Pesta Mabuk-Mabuk Dengan Carlsberg Di Selangor

Tinggalkan komen

Pesta Mabuk-Mabuk Dengan Carlsberg Di Selangor

Dasat!! Memang dasat!! Secara terang-terangan Movida Kitchen, Bar & Club Lounge ni buat promo pesta mabuk-mabuk dalam Facebook.

Mentanglah Hassan Ali dah ditendang keluar dari kerajaan Selangor. Berpesta sakan la Ronnie Liu.

Jadi nak salahkan siapa kali ni?? Nak salahkan UMNO sebab tak tutup kilang Carlsberg walaupun PAS pernah berjanji nak tutup kilang tersebut sebelum ayam berkokok jika PR menang di Selangor??

Apa pula Exco Adat dan Sosial boleh lakukan?? Nganga sahaja lah…

Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Kasi Besar!!

Tinggalkan komen

Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Kasi Besar!!

Masihkah korang ingat… Pada tahun 2008, PAS mendabik dada mengatakan ‘Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak’?? Sampai sekarang dua bijik kilang arak kat Selangor masih gagal ditutup oleh PAS…

Tetapi tahukah korang… PAS telah memungkiri janjinya… Malah pada tahun 2010, Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad telah menawarkan tapak yang lebih besar untuk Kilang Carlsberg di Selangor.

Sila rujuk artikel eXception terdahulu… Di sini: Kilang Carlsberg Akan Dipindahkan Ke Lokasi Yang Lebih Luas : Khalid Samad

Hari ni menjelang PRU 13… Pencacai PAS masih dok berbunyi lagi pasal kilang arak… Walhal dulu pemimpin PAS juga berjanji hendak menutupnya… Semua nak disalahkan UMNO… Walaupun pemimpin mereka sendiri yang gagal menutup kilang arak, pun salah UMNO…

Tapi ketahuilah dalam dok sibuk pencacai PAS bercakap soal kilang arak… Mereka tentu tak sedar bahawa, Kerajaan Kelantan juga MELULUSKAN LESEN PENJUALAN ARAK.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.” – kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Semalam pula hangat diperkatakan bahawa terdapat promosi arak RM 99.99 untuk satu karton Carlsberg di The Store Taman Sri Petaling…

Seperti biasa, pencacai PAS pula mengambil kesempatan untuk menjilat buntut DAP dengan menyalahkan UMNO atas penjualan arak di The Store Taman Sri Petaling… Sedangkan Taman Sri Petaling berada di dalam Parlimen Seputeh… Siapa Ahli Parlimen Seputeh?? Bukankah Teresa Kok si Kaifeng Jews??


Peta Parlimen Seputeh

Arak tidak sampai boleh merosak akidah! – MSO

Tinggalkan komen

Mohd Sayuti Omar Mengatakan Arak Tidak Menjejaskan Akidah?

Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!

Berikutan isu lawatan Khalid Gereja ke Kilang Carlsberg pada bulan yang lalu dan cadangan memindahkan operasi kilang tersebut ke tapak yang lebih luas, aku telah terbaca satu artikel dalam blog MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sedaya upaya cuba mengampu Khalid Gereja dengan mengatakan ‘Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!’.

Aku cukup tak bersetuju dengan pendapat MSO ni mengatakan arak tidak merosakkan akidah… Mungkin MSO tak pernah baca Al-Quran mengapa Allah mengharamkan khamar (arak) dari diminum oleh umat Islam. Allah mengharamkan arak apabila umat Islam mula lalai dalam mengerjakan syariat dan kewajipan terhadap Nya akibat mabuk.

Banyak kes kerosakan akidah yang terjadi akibat arak, antaranya bunuh, rogol, pukul dan anak-anak muda berpesta seks selepas mabuk-mabuk… Bukankah ini merosakkan akidah? Adakah ini MSO masih mengatakan satu perkara yang NORMAL??

Kepada MSO, teruskanlah mengampu, walaupun tindakan pemimpin PAS sampai mahu menjual Agama Islam sekalipun dipandang mulia oleh kamu…

Kilang Carlsberg Akan Dipindahkan Ke Lokasi Yang Lebih Luas : Khalid Samad

4 Komen

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DITUTUP. KILANG ARAK DIPERBESARKAN

Tahniah diucapkan kepada PAS (Parti Arak Se-Malaysia), kerana mempunyai Duta PAS ke Carlsberg, iaitu Khalid Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Gereja… Sesungguhnya perjuangan PAS membela kilang arak wajar dipuji. Aku menjangkakan khabar kilang Carlsberg di Shah Alam akan ditutup, tetapi, ianya tidak ditutup, cuma akan dipindahkan ke lokasi baru. Itulah yang dicadangkan oleh Duta PAS ke Carlsberg, Father James Khalid.

Langkah tersebut wajar dipuji bertepatan sekali dengan slogan Membangun Bersama Carlsberg yang bakal diwar-warkan oleh kepimpinan PAS, iaitu Tok Garu, Nik Ajiszz… Cadangan memindahkan kilang tersebut ke lokasi baru bakal menambahkan lagi pengeluaran arak di Malaysia sekaligus menggalakkan lebih ramai anak-anak muda Islam untuk meminum arak. Ini kerana telah termaktub dalam perlembagaan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), arak itu halal, cuma judi sahaja haram. Judi yang diharamkan hanyalah judi berkaitan Piala Dunia sahaja, manakala judi ekor, judi sabung ayam dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

PAS (Parti Arak Se-Malaysia), wajar dipuji kerana bersikap membisu dalam perihal penutupan sebuah pusat latihan kemahiran belia di Selangor, ini kerana pusat latihan tersebut boleh dianggap satu pembaziran serta bercanggah dengan perlembagaan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), iaitu sebarang organisasi yang tidak memberikan keuntungan di dunia perlu ditutup tanpa berkompromi. Manakala organisasi yang membawa keuntungan serta menghanyutkan belia-belia Islam ke lembah dosa, perlu dibantu dan diperbesarkan jika perlu.

