Panas!! Misteri Logo Bank Negara Dibongkar!!

Hari ini eXception ingin membongkar berkenaan misteri logo Bank Negara yang hangat menjadi bualan kebelakangan ini… Ada yang mengatakan ianya adalah seekor kijang… Ada juga yang mengatakan ianya seekor anjing Firaun…



Setelah mencari-cari maklumat ini, akhirnya eXception bertemu dengan beberapa maklumat yang kukuh berkenaan logo Bank Negara ini… eXception tak seperti blogger-blogger bodoh kat luar sana yang malas hendak menyelidik dan mencari fakta walaupun komputer serta laptop ada di depan mata… Mereka lebih suka mengunyah apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka tak kiralah apa yang dihidangkan itu ialah daging busuk…

Hakikatnya ianya sememangnya seekor kijang dan bukan anjing seperti yang didakwa oleh pakar-pakar fitnah serta pakar-pakar penyebar fitnah di luar sana… Di bawah ini adalah bukti yang mana logo kijang ini terdapat pada kupang kerajaan Patani (Kelantan hari ini) dan bukan anjing…

Kijang tersebut digambarkan sebegitu rupa bagi menggambarkan ekor kijang yang akan naik apabila mengesan bahaya ataupun lari daripada musuh. Apabila ekornya dinaikkan, akan nampaklah warna putih pada bawah ekornya bagi memberi amaran kepada kijang-kijang yang lain tentang bahaya yang ada.

Di belakang kupang ini tertulis tulisan jawi ‘Malikul-Adl’ yang bermaksud ‘Pemerintah Yang Adil’… Kupang ini dipercayai digunakan sebagai mata wang pada kurun ke 16 atau kurun ke 17.

Cuba bandingkan dengan imej logo Bank Negara dan imej pada kupang itu sendiri…

Di harap dengan pembongkaran ini dapat membuka mata kita semua tentang kebenaran… Kepada blogger-blogger sampah di luar sana yang menulis berdasarkan apa yang disampaikan tanpa menyelidik satu-satu berita yang disampaikan, korang jawab sahaja kat akhirat nanti… Malah ada blogger yang mengaku Islam, tapi pada masa yang sama menghalalkan fitnah… Samaada korang tarik balik artikel tersebut dan memohon maaf kepada Bank Negara dan Kerajaan Persekutuan… Atau… korang akan dihidangkan dengan daging busuk kat akhirat nanti…

Sumber:

Logo Bank Negara Malaysia dan Freemason

PATANI-KELANTAN GOLD KUPANG

Kelantan/Patani

Kelantan Kijang Gold Kupang

Bank Negara Malaysia Logo issue


Kaki Penyebar Fitnah:

Simbol Illuminati Pada Ringgit Malaysia?

Konspirasi : Logo Bank Negara Malaysia adalah anjing Firaun?

Logo Bank Negara Malaysia Ada Lambang Illuminati/Freemason

Logo BNM – BNM dikuasai Yahudi?

Syiling Baru Malaysia – Malaysia Dijajah

Nota: Dengan penyebaran fitnah di atas, anda secara rasminya membantu Dajjal, yang juga dikenali sebagai pembawa fitnah terbesar di dunia…