Hina Islam dia tak kisah, hina Bahasa Melayu tak boleh

19 Komen


Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai “penghinaan berterusan” terhadap bahasa kebangsaan.

“Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

“Bahasa Melayu itu diperhina terus,” kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.

Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme “pendaratan lembut” ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.

Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.

Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.

Dengan pendekatan terbaru “pendaratan lembut” pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).

Curi-curi ajar BM

Malam ini, A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu (foto kanan).

“Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017.

“Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung,” kata Pak Samad lagi.

Beliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI “menjadi semakin tidak jelas”.

Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang “tidak tuntas dan berdikit-dikit”.

“Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung.

“Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit,” kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shahrir Md Zain menggesa kerajaan membenarkan guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan.

“GMP mendesak kerajaan mengizinkan guru sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik mulai tahun hadapan kerana selama ini pun mereka curi-curi mengajar dalam bahasa Melayu; dan pelajar diizinkan menjawab dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Malaysiakini.

Jejas pelajar Melayu

“GMP tidak bersetuju dengan hasrat ketua pengarah pelajaran mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012, seperti yang dilaporkan akhbar semalam.”

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amirudin Shari menyifatkan penjelasan Alimuddin sebagai “bagaimana liciknya penipuan” yang dibuat oleh Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri.

Tambahnya, melanjutkan lagi PPSMI boleh menjejaskan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa Melayu.

“Bagi kami keputusan kabinet ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda di sekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

“Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni daripada kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat Melayu di kawasan luar bandar.”

Aduhai Pak Samad, kenapalah Pak Samad masih belum faham jugak… Nak mansuhkan PPSMI bukan semudah yang disangka. Kena melalui peringkat-peringkat agar pelajar tidak mengalami kejutan. Malah memudahkan silibus baru pengajaran dalam Bahasa Melayu nanti dikeluarkan dengan banyak.

Tapi Pak Samad seolah-olah tidak kisah berkerjasama dengan pihak yang jelas menghina Islam. Bagi Pak Samad, tak kisah jika mereka nak hina Islam. Asalkan tak hina Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan Pak Samad. Bahasa Melayu takkan pupus sampai bila-bila. Itulah bahasa seharian kami berbicara bersama teman-teman, ibu-bapa dan masyarakat.

Antara Bahasa Melayu dan Islam, lebih teruk menghina Islam. Tidakkah Pak Samad malu berkerjasama dengan mereka yang menghina Islam?

Advertisements

PPSMI: Bila dah mansuh baru sibuk nak bantah…

4 Komen


Ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dijadual diadakan di sekolah itu pagi tadi, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.


Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Presiden PIBG, Salmah Abu Bakar berkata keputusan undian itu akan diserahkan kepada perdana menteri dan menteri pelajaran bersama dengan rayuan.

“Kami mahu memberitahu mereka bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah baik untuk sekolah ini. Kami mahu dikecualikan,” katanya.

Menurut Salmah, ramai ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan kerana standard pengajaran bahasa Inggeris yang tinggi dan oleh itu PIBG mahu ia dikekalkan.

Manakala timbalan presiden PIBG, Azimah Abd Rahim berkata urusan untuk mengadakan EGM itu dibuat mengikut peraturan dan oleh itu tiada sebab bagi pihak berkuasa untuk melarang ia diadakan.

“Kami faham bahawa banyak PIBG di seluruh negara mahu mengadakan EGM yang sama dan mereka juga berdepan dengan masalah yang sama. Kami harap mereka dibenarkan berbuat demikian,” katanya.

Mengikut Azimah lagi, tiada arahan bertulis dikeluarkan untuk menghalang mereka daripada mengadakan mesyuarat tersebut.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG, Mazidah Mohd Zin berkata beliau bimbang anaknya yang telah belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, terpaksa bertukar mengguna bahasa Malaysia hanya dua tahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Beliau bimbang anaknya akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat dan berharap kerajaan akan menimbang rayuan PIBG sekolah tersebut.

Seorang lagi ibubapa, Yee Li Li berkata dua orang anaknya belajar di sekolah tersebut dan yang paling kecil, kini dalam Tingkatan 1, telah mendesaknya supaya bertindak kerana dia sudah enam tahun belajar dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

“Saya mewakli anak-anak saya yang membantah pertukaran bahasa itu,” katanya.

