Harakah Diarah Padam Berita Berkaitan Hudud?

Tinggalkan komen

Harakah Diarah Padam Berita Berkaitan Hudud?

Hairan bin ajaib…

Harakah yang dianggap telus oleh kalangan pencacai PAS telah memadamkan satu berita dari lamannya…

Mengapa berita tersebut dipadamkan??

Apakah PAS takut ‘tembelang’ sebenar terbongkar??

Apakah nasib Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik nanti??

Adakah beliau akan dipecat seperti Datuk Hassan Ali??

Atau digantung tak bertali seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa??

Sumber:

Pimpinan PAS digesa waspada jawab isu hudud

Versi Cache:

Pimpinan PAS digesa waspada jawab isu hudud

Sumpah Laknat: Kejap PAS Kata Tak Boleh… Kejap Kata Boleh… Aparaaa!!

1 Komen

Dulu Kata Sumpah Laknat Bukan Sebahagian Ajaran Dalam Islam… Kini PAS Cabar MB Terengganu Bersumpah Laknat…

KUALA TERENGGANU – Pimpinan Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik tidak menolak kemungkinan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melakukan sumpah laknat kerana melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat (P:Pas).

Kata beliau, sumpah laknat dalam bentuk ‘mubahalah’ itu perlu dilakukan jika benar semua pihak mahu memastikan kebenaran berhubung dakwaan tersebut.

“Ini adalah salah satu kemungkinan untuk mengajak Ahmad Said melakukan sumpah laknat. Kita tidak mahu benda ini (tuduhan bahawa Pas ajaran sesat) kerana benda ini berat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran Wacana ‘Pas: Parti Ajaran Sesat’ anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Ahmad berkata pihaknya akan memperluaskan isu terbaru ini kerana seluruh negara termasuk satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Abu Bakar yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat tidak menolak bahawa kemungkinan tersebut tidak berlaku kerana mubahalah adalah sesuatu yang berat dan bukannya sumpah laknat sebagaimana dilakukan Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap majikannya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Mengulas lanjut, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu itu dari sisi politik kerana menganggap isu sesat adalah perkara yang tidak boleh dibuat main-main kerana boleh berbalik semula kepada diri sendiri.

“Itu sebab kita tidak mahu ambil isu itu,” katanya dengan mengakui isu tersebut akan dibawa dalam bentuk dakwah, di samping menerima perbincangan dengan mana-mana pihak dalam bentuk muzakarah.

Dalam kenyataannya, Menteri Besar Terengganu juga berkata, Pas yang patut bersumpah terlebih dahulu.

“Kenapa saya pula kena sumpah laknat? Mereka (Pas) yang sepatutnya sumpah dahulu. Setahu saya, sumpah laknat ini (dilakukan) jika kita buat sesuatu tetapi kita tidak mengaku,” tegas Ahmad.

Ahmad yang dilihat berang dengan situasi itu berkata, Pas sepatutnya membuat sumpah laknat terlebih dahulu dan bukannya Umno.

“Tunggu dia buatlah, dulu (mereka) nak berdebat, (sekarang) kita ada orang yang dia nak berdebat. Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula.

“Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun,” katanya.

Isu P:Pas: Pas mahu MB sumpah laknat


Ha ha ha ha ha ha!! Inilah ajaran PAS, fatwa boleh berubah-rubah… Kejap kata tak boleh… Kejap kata boleh plak… Macam sesumpah perangai… Boleh berubah-ubah kaler…

eXception masih ingat lagi, bagaimana Imam Mahdi PAS, Anwar Ibrahim (orang PAS sendiri angkat Anwar setaraf Imam Mahdi) dengan marah mempersoalkan soal hukum dalam bab bersumpah ni…

Bila keluar sahaja video ni, bermacam-macam fatwa PAS keluarkan bagi defend Anwar…

Kenapa dulu takde dalam ajaran Islam, sekarang ada balik??

Bagaimana perkara yang tidak ada dalam Islam tiba-tiba boleh diadakan balik??

Ha ha ha ha ha ha!! PAS sudah kena checkmate!!