HUTAN PAYA BAKAU…

eXception agak musykil dan was-was dengan video ini kerana tidak menunjukkan lokasi sebenar… eXception telah cuba bertanya dengan kenalan-kenalan serta saudara mara sebelah Isteri di Kg Sekukuh yang terletak berhampiran dengan Tg Agas. Mereka juga menafikan dakwaan terdapat kubur lama di Tg Agas, hanya satu sahaja tanah perkuburan yang wujud berhampiran, iaitu di Ketapang…

Bertambah musykil lagi apabila eXception boleh dengar kesibukan lalulintas berhampiran dengan kawasan tanah kubur tersebut, sedangkan Tg Agas tidak sesibuk mana, walaupun terdapat projek loji penapisan petroleum dan gas di situ. Tetapi kesibukan jalanraya menunjukkan ianya berhampiran jalan besar, akan tetapi jalan di Tg Agas cuma jalan kampung yang lebih kecil dari jalanraya utama malah tidak sesibuk mana.

eXception tidak tahu apa niat sebenar orang yang upload video ini, adakah dia datang dari luar daerah Pekan. Kerana menyebut Tg Agas sebagai daerah… eXception sebagai anak Pekan, Pahang memohon individu yang upload video ini segera membuat laporan di Jabatan Agama Islam Pahang… Jika dalam tempoh 7 hari individu tersebut gagal berbuat demikian, maka sahlah video di atas sememangnya satu rekayasa…

eXception juga boleh membuat video sedemikian dan mendakwa kubur seperti ini terletak di Kelantan… Tapi ingatlah… Anda boleh menipu orang lain… Tetapi tidak orang Pekan sendiri… Jika anda berada di pihak yang benar, sila tunjukkan bukti lokasi kubur tersebut bermula dari jalan masuk ke Kg Pasir Panjang…

Jika benar lokasi tersebut. eXception akan menyiasat kebenaran ini. eXception akan mengambil cuti minggu hadapan dan akan pulang ke Pekan untuk menyiasat perkara ini… Tunggguuuuuu!! Kepada individu yang meng’upload’ video di atas, sekiranya didapati TIDAK BENAR, perkara ini akan eXception laporkan kepada SKMM…

Blog kaki fitnah: Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni?? (Video Inside)

Nota: eXception bukan sengaja nak politikkan hal ini, tetapi apabila banyak blog PR yang mempolitikkan isu ini, maka eXception bertanggungjawab menepis fitnah ini…