Batal Projek Tebatan Banjir. Kerajaan Negeri Selangor Bakal Disaman?

Di atas jelas bukti Kerajaan Pakatan Haram Jadah Selangor membatalkan projek tebatan banjir Sg Langat. Malah menganggap projek tersebut tidak membawa manfaat kepada rakyat… Sekarang lihatlah apa akibatnya projek kononnya didakwa sebagai ‘TIDAK MEMBERI MANFAAT’ tidak dilaksanakan…

Bagaimana MB Selangor, Khalid Gagap mengambil keputusan semberono sebegitu? Begitu mudah mengatakan projek bermanfaat itu tidak membawa manfaat. Maka natijahnya Kajang dilanda banjir kilat petang semalam…

Kepada mereka yang terlibat dengan banjir di Kajang semalam, terutama sekali kepada mereka yang mengalami kerosakan kenderaan atau premis yang dinaiki air, anda semua boleh menyaman MB Selangor, Khalid Gagap kerana banjir tersebut berpunca dari dia…

Mengapa eXception berkata sedemikian… Sekiranya projek tebatan banjir tersebut diteruskan maka masalah banjir kilat yang berlaku semalam tidak akan berlaku apabila aliran air Sungai Langat dilencongkan ke Sg Kelang…

Untuk pengetahuan semua, Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar. Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

Sekiranya projek ini siap pada hari ini, maka masalah banjir yang dialami oleh warga Kajang semalam tidak akan berlaku. InsyaAllah… Tetapi lihatlah apabila MB Selangor bertukar ganti dengan MB yang bebal dan bodoh… Semua projek yang tidak melibatkan kroni-kroni Pakatan Haram Jadah dibatalkan begitu sahaja, tanpa membuat kajian terperinci…

Oleh itu dipersilakanlah membuat laporan Polis terhadap MB Selangor dan segera saman dan tuntut kerugian dari Kerajaan Selangor… Banjir pasti akan datang kembali. Ini kerana kita tak dapat menghalang kuasa Tuhan… Tetapi kita boleh mengelakkannya dari berlaku… Inilah natijahnya apabila jawatan MB diberi kepada seorang yang BEBAL… Apatah lagi PUNAHSIHAT Kerajaan Selangor hanya tahu dok berceramah… PUNAHSIHAT pun sama tak boleh pakai…

Sumber:

Kerajaan negeri batal projek tebatan banjir Canal City

Selangor batalkan projek Canal City

Projek Canal City dan Banjir di Kajang

Banjir Kilat di Kajang kerajaan negeri patut di persalahkan

Advertisements