Pesta Seks & Arak Di Sungai Buloh… Dr Lo’ Lo’!! Hassan Tantawi!! Korang Buta Ke!!?

Pesta seks dan arak ini berlaku di sekitar kawasan pembinaan berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan… Bukan Negeri Sembilan Darul Khusus atau Johor Darul Takzim mahupun Pahang Darul Makmur… Ianya sebuah tempat di bawah tadbir pemimpin PAS, iaitu Hassan Ali… Hassan Ali buat apa?? Tak nampak atau buat-buat tak nampak??

Dan kepada Dr Lo’ Lo’ yang sentiasa dok melolong-lolong dalam blog pasal tiger show kat Marriot Hotel, tak nampak ke pesta seks ni kat Selangor?? Ataupun disebabkan ianya dilakukan oleh sebilangan tenaga kerja Indonesia, maka Dr Lo’ Lo’ tak melolong macam orang kena sampuk dek polong?

Mungkin jika ianya dilakukan oleh sebilangan anak muda UMNO baru lah agaknya Dr Lo’ Lo’ dan Hassan Tantawi baru nak bukak mata dan memekik terlolong-lolong macam orang kesurupan hantu polong? Inilah sikap double standard PAS yang hanya nampak kesalahan dan kepincangan negeri orang lain, tetapi negeri di bawah tadbir PR sendiri tak terurus, tapi buat-buat tak nampak?

Atau mungkin mereka akan berdolak-dalik mengatakan ianya bidang kuasa MAIS atau JAIS… Bukan bidang kuasa kerajaan negeri… Piiiraaahh!! Ataupun mungkin mereka akan kata pekerja-pekerja Indonesia ini telah diupah oleh orang UMNO untuk memburukkan nama kerajaan Selangor?? Sekali lagi jawapan paling mudah dikeluarkan… Jawapan untuk melepaskan diri dan mengalihkan tanggungjawab tersebut kepada pihak lain…

Adakah bagi PAS, maksiat dalam negeri sendiri adalah halalan toyyiba… Jika berlaku di negeri di bawah Barisan Nasional ianya menjadi haram?? Apa tak nya, sejak tahun 2010 hingga sekarang masih panas lagi dengan isu Pemimpin dan ADUN PAS berzina… Sehingga kini mereka masih takut nak saman terhadap orang yang melemparkan tuduhan tersebut? Kenapa takut nak saman? Tok Garu pula sebagai Mur-Shittool Ham-Pas pulak buat apa? Tok Garu, menjalankan tanggungjawab dia sebagai paderi besar Kelantan dengan mengampunkan dosa-dosa orang bawahannya… Begitu mudah sekali… Tak perlu bertaubat nasuha… Hanya jumpa Tok Garu dah cukup untuk sesi pembersihan dosa… Begitu mudah sekali Agama PAS…

Terima kasih… Anak Seberang dan Duke of UMNO…

Hot! Gambar Warga Indon Bikin Pesta Dangdut di Sungai Buloh! Mana pi Penguatkuasa?

Pesta Liar “halal” di Selangor…???!!!

Isu berkaitan…

Tiger Show Di Negeri Khalifah Umar Lim Guan Eng
Dr Lo Lo Yang BOLO!! Marriot Hotel Dalam Putrajaya Ke? (Tiger Show Di Marriot Hotel, Selangor

Nota: Klik ‘SKIP’ untuk terus ke page di atas…

Advertisements