Mat Indera… Seorang Wira Atau Pengkhianat Negara?

Tinggalkan komen

Sebaik Mana Keturunan Mat Indera… Tinggi Mana Sekalipun Ilmu Agamanya… Sebijak Mana Akalnya… Apabila Memilih Cara Perjuangan Yang Salah Tetap Dianggap Pengkhianat Negara…

eXception sebenarnya malas nak mengulas isu Mat Indera ni, akan tetapi apabila ada seorang pondan dengan beraninya mengatakan bahawa Berita Harian turut mendakwa bahawa Mat Indera ini pejuang kemerdekaan, eXception terpaksa juga memperbetulkan fitnah budak Milo Suam ni terhadap Berita Harian… Semua sedia maklum bahawa pondan Milo Suam ni suka menyiarkan artikel tahap longkang di dalam blognya… Banyak putar-belit dari fakta…

Sebagai contoh, artikel mengenai: Berita Harian – Mat Indera pejuang kemerdekaan!, Milo Suam memfitnah Berita Harian kononnya Berita Harian mendakwa Mat Indera pejuang menuntut kemerdekaan… Hakikat sebenar ianya sengaja diputar belit oleh bapuk tak sedar diri ni… Yang mana ayat di dalam artikel dalam Berita Harian menyebut: ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah’… Diulangi… ‘ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah’…


Milo Suam dengan aksi manjanya…

Berita Harian cuma menyampaikan beritanya melalui temubual dengan responden… Maka segala kenyataan adalah dikeluarkan oleh responden tersebut… Bukan keluar dari pengarang hatta wartawan Berita Harian sendiri… Berita Harian hanya menyiarkan artikel berdasarkan hasil temubual tersebut sahaja. Malah yang menganggap Mat Indera pejuang kemerdekaan hanya disebut ‘masyarakat Jawa Ponorogo’ diulangi ‘masyarakat Jawa Ponorogo’ bukan rakyat Malaysia keseluruhannya… Di sini jelas sekali Milo Suam (gambar) sengaja memutar-belitkan fakta… Tak perlu nak dihairankan kerana sudah menjadi kelaziman blogger anjing macam Milo Suam… Seperti juga perangai anjing kalau jumpa tahi, kalo tak dihidu, dimakannya…

Apapun bagi eXception jika kita ingin ukur ketinggian ilmu agama, kebijaksanaan serta keturunan dari yang baik-baiknya Mat Indera ini, sekiranya dia memilih cara perjuangan yang salah… Tetap digelar sebagai pengkhianat negara… Begitu juga dengan seorang pemimpin dalam PR yang bernama Al-Juburi… Sehebat mana dia berpidato… Sebaik mana keturunannya… Setinggi mana ilmunya… Tetapi peliwat tetap peliwat… Al-Juburi tidak boleh nak menyanggah pendapat itu… Ini bukan pendapat masyarakat Jawa Ponorogo, tetapi pendapat majoriti RAKYAT MALAYSIA…

Satu lagi persoalan… benarkah Mat Indera ini tinggi ilmu agamanya? Jika tinggi, mengapa Mat Indera ini memakai tangkal? Bukankah tangkal dan azimat adalah satu perkara yang bercanggah di sisi Islam dan jatuh syirik hukumnya? Jika benar Mat Indera ini bijak dalam soal agama, sudah tentu dia tidak memakai sebarang tangkal kerana dia jelas ianya syirik.

Sememangnya wajar Inggeris memberikan tekanan kepada penduduk kampung yang membantu Mat Indera, kerana membantu Mat Indera serupa sahaja dengan membantu komunis… Malah selepas peristiwa berdarah awal pagi di Bukit Kepong, telah menyebabkan Inggeris menggiatkan usaha memburu Mat Indera kerana dia juga terlibat dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong… Untuk apa penduduk kampung membantu komunis sedangkan kekejaman komunis dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong sudah cukup membuktikan betapa kejamnya komunis…

Apapun, terserahlah kepada pembaca untuk menilai… Kerana pada pendapat eXception… Sebaik Mana Keturunan Mat Indera… Tinggi Mana Sekalipun Ilmu Agamanya… Sebijak Mana Akalnya… Apabila Memilih Cara Perjuangan Yang Salah Tetap Dianggap Pengkhianat Negara…

Al-fatihah kepada para syuhada yang terkorban semasa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong…

Edisi DUN Tenang – Memperingati Peristiwa Bukit Kepong

Tinggalkan komen

Rakyat DUN Tenang Wajib Tolak Anjing Komunis!!

