Kentang Goreng Mc Donalds Dan KFC Selepas 3 Tahun…

5 Komen

Apa Yang Akan Berlaku Pada Kentang Goreng Mc Donalds Dan KFC Selepas 3 Tahun??

Lihat perbandingan antara kentang goreng Mc Donalds sebelah kiri dan kentang goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) di sebelah kanan… Apa yang anda boleh lihat??

Yaa… Anda boleh nampak kentang goreng KFC telah menjadi buruk dan berkulat…

Yaa… Anda juga boleh nampak kentang goreng Mc D, masih kekal denga keadaan asalnya…

Jadi tahukah anda apa kesimpulannya??

Yaa… Kentang goreng Mc D… Mengandungi bahan pengawet…

Jika tidak nasibnya akan sama seperti kentang goreng KFC…

Menjadi buruk dan berkulat…

Apapun perlu diingatkan… Perbandingan ini bukan dibuat di Malaysia… Tapi di luar negara…

Bermakna… Produk KFC atau Mc D di Malaysia tidak terlibat…

Tetapi eXception tak pasti adakah ianya dari bahan yang sama atau tidak…

eXception perolehi dari laman web 9Gag…

Kepada rakyat Malaysia… jika anda was-was… Sila buat ujikaji sebegini…

Kemudian bandingkan… Tak perlu tiga tahun… 3 bulan pun dah cukup…

Sumber: McDonald’s Fries vs KFC Fries after 3 years

Epic Failed!! Kesilapan Marketing Atau Strategi??

5 Komen

Rakyat Malaysia Naik Gila!! KFC Batalkan Kupon Percuma??

Tak sampai satu hari kupon di atas dikeluarkan… KFC umumkan di dalam Facebook mereka mengatakan promosi tersebut sudah habis??

Lihatlah berapa ramai Rakyat Malaysia yang cintakan barangan PERCUMA marah dan memaki hamun KFC berbakul-bakul… Sampai tak larat lagi KFC nak angkat bakul-bakul maki hamun dan seranah tersebut…

Sedangkan pada kupon tu menyatakan ianya sah sehingga 15 Januari 2012. Tetapi belum pun 15 Disember 2011, KFC terpaksa umumkan pembatalan promosi tersebut… Apakah sudah jadi dengan bahagian pemasaran dan promosi KFC Malaysia ni? Apakah strategi pemasaran sebegini boleh melakukan KFC? Lihat berapa ramai rakyat Malaysia yang bangkit marah… KFC patut peka ramai yang dok kebulur sangat dengan burger FREE korang tu? Tiba-tiba pulak korang boleh buat lawak APRIL FOOL di tengah-tengah bulan Disember… Siapa tak hangin??

Kat atas merupakan sebahagian dari komen terhadap KFC… Begitu ramai pencinta barangan FREE mengeluarkan kata-kata yang tidak sanggup kita dengar… Ramai yang dah print siap-siap kupon KFC tu sampai siap boleh bagi kat mak bapak kat kampung, tok wan, tok teh… Tu belum lagi mak-mak sedara kat kampung… Camne la diorang nak menjawab bila secara tiba-tiba KFC buat pengumuman yang bertaraf EPIC FAILED!! Ramai jugak yang dok cadang-cadang serbu ramai-ramai hari ini semata-mata nak makan burger FREE tapi kempunan kerana TIPAH TERTIPU!!

Pihak pengurusan dan bahagian pemasaran serta promosi perlu bertanggungjawab atas perkara ini. Korang perlu sedar bahawa kegagalan korang hari ini boleh menyebabkan graf sale untuk bulan Disember akan meluncut turun seperti air terjun… Inilah akibat apabila membuat promosi tanpa strategi yang betul… Nah… Terima sahajalah maki hamun yang tak enak untuk didengari… Itupun jika korang sanggup dengar…

Apapun, eXception di sini tetap memberi sokongan dan akan tetap menjadi pelanggan setia KFC… Sebab eXception TAK KEBULUR sangat dengan burger percuma KFC tu… Lagipun KFC Malaysia juga dimiliki oleh orang melayu. Maka wajarlah eXception menyokong perniagaan orang melayu walaupun KFC merupakan francais jenama dari Barat… Cuma nasihat eXception… Kepada pengurusan KFC anda perlu menghantar personel bahagian marketing atau promosi ke kelas silap mata. Ini bagi membolehkan mereka menghaibkan diri jika perkara sebegini berulang…

Wah… Hitler pun dah marah… Tak tahu… Tak tahu… Pandai lah korang menjawab… Ha ha ha ha ha…

Nota: Teringat pulak KFC versi Kenkaki Fried Chicken yang bersalut tapak kasut… Apa punya bahalol la pekerja KFC tu…

Humm jika korang tengok yang seranah berbakul-bakul kebanyakan ialah kaum cina yang dok hasut kita makan Mc D dan boikot KFC lak… Taula korang nak support bisnes kaum korang… Apapun eXception tetap support KFC… Dari mengayakan kaum korang baik kayakan orang melayu…

Tak sanggup tengok berbakul-bakul maki hamun… Korang tengoklah sendiri…

KFC Malaysia – Kentucky Fried Chicken