Islam Umno tidak masuk syurga: Mursyidul Am Pas

Nik Aziz samakan agama dibawa Umno seperti diamalkan di Palestin

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhan terbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nada sinis, berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga.

“Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.

“Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman),” katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, semalam.

Pengundian akan diadakan pada 25 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman, pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.

Sebelum ini, ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan terhadap Umno dengan menyatakan parti itu sama seperti komunis.

Selain itu, beliau turut menyamakan Umno yang majoritinya dianggotai orang Islam seperti Ayah Pin, iaitu individu yang pernah menyebarkan ajaran sesat di Terengganu, beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Kenyataannya itu dibidas pemimpin Umno antaranya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Nik Aziz sanggup menghalalkan tindakan menghina Islam tanpa memikirkan sentimen orang lain hanya kerana pihak menghina adalah dari rakan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Nik Aziz menasihatkan parti bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menjaga etika masing-masing dan tidak membuat serangan peribadi.

– Berita Harian

Tuan Garu Nick Ajiszz aku ingin bertanya kepada nko… Adakah Islam PAS boleh beri jaminan penyokongnya ke syurga? Berikan bukti dan dalil apa yang nko katakan itu. Adakah hak kamu sebagai manusia dan juga hamba Allah menentukan ke mana seseorang itu di akhirat kelak? Adakah hak kamu menentukan siapa menyokong PAS masuk syurga? Nick Ajiszz, ingatlah kamu tak lebih sekadar ciptaan Allah… Kamu hanyalah hamba Allah… Kamu hanyalah manusia yang diciptakan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini hanya untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Bukan tunduk kepada nafsu, bukan tunduk kepada DAP, PKR dan Anwar…

Allah jadikan kamu untuk beribadat kepada-Nya. Allah berikan kamu lidah untuk mengatakan perkara yang baik-baik dan benar… Allah berikan kamu akal supaya kamu boleh berfikir sebelum melakukan atau berkata sesuatu. Allah berikan kamu hati supaya menimbulkan perasaan kasih sayang sesama manusia… Ingatlah kamu tak lebih sekadar makhluk Allah. Bukan hak kamu menentukan siapa yang berhak ke syurga atau ke neraka… Itu hak Allah… Ingatlah apabila kamu berbuat sedemikian, kamu tak ubah seperti Ayah Pin, Rasul Kahar… Ketua Ajaran sesat. Kata-kata Rasul Kahar masih diterima akal lagi kerana mengaku dia Nabi dan Rasul. Tetapi kamu sudah melangkaui kuasa Allah…

Ingatlah Nick Ajiszz, kamu gunakan lidah untuk mengatakan sesuatu yang dusta. Kamu gunakan hati dengan menyemai dendam kesumat dan kebencian… Kamu gunakan akal untuk menipu umat Islam yang tidak kukuh imannya… Sedarlah orang tua, kamu hanyalah ciptaan Allah…

Kepada Nick Ajiszz, UMNO tak pernah menjanjikan syurga kepada penyokongnya. UMNO hanya menjanjikan pembangunan dan kehidupan selesa serta aman untuk rakyat jelata. Soal syurga dan neraka adalah bergantung kepada amal dan ibadat kita… Itu juga urusan Allah SWT…

Advertisements