Cuepacs Cadangkan Agar Semua Kenderaan Kerajaan Dapat Pengecualian Tol

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan – CUEPACS

KOTA BHARU 12 Feb. — Selepas membuat saranan agar kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPCAS) kini turut mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.

“Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan,” katanya di sini hari ini.

Omar berkata, Cuepacs sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans. — BERNAMA


Di sini eXception nak beri tips kat korang untuk turut dapat pengecualian tol seperti yang Cuepacs minta…

Cara pertama, dapatkan pelekat jabatan kerajaan… Lagi bagus saiz besar untuk dilekatkan pada pintu kereta…

Contoh logo…

Contoh pemasangan…

Lepas menepati syarat yang seperti mana diminta oleh Cuepacs (lihat ayat yang digariskan), maka korang bolehlah guna mana-mana lebuhraya selepas ini (apabila permintaan Cuepacs dipersetujui) tanpa perlu khuatir pasal kos tol, sebab korang boleh masuk lebuhraya secara PERCUMA!!!

Kepada Cuepacs… Sebelum nak beri cadangan yang bukan-bukan… Sila kaji dulu… Sebab ramai kalangan kakitangan kerajaan suka menyalah gunakan kenderaan jabatan untuk kegunaan peribadi… Ini ialah HAKIKAT…

Jika sebelum ini pengecualian tol percuma HANYA diberi kepada kenderaan jabatan kerajaan yang melakukan tugas rasmi seperti rondaan, menyelamat termasuklah kenderaan Bomba, JPJ, Polis, ambulans, SPAD, Jabatan Penjara (sila rujuk artikel di bawah…)


PLUS perjelas isu tol

KUALA LUMPUR 11 Feb. – PLUS Expressways Bhd., pengendali Lebuh Raya Utara Selatan hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas-tugas memadam kebakaran atau kecemasan.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar) berkata, pengecualian tersebut turut diberikan kepada ambulans, kenderaan menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis, tentera serta Jabatan Penjara.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan peruntukan Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984, Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jadual Keempat Belas (Perenggan 4) yang memperuntukkan bayaran tol tidak dikenakan ke atas semua kenderaan kerajaan.

“Justeru, semua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas kecemasan diberi pengecualian tol, termasuk kenderaan Jabatan Bomba yang menjalankan latihan operasi menyelamat serta operasi rondaan semasa musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ketetapan yang diputuskan oleh Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menggunakan lebuh raya Persekutuan sahaja jika kenderaan rasmi masih dikenakan bayaran.

Menurut Noorizah, caj tol hanya dikenakan ke atas kenderaan Jabatan Bomba yang tidak menjalankan kerja-kerja kecemasan atau menyelamat.

“Kenderaan Jabatan Bomba yang membawa kakitangan atau pegawai bagi menghadiri tugas rasmi seperti mesyuarat, seminar dan kursus serta van yang membawa barangan pejabat masih dikenakan caj tol.

“Selain itu, lori jabatan tersebut yang membawa barangan atau peralatan yang tidak melibatkan peralatan menyelamat dan kecemasan juga turut dikenakan bayaran,” katanya.

Oleh itu jelasnya, arahan telah diberikan kepada kakitangan plaza tol untuk membuka laluan di lorong SmartTAG dan Touch n’ Go kepada kenderaan yang melakukan tugas-tugas kecemasan sekiranya berlaku kesesakan di lorong tunai.

Katanya, PLUS sentiasa memberi kerjasama kepada kenderaan-kenderaan kecemasan untuk membolehkan mereka memberikan bantuan kepada orang ramai secepat mungkin.

Sumber:

PLUS perjelas isu tol

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan – CUEPACS

Advertisements