ISLAM TIDAK BERKOMPROMI PERKARA JEJAS AKIDAH – TAN SRI HARUSSANI

Tinggalkan komen


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.

”Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.

”Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dewan Ulama Pas pula menyifatkan majlis yang disertai oleh Mohammad Nizar itu sebagai meragukan dan sepatutnya beliau tidak hadir kerana adanya sifat berkenaan.

Dalam pada itu, ketika menjawab satu soalan berhubung isu berkenaan, Harussani berkata, Rasulullah dalam satu hadisnya pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, dia akan termasuk di dalam kaum tersebut.

”Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telah pun dipesan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya, kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,” tekan beliau.

Sementara itu, beliau berkata, orang Islam yang menziarah kematian orang bukan Islam dilarang membaca doa ke atas mayatnya.

Tahniah Tan Sri kerana akhirnya menyuarakan pendapat beliau. Tetapi apa kan daya, pengikut-pengikut PAS lebih suka ber Tuhankan DAP, ber Rasulkan Lim Kit Siang dan ber Imamkan Karpal Singh…. Apa saja mereka buat kerana mengampu dan menjilat buntut DAP adalah tak berdosa… Dosa dan pahala bukan urusan manusia Nik Aziz, itu urusan Allah. Siapa kita nak ambil hak Allah?

Pegang lilin, ikut agama mana tu Nizar?

14 Komen

Korang tengoklah gambar di bawah ni. Ini bukan gambar super impose atau edit guna Photoshop… Ni betul-betul punya kejadian… Cuba korang perati betul-betul, ada seseorang yang korang pasti kenal dan familiar dengan muka dia tu. Ada iras-iras apek jual kangkung sket, malah iras-iras ah long pun ada jugak… Hu hu hu hu… Tak kenal? Aiseh… Dia berdiri tiga dari kanan, sebelah Ngeh Ngeh Ngeh Ngehhhh… Koo Ham…. Heh heh heh heh… Sorry Ngeh aku mempersendakan nama nko…

eXception: Haa… Kenal tak? Kenal tak? Mesti korang kenal, Ahli Parlimen PAS, si Nizar Bintang Tiga tu lah…
Samdol: Buat apa dia pegang lilin tu? Dia tengah bertapa untuk jadi hantu lilin ke?
eXception: Bukan daaa….
Samdol: Habis tu dia bercita-cita nak jadi hantu tanglung?
eXception: Bukan jugak daa… Dia pegang lilin tu sebagai berkabung atas kematian Teoh, S/U Politik Exco Selangor tu la….
Samdol: Oooo… (sambil menggaru-garu kepala) Tapi bukan ke amalan berkabung dengan pegang lilin tu bukan ajaran Agama Islam? Bukan ke syirik namanya tu?
eXception: Siapa kata syirik? (menjegilkan bijik mata) Nik Aziz tak kata pun? Hadi Awang tak kata pun… So tak syirik la bagi diorang…
Samdol: Bagi nko lak? (confuse)
eXception: Bagi aku tentulah syirik besar… Boleh keluar Islam tu… Dosa besar tu…
Samdol: Dosa besar ek? (bertambah confuse)
eXception: Ye la dosa besar… Tapi takpe, Nik Aziz boleh ampunkan dosa-dosa Nizar…
Samdol: Aik? Bukan ke hanya Allah sahaja boleh ampunkan dosa umatnya?
eXception: Betul…
Samdol: Tapi kalo tak silap aku cuma dalam Kristian sahaja paderi boleh ampunkan dosa penganutnya jika mereka membuat pengakuan dosa… Jadi Nik Aziz tu macam paderi ke, boleh ampun dosa orang?
eXception: Entahlah… Nko fikirlah sendiri… Mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk nko jadikan sempadan….

Nota: Inikah salah satu ajaran PAS? Apa komen Nik Aziz? Mesti dia tak kisah… Penyokong PAS pula bagaimana? Mesti korang tak kisah? Orang Perak? Camne? Nak ke korang ber-Menteri Besarkan dengan orang macam ni? Tentu korang tak kisah… Patutlah Perak tunggang-langgang…