Ibu bapa SMK Seri Hartamas, yang sudah tu sudahlah… PPSMI dah mansuh pun… Jangan marahkan kerajaan kerana PPSMI dimansuhkan. Tanya pada A Samad Said… Kenapa ia perlu dimansuhkan. Beliau takut bahasa melayu hilang jati diri. Tanya sama Hadi Awang, tanya sama Mat Sabu, kerana mereka yang sibuk suruh kerajaan mansuhkan. Tanya sama Anwar mengapa dia seorang sahaja boleh berucap dalam bahasa inggeris? Tanya je pada mereka semua… Kerajaan pun malas nak bicarakan lagi isu ini, kerana rakyat sendiri tidak mahu PPSMI.

Belia mulai sokong UMNO, PAS tersepit

Tinggalkan komen


PAS semakin tersepit apabila ramai belia semakin menyokong UMNO terutamanya belia di Kelantan. Oleh kerana dek ketakutan tersebut maka Haprak Daily pun cuba menghasut belia-belia ini agar tidak terpedaya dengan kepimpinan Najib setelah diperdaya oleh kepimpinan PAS. Baca aje lah petikan akhbar Haprak Daily ni:


Sekiranya benar bahawa golongan belia menyatakan sokongan padu terhadap kewibawaan Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak, golongan ini juga seharusnya mendesak agar penubuhan Suruhanjaya DiRaja adalah untuk menyiasat kes kematian misteri Teoh Bang Hock.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata demikian sewaktu mengulas mengenai hasil tinjauan Yayasan Kerjasama Malaysia bahawa 64 peratus golongan belia berpendidikan tinggi di Malaysia menyakini kepimpinan, keupayaan dan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

Jelas Fidaus, golongan belia tidak seharusnya terpedaya dengan tawaran Barisan Nasional sehingga melupakan segala ‘jenayah politik’ yang telah dilakukan oleh parti itu.

“Golongan belia yang akan memimpin negara tidak seharusnya mengabaikan isu seperti kronisma serta jenayah politik yang dilakukan oleh pemimpin negara. Tidak sepatutnya apabila mereka mendapat sogokan atau umpan dengan melupakan segala bentuk ancaman serta politik di negara ini.

“Kita tidak mahu golongan belia yang mendabik dada seterusnya menyatakan Najib adalah yang terbaik sedangkan banyak kegagalan yang tidak dapat dilaksanakan dalam memajukan golongan belia termasuk fungsi Kementerian Belia dan Sukan itu sendiri,”katanya.

Tambahnya lagi, kebangkitan sebahagian golongan belia hari ini dalam menegakkan keadilan seperti dalam Himpunan Bersih serta Himpunan Mansuhkan PPSMI membuktikan mereka semakin matang dalam menilai apa yang dilakukan kepimpinan negara.

Justeru katanya, golongan belia sekali lagi harus menyatakan pendirian mereka membantah kezaliman yang dilakukan kerajaan dengan menyertai perhimpunan Mansuh pada 1 Ogos nanti.

Kah kah kah… Memang sah PAS dah takut setengah mati bila belia mula berpaling arah… Ye lah semasa kepimpinan Pak Lah dulu, BN tidak mesra belia. Maka dari kesilapan itu di bawah kepimpinan DS Najib ianya telah menyedarinya, maka belia mula menyatakan sokongan terhadap beliau dalam pilihanraya kecil Manik Urai bulan lepas.

Pas Melaka kata Umno ganas?

6 Komen

Aku hampir nak tergelak berguling-guling hingga ke bawah bukit sambil diiringi penari-penari boria dan seorang awek yang cun. Macam cite hindustan pulak. Tapi cerita ni lagi kelakar dari cerita hindustan. PAS Melaka kata Pemuda UMNO ganas. Kah kah kah kah. Sikit punya hal pun nak kecoh. Baru kes pecahkan meja dah kata ganas. Belum pecahkan kepala orang lagi tu. Apapun samaada banar atau tak UMNO ganas, kita tengok gambar-2 yang di ambil semasa perhimpunan-perhimpunan haram anjuran pembangkang. Mari kita lihat siapa yang GANASZZZ….


Ini gambar semasa perhimpunan membantah PPSMI.


Ni satu lagi gambar. Tengok tu siap nak rampas cota Polis. Melampau betul.


Polis Trafik yang jaga lalulintas pun kena balun jugak?

Yang ni pulak, gambar perhimpunan yang bantah perlantikan Datuk Dr Zambry sebagai MB Perak yang baru


Tu dia, harap kepala pakai kopiah, tapi tanduk setan jelas kelihatan


Pak lebai pun ada gak. Dasat.

So tu antara gambar-gambar yang aku dapat carik. Sesiapa yang nak sumbangkan gambar lagi dipersilakan. He he he he