Azmin. Anak Emas Al-Juburi

1 Komen

‘Azmin dapat apa dia mahu’

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Rombakan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat negeri yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan Naib Presidennya, Azmin Ali mendapat apa yang beliau mahu.

Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan berkata, walaupun tempat sebagai Pengerusi PKR Sabah digantikan orang lain, namun Azmin tetap dilantik menerajui Wilayah Persekutuan.

‘‘Dari Sabah ke Wilayah Persekutuan. Apa yang pasti, seperti biasa, Azmin akan mendapat apa yang dia mahukan.

‘‘Siapa pun yang harus ‘berkorban’, ia bukan satu masalah, asalkan ia memberi manfaat kepada kedudukan Azmin,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pengumuman rombakan kepimpinan PKR negeri kelmarin, lapan negeri menerima ketua yang baru termasuk Sabah yang sebelum ini diterajui Azmin.

Bagaimanapun, Azmin dilantik pula sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menggantikan seorang lagi pemimpin utama parti itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Nallakarupan, perkembangan terbaru dalam PKR itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana sesiapa yang pernah berada dalam lingkungan Anwar pastinya tahu tentang kedudukan Azmin kepada Penasihat PKR itu.

Katanya, ini termasuk oleh dirinya sendiri yang pernah berkawan baik dengan Anwar mendapati Azmin pasti dalam apa hal sekalipun mendapat perhatian istimewa Anwar.

‘‘Perasaan ini bukan disedari saya seorang tetapi semua yang pernah berada dalam lingkungan Anwar khususnya bekas setiausaha politik beliau, kami memang perhatikan.

‘‘Malah ini pernah disebut dalam akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor Bank Negara) bagaimana isteri Azmin turut menikmati kelebihan oleh Anwar yang jadi Menteri Kewangan ketika itu.

‘‘Malah soal itu pernah menjadi isu di kalangan orang politik semasa Anwar dalam kerajaan lagi dan ia amat sukar sekali untuk pegawai beliau jelaskan tentang kewujudan perhatian istimewa ini,” jelasnya.

Nallakarupan turut percaya yang hakikat ini sebenarnya disedari isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail namun atas keinginan tertentu maka ia disenyapkan.

‘‘Banyak gurauan dibuat tentang hal ini di kalangan orang yang berada dalam lingkungan Anwar. Kita kata semua ini pasal ‘itu orang lah’. Tapi beliau pejam saja sebelah mata, kadangkala dua belah mata, terus sokong Anwar.

‘‘Macam kes di Sabah lah. Azizah pergi juga ke Sabah untuk apa yang dikatakan menyelesaikan masalah. Akhirnya semua untuk agenda peribadi,” ujarnya.

Perkara ini bukanlah satu perkara yang menghairankan, sememangnya Azmin ni anak emas Anwar. Sejak dulu lagi Azmin memang kamceng dengan Anwar… Mungkin juga Azmin ni tempat pelempias nafsu serakah Anwar, maka di tatangnya Azmin ni bagaikan anak emas…

Apapun pergolakan PKR Sabah juga berpunca dari percaturan Anwar sendiri yang meletakkan calon kaki kipas dan kaki bodek berbanding yang bersusah payah membuat kerja… Jika ini percaturan dilakukakan oleh Anwar dalam PKR seluruh Malaysia. Aku yakin PKR akan tumbang rebah ke bumi.

Sekolah Satu Aliran Bakal Menjadi Kenyataan

Tinggalkan komen

Sokong sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.

‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.

‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.

‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya.

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.

Ini adalah merupakan satu berita yang amat menggembirakan, akhirnya pembangkang dari kalangan DAP terutamanya sudah mulai menyokong perlaksanaan sekolah 1 aliran ini. Aku berharap perlaksanaan sekolah 1 aliran ini akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Sememangnya sekolah 1 aliran ini satu-satunya jalan untuk memupuk kembali semangat perpaduan antara kaum.

