Cubaan memfitnah BN dan UMNO

8 Komen

Wang palsu RM100 untuk undi BN


Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

“Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama “wang” berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi “tolong undi calon BN”.


“Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

“Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Ada sahaja taktik PR nak memburukkan BN, kali ini taktik yang pernah digunakan dalam pilihanraya lepas diulang semula. Iaitu menyogok duit palsu kepada penduduk Permatang Pasir. Dalam pilihanraya yang lepas juga terjadi perkara yang sama. Jika BN nak menyogok sekalipun, BN akan beri duit betul, bukan duit palsu. Hanya orang yang tolol sahaja menggunakan duit palsu.

Kepada Mahfuzi Al Mampusi, macam lah aku tak tau sebalik kata-kata nko, nko nak menuding jari kat UMNO. Hei tolonglah. UMNO takkan lakukan perkara yang tak bermoral seperti menyogok pengundi. PAS sendiri pernah menyogok pengundi pada pilihanraya kecil Manik Urai yang lalu. Tapi PAS kata itu bukan rasuah, tapi armalah. Cheh! Macam-macam la taktik PAS… PAS tidak kisah menggunakan apa sahaja taktik yang tidak bermoral untuk menjatuhkan BN dan UMNO. Termasuk memberi rasuah, mencerca peribadi calon. Tetapi apabila UMNO mengutuk keperibadian pemimpin PR, dengan segera PAS melenting… Kenapa harus melenting, sedangkan korang pun lakukan juga…

Oh ya hampir aku terlupa. UMNO dan BN tak boleh buat semua itu. Hanya PAS je layak. PAS kan parti yang dijamin masuk syurga? Syurga fantasi Nik Aziz aje la…. Bukan syurga Allah… Kepada penduduk Permatang Pasir, sila buat laporan Polis. Aku percaya dalangnya akan tertangkap juga nanti.

Advertisements

Antara Rohaizad dengan Eli siapa paling tak bermoral?

9 Komen

Rohaizat Perlu Letak Jawatan, Eli Bogel Tak Apa


Kenapa PAS tidak menyuruh ‘ADUN Telanjang’ letak jawatan kerana masalah moral?

PAS suruh Rohaizat Othman, calon BN di Permatang Pasir letak jawatan atas alasan menghadapi masalah dengan Majlis Guaman. Rohaizat juga dikatakan seorang pecah amanah dan disenarai hitam dalam Majlis Guaman.

Lupakah kita siapa yang mahu berbicara mengenai Islam secara terbuka? Majlis Guamankan. Majlis ini menjadi tali barut kepada Anwar Ibrahim dan platform kepada HINDRAF dalam mengawal sistem kehakiman negara. Perlu diingat, Majlis Guaman sebenarnya tempat cari makan bagi ‘paria profesional’ dan kebanyakan daripada mereka berketurunan India.

Kalau Majlis Guaman memperjuangkan keadilan untuk rakyat Malaysia, kenapa mereka tidak mendesak Anwar Ibrahim mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam menghadapi kes liwat? Mereka diam sahaja. Tetapi apabila melibatkan kepentingan orang Melayu, Islam dan UMNO, Majlis Guaman menjadi ‘Pejuang’ kononnya mereka kini berjuang menegak benang yang kering.

1. Kalau Rohaizat perlu letak jawatan, kenapa ELizabertah Wong dan Ronnie Liu tak perlu letak jawatan? Satu bogel- mengaku buat dan satu lagi kaki samseng!!!

2. Kenapa Anwar Ibrahim tak letak jawatan walaupun pernah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun kerana kesalahan rasuah? Anwar Ibrahim perlu letak jawatan kerana menghadapi masalah moraliti dengan Saiful Bukhari dan kini berulang-alik ke mahkamah.

3. Nik Aziz pernah kata- jangan serang peribadi sebaliknya seranglah dasar parti. Kenapa ahli PAS tidak mendengar kata-kata Nik Aziz? Adakah Nik Aziz sudah nyanyuk dan orang PAS tidak perlu dengar cakapnya? Jadi, Nik Aziz perlu letak jawatan sebab orang PAS sudah tidak hormat padanya lagi.

4. PAS sudah takut untuk menghadapi kenyataan- yang mereka akan ditolak mentah-mentah oleh pengundi. Yang pasti undi majoriti mereka akan berkurangan. Dasar PAS di Pulau PInang tidak menjanjikan apa-apa untuk Islam dan Melayu melainkan dianjingkan DAP untuk menyokong dasar menghalau Melayu dan India sahaja. Lihat apa yang berlaku kepada penduduk Kg Buah Pala di Pulau Pinang.

abe MIE- sebenarnya isu Rohaizat hanya alat propaganda PAS dan Pakatan apabila mereka tidak mampu menyelesaikan masalah penduduk sejak 15 tahun di bawah PAS dan menutup masalah moral yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sejak 15 tahun yang lepas. 15 tahun bukan satu jangka masa yang pendek dan 15 tahun juga penduduk Permatang Pasir diperbodohkan dengan dakyah-dakyah oleh Pakatan terutamanya PAS (Parti Angkut Sampah).

Petikan Dari Blog: Abe Mie Terjah

Itulah PAS… Kuman seberang laut boleh nampak, tapi gajah depan mata buat-buat tak nampak… Aku rasa isu Eli ni lagi tak bermoral. Boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai ADUN. Sebab apa yang dilakukannya adalah semasa dalam jawatan ADUN. Mengapa PAS tak suruh Eli letak jawatan?

Isu Rohaizad yang dicanangkan PAS takde kena-mengena pun dengan dia. Kerana yang buat hal ialah rakan kongsinya… Begitulah PAS apabila sudah ketandusan modal. Maka dicanangkan segala aib orang lain. Bila orang buka aib pemimpin PAS, tau lak marah… Tapi PAS boleh pulak buat serangan peribadi…

Jika Datuk Seri Najib terkenal dengan konsep 1 Malaysia, Nik Aziz pula terkenal dengan konsep Menghalalkan Cara… Tak kiralah ianya haram, berdosa… Bagi PAS, ianya tak berdosa kerana kita menyerang keperibadian musuh… Siapa kata tak berdosa? Dalam Allah juga melarang kita mencerca sesama manusia dan sentiasa bersangka baik….

Insaf dan sedarlah penyokong PAS sekelian. Parti yang kamu sokong ini langsung tak boleh beri jaminan syurga kepada kamu semua. Nik Aziz bukan wali, bukan Nabi, juga bukan Rasul. Malah Rasulullah juga tidak berani beri jaminan syurga kepada umatnya yang terkemudian. Sebab Baginda tahu, ketentuannya adalah milik Allah. Allah sahaja berhak menentukan. Bukan Nik Aziz… Nik Aziz hanyalah insan biasa. Makhluk ciptaan Allah juga… Sama seperti kita…. Sedarlah…

Ada hantu di Permatang Pasir?

5 Komen

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

“Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

“Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.

– Malaysiakini

Wah… Kalau benar dakwaan ini, SPR harus siasat perkara ini sedalam-dalamnya. Ye lah pembangkang asyik memainkan isu pengundi hantu setiap kali pilihanraya, tetapi diorang yang angkut hantu-hantu ni sekor demi sekor sbg pengundi. Jika benar, tindakan harus diambil segera. Tetapi jika ianya tidak benar, ternyata KJ ni cuba meraih populariti murahan….