Mak Bapak Sibuk Membanting Tulang Mencari Rezeki… Anak Sibuk Berpolitik…

Kesian mak bapak kat kampung…

Sanggup berpanas dan berhujan demi menyara hidup…

Kesian mak bapak kat kampung…

Sanggup meredah semak dan belukar demi mencari rezeki…

Sanggup meredah lautan bergelora demi mencari rezeki…

Kesian mak bapak kat kampung…

Terbongkok-bongkok seorang diri di ladang…

Demi anak yang tersayang…

Tak menghirau nyamuk yang kelaparan…

Tak menghirau bahaya terkaman sang belang dari belakang…

Tak menghirau bahaya belitan sawa batik…

Adakah anak-anak hiraukan kepayahan anda??

Pernahkah anak-anak anda fikirkan kepayahan anda mencari rezeki menyekolahkan mereka??

Pernahkah anak-anak anda menggunakan peluang dengan sebaiknya apabila diterima masuk ke menara gading??

Adakah anak-anak anda belajar bersungguh-sungguh ketika di menara gading??

Apakah perasaan anda apabila mendapat tahu anak-anak anda dibuang gara-gara melanggar peraturan??

Apakah perasaan anda apabila mendapat tahu anak-anak anda hanya tahu berpolitik di sana??

Apakah perasaan anda apabila mendapat tahu anak-anak anda disumbatkan ke dalam lokap??

Tahukah anda bahawa mereka terpaksa menanggung hutang pinjaman pelajaran walaupun dibuang??

Tahukah anda apa nasib anak-anak anda selepas ini??

Menjadi penganggurkah?

Atau pengemis kah??

Begitulah nasib mereka nanti… Mereka terpaksa menanggung kesilapan yang dilakukan oleh mereka sendiri…

Harapan dan hasrat anda mahu melihat mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara berkecai…

Segala pengorbanan yang anda lakukan selama ini untuk mereka… Tidak berbaloi…

Siapa harus dipersalahkan??

Adakah kerajaan yang memberi mereka peluang belajar di Universiti??

Atau agenda yang mahu merosakkan anak bangsa kita dengan menjerumuskan mereka di dalam kancah politik sempit…

Adakah mereka yang telah menjerumuskan anak-anak anda ke kancah politik sempit akan menyelamatkan anak-anak anda??

Adakah mereka akan membantu anak-anak anda??

Adakah mereka akan menawarkan menara gading lain untuk anak-anak anda belajar??

Jawapannya…

TIDAK SAMA SEKALI…

Nota: Gambar sekadar hiasan… Ihsan Encik Google…

Advertisements