PKR parti ‘bateri 3A’??

2 Komen


KUALA LUMPUR 26 Okt. – Datuk S. Nallakarupan menegaskan beliau tidak pelik dengan gelaran parti ‘bateri 3A’ yang diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, kata beliau, parti itu memang berkisar kepada tiga individu iaitu Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Bekas rakan karib Anwar itu berkata, ketiga-tiga mereka akan menentukan apa sahaja perkara dalam PKR sehingga beliau sendiri yang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun sanggup diketepikan.

”Sebab itu banyak pemimpin terdahulu yang bertindak meninggalkan PKR kerana melihat parti itu hanya berkisar kepada tiga orang itu sahaja. Itulah hakikatnya.

”PKR hanya parti tiga orang A ini saja. Lihatlah saya sendiri, 30 tahun saya dengan Anwar, malah pernah masuk penjara kerana dia, tapi akhirnya dia tak pedulikan pun semua itu sampailah saya keluar PKR.

”Jadi kalau saya yang 30 tahun bersama Anwar boleh diperlakukan seperti ini, bayangkanlah pemimpin PKR lain. Bila-bila masa boleh dilupakan macam itu saja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad baru-baru ini menyifatkan PKR parti ‘bateri bersaiz 3A’ kerana kekuatannya hanya ditentukan oleh Anwar, Azizah dan Azmin.

Diminta mengulas pelantikan Azmin selaku Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru, Nallakarupan berkata, ia menunjukkan Azmin mempunyai kedudukan istimewa di mata Anwar.

Kata beliau, ia merupakan satu keputusan besar kerana pelantikan Azmin adalah untuk menggantikan seorang lagi pemimpin kanan PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pelantikan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bermakna Azmin menggantikan kedudukan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selain Menteri Besar Selangor.

”Azmin bukan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Abdul Khalid dan ini memperlihatkan siapa yang lebih penting di antara dua pemimpin itu kepada Anwar.

”Ini memang sudah dijangkakan. Walaupun atas sebab tertentu terpaksa digugurkan menerajui PKR Sabah, Anwar tidak mungkin tinggalkan Azmin yang tahu banyak mengenai Anwar.

”Bagi Azmin, ini satu cara penting untuk beliau mengukuhkan kedudukan politiknya terutama dalam PKR walaupun ia menyentuh jawatan Abdul Khalid,” jelasnya.

Nallakarupan juga tidak hairan atas apa yang berlaku pada Abdul Khalid kerana beliau sendiri pernah diperlakukan sedemikian rupa bagi mengukuhkan kedudukan Azmin.

Dakwanya, ia berlaku pada pemilihan PKR suatu masa dahulu apabila beliau diminta oleh Anwar untuk menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden walaupun mendapat pencalonan kedua tertinggi demi mengukuhkan kedudukan Azmin.

”Saya tak bercakap bohong, saya berani ke kuil untuk ulangi apa yang saya cakap ini. Anwar sendiri pada waktu itu minta saya tarik diri sebab Azmin mahu bertanding.

”Namun apabila saya tanya kepada Wan Azizah, beliau tidak pula tahu perkara tersebut,” jelasnya.

-UTUSAN MALAYSIA

Tak pelik pun, memang PKR hanya bergantung kepada bateri-bateri karat ni. Apabila bateri ni mula tamat tempoh maka, parti ini seperti robot kehabisan bateri. Tak dapat bergerak ke mana-mana…

Apapun sememangnya kata-kata Nalakarupan itu memang tepat… PKR hanya bergantung harap pada kepada bateri-bateri ni… Tamat tempoh hayat bateri ni, maka PKR juga tidak lagi dapat digunakan atau dalam erti kata lain tidak lagi relevan….

Antara Katak & Bapak Katak?

9 Komen

‘Mengapa saya saja digelar katak?’

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar ‘katak’ sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti – Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

“Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.

