Benarkah BN Menzalimi Rakyat?

Pelik betul… Bila bukak je Facebook page berkenaan politik, ramai yang kata BN zalim… UMNO zalim… eXception tak faham apa yang BN dan UMNO buat kepada rakyat? Maka di sini eXception nak siasat… Benarkah dakwaan mereka Kerajaan Barisan Nasional ini zalim…


Gambar Sekadar Hiasan

eXception berdiri di tengah-tengah kesibukan kota… Suasana memang sibuk dengan kenderaan di atas jalan… tak boleh nak cakap lah… eXception masuk kompleks membeli-belah… Memang ramai… Rakyat Malaysia tu, bukan rakyat Rwanda, bukan rakyat Somalia… eXception pelik… Jika benar Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, sudah tentu rakyat Malaysia kena perintah berkurung. Tak boleh keluar rumah atau pergi ke pusat membeli belah mahupun memiliki kenderaan sendiri. eXception tergaru-garu kepala… Apa kezaliman Kerajaan Barisan Nasional buat?

eXception menjenguk pula food court, mana tahu kot-kot Kerajaan Barisan Nasional ni menyekat rakyat dari makan dengan bebas…. eXception pelik… Food court pun penuh… eXception jenguk Mc Donalds, pun penuh… Jenguk KFC, pun penuh… eXception garu kepala lagi… Semua rakyat Malaysia bebas menikmati makanan kegemaran mereka tanpa sekatan… Apa yang zalimnya?? Pelik…

Mungkin Kerajaan Barisan Nasional menyekat hiburan… Jadi eXception menjenguk pula pusat hiburan di dalam pusat membeli belah tersebut. Pelik… eXception boleh jumpa ramai rakyat Malaysia yang seronok bermain roller coaster, buaian berayun dan macam-macam permainan lagi… Mereka bermain tanpa sekatan… Tanpa risau ditangkap oleh Polis…


Gambar Sekadar Hiasan

Mungkin Kerajaan Barisan Nasional menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing… Oleh itu eXception menjejakkan kaki ke sebuah masjid… Selepas mengambil wuduk, eXception pandang kiri dan kanan, risau takut ada Polis memerhati… Tetapi tidak ada… Kemudian eXception mendirikan solat… Selesai mendirikan solat, eXception pandang kiri dan kanan… Para jemaaah bersolat dengan selamba tanpa rasa was-was dan takut ditangkap oleh Polis… Mereka bebas bersolat dari Zohor sampai ke Subuh… Tidak ada sekatan… Cuma dari pemerhatian eXception, kurangnya anak muda yang menjejak kaki ke masjid… Adakah anak-anak muda disekat dari hadir ke masjid? Tidak… Yang menyekat mereka adalah diri mereka sendiri… Mereka yang menyekat diri sendiri dari beribadah kepada Allah… Kerajaan Barisan Nasional tak pernah sekat pun, malah Kerajaan Barisan Nasional membina tempat beribadat yang luas dan selesa… Adakah ianya satu kezaliman? Mungkin Kerajaan Barisan Nasional menyekat ibadat kepercayaan lain…

eXception menjenguk ke sebuah tokong Buddha… Ramai kalangan penganut agama Buddha keluar dan masuk ke dalam tokong tersebut tanpa rasa risau dan takut… eXception memerhatikan di seberang jalan, terdapat sebuah kereta peronda Polis… Adakah Polis tersebut hendak menangkap mereka yang beribadah di dalam tokong? Tidak… Malah anggota Polis tersebut mengawal lalulintas yang sesak ketika itu… Pelik… Jika Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, sudah tentu mereka di dalam tokong tersebut akan disumbatkan ke dalam trak Black Maria dan ditahan… Tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku… Mereka boleh beribadat dengan bebas…

eXception menjenguk pula sebuah kuil Hindu… eXception lihat ramai penganut agama hindu di dalam sedang beribadat tanpa rasa risau atau takut… eXception pelik… Mereka boleh pula beribadat tanpa sekatan… Kata Kerajaan Barisan Nasional ni zalim… eXception meninggalkan tempat tersebut dan pulang ke rumah dengan seribu satu macam persoalan… Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional tak seperti yang digambarkan…

Keesokan pagi, eXception ada misi untuk melihat samaada Kerajaan Barisan Nasional menyekat anak-anak kita dari menimba ilmu… Tiba di tepi sebuah sekolah… eXception lihat ramai pelajar yang sedang berhimpun… Kenapakah mereka berhimpun ramai-ramai? Adakah mereka ditahan kerana datang ke Sekolah? Kemudian berkumandang lagu Negaraku nyanyian pelajar-pelajar yang berhimpun… Oh… terdetik dalam fikiran eXception… Rupanya perhimpunan pagi… Anak-anak kita tidak pula mempunyai masalah menimba ilmu… Malah Kerajaan Barisan Nasional membina banyak sekolah… Jadi di sini, apakah kezaliman Kerajaan Barisan Nasional??


