Kapal Perang Indonesia Terbakar Angkara Pemetik Api??

Tinggalkan komen

Kapal Perang Indonesia Terbakar Angkara Pemetik Api??

Kapal perang kebanggaan Indonesia, Trimaran Klewang menjadi cair apabila terbakar pada jam 3 petang pada 28 September 2012. Kapal perang yang kononnya setaraf kapal perang berteknologi ‘stealth’ buatan Amerika, hanyalah diperbuat dari fiberglass. Memandangkan bentuknya bersegi-segi, maka dianggap sebagai ‘siluman’ oleh Indonesia.

Apapun, biar betapa ‘siluman’ kapal perang Timaran Klewang ini, cukup sekadar menggunakan pemetik api Zippo untuk memusnahkannya hingga menjadi cair…

Di bawah ini adalah rupa asal kapal perang Timaran Klewang ini… Manakala di atas ialah rupa sebenar Timaran Klewang apabila dijilat api…

Sudah pasti kebakaran kapal perang Timaran Klewang bakal menjadi bahan ketawa oleh negara jiran, kerana musnahnya bukan kerana peluru torpedo atau peluru berpandu tomahawk. Tapi hanya dengan pemetik api, sudah cukup membuatkan maruah Tentera Nasional Indonesia tercalar… Kasihan…

Apa yang eXception perolehi, insiden ini dikatakan perbuatan sabotaj oleh komando-komando PASKAL Malaysia dalam melaksanakan misi ‘Black Project’. Sewajarnya ini satu pengajaran berguna kepada TNI supaya tidak lagi menjadi lanun di Selat Melaka dan Laut China Selatan dengan sesuka hati menahan bot nelayan Malaysia walaupun kedudukan bot tersebut berada di dalam perairan Malaysia… Tindakan keji TNI ini akhirnya dibalas… Syabas kepada anggota komando PASKAL!!

Sumber: KAPAL KEBANGGAAN REPUBLIK INDONESIA TERBAKAR DAN MENCAIR

Advertisements

Gempar!! Kapal Perang Jepun Berlabuh Di Pelabuhan Kelang??

1 Komen

Gempar!! Kapal Perang Jepun Berlabuh Di Pelabuhan Kelang??

eXception mendapat emel dari seorang sahabat yang mengatakan sebuah kapal perang Jepun telah berlabuh di Pelabuhan Kelang… eXception tertanya-tanya, mengapakah kapal perang Jepun berlabuh di Pelabuhan Kelang? Adakah mereka menjalani latihan perang atau sememangnya Malaysia di ambang perang??

Gambar tersebut boleh dilihat dengan mengklik imej fail sulit di bawah…


Adakah kapal seperti ini yang dimaksudkannya??

Click Me!!
Klik imej di atas…