Salam sejahtera diucapkan… Masih ingatkah korang dengan peristiwa berdarah tanggal 23 Februari 1950? Peristiwa yang berlaku pada awal pagi itu eXception harap masih diingati oleh semua rakyat Johor terutamanya rakyat DUN Tenang. Peristiwa berdarah yang mana serangan bertubi-tubi oleh gerombolan komunis yang cuba menawan Balai Polis Bukit Kepong yang menyaksikan banyak nyawa pasukan keselamatan yang terkorban.

Bukit Kepong dan Tenang terletak di dalam negeri Johor yang pada masa zaman darurat dulu juga merupakan antara kawasan hitam di mana Komunis bermaharajalela di sana. Tentu kalangan rakyat Tenang masih ingat akan kekejaman Komunis di Bukit Kepong? Mungkin ada kalangan anak muda yang sudah melupakan tragedi berdarah tersebut.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang peristiwa tersebut, biarlah eXception ceritakan serba sedikit…

Pagi 23 Februari 1950 yang disangka tenang, tiba-tiba bertukar tragedi apabila kira-kira 200 orang pengganas komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong untuk tujuan menawan dan merampas senjata di dalam Balai Polis tersebut. Akan tetapi anggota Polis cuba mempertahankan Balai Polis tersebut dengan menyerang balas dengan senjata yang ada.

Pihak pengganas Komunis tertekan apabila tentangan sengit yang diberikan oleh Sarjan Jamil Mohd Shah dan anggota Polis yang lain, kemudian bertindak kotor dengan menawan dan mengugut isteri anggota Polis dan meminta anggota Polis menyerah diri.

Anggota Polis tetap bertahan dan enggan menyerah diri kepada pengganas Komunis. Sehinggalah akhirnya ramai anggota Polis yang terkorban dalam peritiwa tersebut dan Balai Polis Bukit Kepong dibakar.

Betapa kejamnya pengganas komunis ini hingga sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak. Adakah saki-baki pengganas komunis serta anjing-anjing kurap mereka mahu kita sokong di Tenang nanti? Ingatlah betapa sukarnya anggota Polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dari ditawan pengganas, adakah kita mahu memberikan DUN Tenang kepada anjing-anjing kurap komunis ini?

Kalangan anjing-anjing kurap Komunis ini pula menyokong supaya Chin Peng, kepala pengganas komunis yang hidup terbuang di Thailand supaya dibenarkan menetap di Malaysia… Adakah kita mahu menyokong anjing-anjing ini jika apa yang telah komunis lakukan di Bukit Kepong dulu? Adakah kita mahu kepala pengganas yang telah menghuru-harakan Johor dulu kembali semula? Tidakkah korang akan rasa mereka pengorbanan anggota Polis Bukit Kepong terbalas jika korang menyokong anjing-anjing kurap yang berkeras mahu membawa pulang Chin Peng?

Adakah korang mahu keamanan yang anda nikmati sekarang bertukar menjadi keadaan darurat apabila komunis kembali berkuasa? Fikirlah sendiri…

Sumber:
Peristiwa Bukit Kepong
PERISTIWA BUKIT KEPONG
PKM dan Darurat 1948-1960

P/S: Peritiwa Bukit Kepong bukan satu sandiwara atau cerita rekaan, tetapi insiden sebenar yang terjadi. Jika korang mengatakan ianya sandiwara atau rekaan kerajaan, korang patut jumpa doktor check otak korang. Mungkin ada wayar yang short…