Rakyat Selangor yang beragama Islam sewajarnya berterima kasih kepada Father James Khalid dan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), kerana dengan memperbesarkan lagi operasi kilang Carlsberg ini, maka mudahlah mereka mendapat bekalan Carlsberg setiap hari. Malah Carlsberg bakal menjadi juadah wajib untuk berbuka puasa pada masa akan datang. Percayalah. Aku pasti produk Carlsberg ini pasti akan menjadi laku di seluruh Malaysia, di mana kanak-kanak juga mampu membelinya dan meneguknya umpama meneguk air sirap bandung.

Dengan pembesaran kilang Carlsberg juga bakal menyumbangkan banyak kematian dalam kemalangan jalanraya apabila pemandu, memandu di dalam keadaan mabuk. Ini sekaligus dapat mengurangkan populasi penduduk di Malaysia ini. Sasaran PAS (Parti Arak Se-Malaysia), ialah seribu kematian dalam sebulan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol. Malah PAS (Parti Arak Se-Malaysia) juga mensasarkan menjelang 2013, lebih kurang sejuta anak-anak muda beragama Islam akan terus hanyut dengan arak.

PAS (Parti Arak Se-Malaysia), juga dikatakan bakal memperkenalkan perlembagaan baru iaitu mewajibkan semua ahli-ahlinya meminum beer, kerana seperti yang dikatakan oleh Mur-shit-ool Am PAS (Parti Arak Se-Malaysia), Tuan Garu, Nik Ajiszz Nek Nak, arak tidak haram, yang haram ialah judi Piala Dunia.

Apapun kita ucapkan tahniah kepada Father James Khalid dan kepimpinan PAS (Parti Arak Se-Malaysia) yang menyokong pembesaran kilang Carlsberg ini. Semoga Allah membalasnya di dunia dan di akhirat… Amin…

Berita Berkaitan:
Harakah: Khalid Samad lawat kilang Carlsberg
Utusan Malaysia: Tutup kilang arak, bukan pindah ke lokasi baru

Wayang Terbitan Pakatan Syaitan Ltd

2 Komen

Inilah dia wayang yang sedang dimainkan oleh Pakatan Syaitan… Tapi tak dapat nak tengok kat GSC, TGV atau Capitol sekalipun…

Ronnie Liu Seorang Hero?

Tinggalkan komen


SUBANG JAYA – “Ronnie Liu boleh diibaratkan masyarakat bukan Islam di negeri ini sebagai ‘hero’ yang menyuarakan suara serta keperluan rakyat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.

Beliau ketika mengulas berkenaan rampasan isu arak yang dikaitkan dengan Ronnie berkata, pihaknya dimaklumkan sebahagian masyarakat bukan Islam di negeri ini melahirkan kekecewaan mereka dengan kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, yang mendesak Ronnie digugurkan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Teresa berkata, pihaknya turut menyokong kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa peniaga seharusnya mempunyai kesedaran sendiri sekiranya menjual arak kepada pelanggan Islam.

“Saya berpendapat kenyataan dan keputusan diambil MB itu munasabah kerana di Selangor masyarakat yang tinggal terdiri daripada pelbagai kaum.

“Kerajaan Negeri perlu mengikut kehendak dan keperluan bangsa-bangsa lain yang bukan beragama Islam kerana seperti yang diketahui arak bukanlah dijadikan minuman semata-mata kerana turut digunakan dalam aktiviti keagamaan dan kematian,” katanya.

Kata beliau, apa yang penting dalam isu ini adalah peniaga itu sendiri melaksanakan ‘self regulation’ ataupun berpandukan kesedaran penjual terhadap permintaan pelanggan Islam.

“Sekiranya mendapati orang Islam datang membeli, peniaga tidak seharusnya menjual minuman keras itu kepada pelanggan mereka.

“Peniaga juga perlu meletakkan papan tanda larangan menjual minuman keras kepada pelanggan Islam di kedai mereka,” katanya yang mendakwa papan tanda berkenaan mudah diperoleh dan digantung di premis-premis perniagaan,” katanya.

Kata Teresa, ramai masyarakat bukan Islam menyuarakan pandangan apa yang dilakukan oleh Ronnie itu betul selepas melihat kepada isu terbabit.

“Kerajaan Negeri belum mengeluarkan garis panduan ketika Ronnie bertindak demikian dan kerana itu kami merasakan tindakannya itu mengikut keputusan Exco.

“Saya sebenarnya kurang memahami apa yang dikatakan masyarakat sesuatu kaum memonopoli sesuatu kawasan kerana jika kita lihat sesetengah tempat di Kuala Lumpur, masih ada penjualan arak walaupun majoriti penduduknya beragama Islam,” katanya.

Wah dasat betul ayam betina tua ni berkokok, dah pun nama Teresa Kok, berkokok le keje dia siang dan malam, kena sumbat dlm reban (lokap) pun berkokok, agaknya campak dlm kubang buaya baru la tak berkokok lagi…

Aku rasa kelakar lak bila ayam tua betina ni kata Ronnie ni Hero… Pandai betul dia mengampu Ronnie, mungkin dengan harapan Chinese New Year nanti Ronnie hantar 10 peti Carlsberg ke rumahnya….

Sudah-sudah la tu ayam betina tua, bawak-bawak le senyap…