“Tengok di Sabah berapa ramai… tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parti,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu.

Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno.

“S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat (katak)?” soalnya.

Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi.

‘Sama saja…’

“Kenapa saya…kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera… tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno),” katanya.

Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama saja… tapi buruknya Ibrahim Ali… tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan.

“Saya pegang banyak jawatan juga – pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas – adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan ‘ikan kaloi’?… tak ada … Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?… tak ada…mana (ada)..

“Alhamdullah, kalau dapat pertahan diri 30 tahun jadi pemimpin politik yang tidak dikait dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, kira okaylah. Jadi tengoklah kebaikan saya….saya pun berjuang untuk bangsa dan negara juga,” katanya.

Ibrahim berkata, antara sumbangan besarnya ialah perjuangan menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi universiti.

Katanya, orang lupa bahawa pada 1972, diploma ITM hanya diiktiraf sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tunjuk perasaan

“Ringkas cerita, (semasa) saya menjadi setiausaha agung dan kemudiannya presiden Persatuan Siswa ITM pada 1972,buat memorandum desak kerajaan.

“Pada 22 April (1972), berlaku tunjuk perasaan besar. ITM ditutup dan Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi perdana menteri, sehinggalah kita buat rundingan penyelesaian sebahagian daripada diploma ITM pada masa itu diiktiraf setaraf dengan ijazah am di universiti-universiti lain.

“Siapa punya kerja… untuk orang Melayu, untuk Islam. Yang berpekik melolong kata kat Ibrahim Ali tu apakah sumbangan mereka?” soalnya lagi.

Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981.

“(Semasa) menjadi exco Pemuda Umno, saya lantang balik (mendesak) supaya diadakan fakulti perubatan di ITM untuk orang Melayu dan orang Islam, kerana saya tengok inilah gedung ilmu untuk tingkatkan martabat orang Melayu.

“Bila jadi ahli parlimen mulai 1986, setiap kali saya bahaskan perbelanjaan, saya mesti desak ITM dinaikkan (ke taraf) Universiti… saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata ‘kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain… ITM universiti, ITM universiti…

“Kemudian bila saya jadi timbalan menteri pada 1997, saya kata, inilah kesempatan paling baik. Saya himpunkan 15,000 bekas siswazah ITM di Stadium Melawati. Waktu

itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) selaku menteri pelajaran. Saya pengerusi perhimpunan. Saya berucap dan pelajar angkat kain rentang dan bendera mahukan ITM jadi universiti.

“Saya duduk di tengah-tengah, Dr Mahathir (di sebelah kanan). Perdana menteri tanya kat Datuk Seri Najib boleh tak kita isytihar ITM jadi universiti, peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir. Najib kata tak ada salah… Dr Mahathir orang yang luluskan, yang melaksanakannya Najib dan saya orang ketiga yang mendesak.

“Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip… Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya…,” katanya.

– Malaysiakini

Aku bersetuju dengan kata-kata Datuk Ibrahim Ali, bagi aku gelaran tersebut atau lebih baik gelaran Bapak Katak sepatutnya hanya layak diberi kepada manusia di dalam gambar di bawah ini:

Kenapa aku berkata demikian? Sebab manusia di dalam gambar ini lah yang merancang acara lompat parti secara besar-besaran pada tahun yang lalu… Akhirnya perancangannya memakan diri…. Inilah dia Bapak Katak…

Siapa Samseng!!??

Tinggalkan komen


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami”.

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

“Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam,” kata Nizar.

“Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka,” tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

“Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak,” tambahnya.