Gambar Sekadar Hiasan

eXception singgah disebuah kafe siber berhampiran. Masuk sahaja ke dalam kafe siber tersebut, eXception terpaku seketika… Begitu ramai pelajar yang memakai uniform sekolah di dalam kafe siber ini. Mereka tak bersekolahkah? Atau mereka ponteng sekolah? Fahamlah eXception sekarang… Kerajaan Barisan Nasional menyediakan sekolah untuk kita belajar, tetapi kita ponteng… Apabila kita gagal dalam peperiksaan, ibu-bapa menyalahkan kerajaan pula… Sedangkan mereka tak mendidik anak mereka dengan betul… Jadi di sini siapakah yang zalim sebenarnya? Atau mereka yang menzalimi diri sendiri?


Gambar Sekadar Hiasan


Gambar Sekadar Hiasan

eXception singgah sebentar di sebuah kompleks kerajaan. eXception lihat ramai kalangan orang melayu berkerja di dalam jabatan kerajaan… Biar betul, jika Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, sudah tentu mereka tidak dibenarkan berkerja… eXception lepak sebentar di sebuah warung mamak, di situ eXception lihat beberapa kakitangan awam masih berada di kedai mamak walaupun jam sudah menunjukkan jam 11 pagi… Jika diikutkan ini bukan waktu untuk makan, tetapi waktu untuk berkerja… eXception memasang telinga cuba mendengar perbualan mereka… Salah seorang dari mereka merungut kerana Kerajaan tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam. Kecewa benar dia bila Kerajaan tak beri bonus. Yang member seorang lagi sibuk mengapi-apikan rakannya dengan mengatakan Kerajaan kita ni zalim. Jika PR memerintah, tiap-tiap bulan kakitangan kerajaan dapat bonus. Bersungguh-sungguh betul dia bercerita…


Gambar Sekadar Hiasan

Kemudian seorang lagi pun mengiayakan apa yang member dia cakap… Kemudian mencelah dan mengiayakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ni zalim. eXception pelik, jika Kerajaan Barisan Nasional ni zalim, dah tentu mereka bertiga ni takkan dapat sebarang pekerjaan. Yang lebih pelik, apabila sudah mendapat pekerjaan tetapi tak pula menjalankan amanah yang diberikan… Berjam-jam duduk di kedai kopi bersembang sampai melanggar waktu berkerja… Agaknya jika Ketua Jabatan mereka memberikan surat amaran baru nak sedar? Pokok pangkalnya di sini siapakah yang zalim? Ataupun mereka yang menzalimi diri sendiri… Jika begini sikap kakitangan awam, bagaimana Kerajaan nak bagi bonus?? Bila tak diberi bonus, dikatakan Kerajaan zalim… Bila diberi pekerjaan tak tahu nak bersyukur… Adakah mereka ini adalah kalangan golongan-golongan orang yang menzalimi diri sendiri dan kalangan orang-orang yang kerugian seperi yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran?

eXception tak tahulah apakah yang Kerajaan Barisan Nasional buat sehingga dicop sebagai ZALIM oleh rakyat. Kerajaan beri kebebasan untuk kemana sahaja… Kerajaan beri kebebasan untuk membeli dan memilih kereta idaman… Kerajaan beri kebebasan untuk menyekolahkan anak di sekolah kebangsaan atau sekolah vernekular… Kerajaan beri kebebasan memilih perkerjaan samaada swasta atau awam… Kerajaan beri kebebasan menikmati makanan kegemaran tanpa sekatan… Kerajaan beri kebebasan beragama dan menganuti sebarang kepercayaan serta mengamalkannya tanpa sebarang sekatan… Kerajaan beri kebebasan untuk memiliki harta tanpa sebarang sekatan… Adakah ini masih hendak dikatakan ZALIM!!?

Advertisements