Nizar… Nizar… Aku tak tahulah apa yang tak kena dengan kepala hotak berjambul nko tu… Tak habis-habis nak buat lawak sarkis depan Sultan Perak…

Siapa hang kata samseng?? Bukan ke puak-puak hang yang bikin samseng masa sidang DUN yang lalu. Puak-puak hang juga yang bikin kacau, terjerit-jerit terpekik terlolong mcm anjing kena sampuk polong (tengok gambar kat bawah…)

Kami bukan bodoh. Kami bukan buta. Kami belum pekak lagi. Kat You Tube bersepah video kekacauan sidang DUN yang lepas yang dilakukan dan dirancang oleh geng-geng Ngeh dan Nga serta pelakon tambahan yang diimport dari Hospital Bahagia Tanjung Rambutan iaitu Sivakuman…

PAS Selangor jatuhkan air muka Nik Aziz

5 Komen


SHAH ALAM 23 Okt. – Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

“Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti.

“Sebaliknya, Pas sama ada di peringkat pusat atau negeri kini pada tahap yang terbaik daripada segi kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz menerusi laman blognya, http:// http://www.blogtokguru.com/ supaya diadakan muktamar agung khas bagi membolehkan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pas pusat.

Menurut Nik Abdul Aziz, keperluan muktamar khas atas nama ‘tajdid’ (pembaharuan) itu harus diadakan ekoran wujud ‘beberapa kerat’ pemimpin dalam parti itu yang dikatakannya ‘bermasalah’.

Malah, Nik Aziz turut membayangkan perubahan terhadap jawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan selain kedudukan Hassan serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dikatakannya tidak habis-habis menyuarakan isu kerjasama Pas-UMNO serta pembentukan kerajaan perpaduan.

Nampaknya PAS Selangor mula melawan Tok Garunya… Tok Garu yang kini dok tergaru-garu kepalanya yang beruban sedang memikirkan sebab musabab mengapa cadangan yang yang sebernas beras Bernas itu ditolak mentah-mentah tanpa direbus atau digoreng terlebih dahulu oleh PAS Selangor…. PAS Selangor telah ‘drop Tok Garu’s water face’… Begitu kecewa Tok Garu apabila saranannya telah ditolak. Nampaknya PAS Selangor sudah mula tidak mahu mengikut telunjuk Tok Garunya. Tahniah kepada PAS Selangor kerana ketegasan anda menolak Tok Garu…

Hadiah Najib untuk rakyat

6 Komen


Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian

CUKAI

* Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.

* Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

* Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.

KAKITANGAN AWAM

* Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.

* Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.

RUMAH

* 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.

KWSP

* Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.

* Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.

* Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

KWSP

* Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.

* Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.

* Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

* Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.

* 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.

* Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.

* Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.

Terima kasih tak terhingga kepada Datuk Seri Najib atas pembentangan belanjawan yang mesra rakyat ini. Nampaknya tiada kenaikan pada sebarang cukai rokok. Ini amat melegakan hati perokok tegar. Kepada perokok tegar, ingatlah tidak tahun 2010, 2011 pasti cukai rokok akan naik. Nasihat aku berhentilah merokok. Bukan sahaja membahayakan kesihatan malah membazirkan duit sahaja.

Kepada yang tak berpuas hati dengan pemberian bonus kepada kakitangan kumpulan sokongan pada Aidilfitri yang lalu, Disember ini kerajaan akan memberikannya pula kepada kakitangan kumpulan pengurusan professional gred 41 ke atas… Harap tiada lagi rungutan selepas ini.

Sebelum pembentangan ini banyak juga aku dengar khabar angin yang bertiup dari mulut ke mulut yang mengatakan ada kenaikan gaji, bonus RM 2000… Akan tetapi ianya lebih sekadar penyedap cerita… Apapun aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pembentangan belanjawan ini banyak memberi manfaat kepada semua.

Kepada yang masih tak tahu hendak bersyukur tu, aku tak tau lah nak cakap apa. Terpulang lah kat korang… Oh ya kepada Encik Langsi, minta maaflah, aku tiada masa hendak melayan kehendak kau… Aku menulis kat blog ni pun bukan sebab nak melayan semua soalan dan pertanyaan kau… Sekian…

Older Entries