Cuba Korang Teka… Apa Benda Ni??

Tinggalkan komen

Cuba Korang Teka… Apa Benda Ni??

eXception tak tahulah menatang apa kebendenya ni…

Nak kata rendang… Tak macam gaya rendang…

Nak kata kari… Tak gaya macam kari…

Nak kata kuah kacang… Lagi la tak nampak gaya macam kuah kacang…

Cuba korang teka… Apa kebendenya ni??

Haaaaa…. Kalo korang nak tahu…

Inilah hasil dari kerajaan berkebajingan PAS Kelantan…

Ini namanya selut…

Inilah yang terhasil pada penapis air selepas 11 hari membersihkan air paip di Kelantan…

Menarik bukan??

Di sini eXception ingin membuat cabaran terbuka kepada mana-mana pencacai PAS…

Cabarannya ialah…

Korang makan selut ni sampai licin…

Gangguan Bekalan Air Mulai 11 Malam Ini

Tinggalkan komen

Gangguan Bekalan Air Mulai 11 Malam Ini

KOTA BHARU – Kira-kira 5,000 akaun pengguna bekalan air bersih di sini serta Bachok dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 11 malam ini.

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) melalui satu kenyataan media memberitahu, masalah itu ekoran operasi di Loji Rawatan Air Chicha akan tergendala buat sementara waktu.

“Operasi loji ini terhenti berikutan kerja kecemasan pencucian telaga air mentah di loji. Gangguan bekalan air dijangka sehingga pukul 4 pagi esok.

“Justeru orang ramai dinasihat supaya menyimpan air mencukupi dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi PINTAS di talian 1300-88-2572,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang dijangka terjejas di Kota Bharu termasuk Kampung Tok Ku, Kampung Cherang, Taman Aisyah, Taman Sri Binjai, Taman Sri Permai, Taman Sri Panji, Kampung Lubuk Pukul dan kawasan Sabak.

Manakala antara kawasan di Bachok yang dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih adalah Peringat, Perol, Melor, Kok Lanas, Tegayung, Demit dan Panji, kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

Kepada penduduk yang terlibat. Sila pastikan anda menyimpan air yang mencukupi untuk keperluan anda. Sekiranya ada saudara-mara atau keluarga anda berada dalam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, harap segera dimaklumkan kepada mereka untuk kemudahan dan persiapan.

Panas!! Pendedahan Penyelewangan AKSB Didedahkan??

Tinggalkan komen


Panas!! Pendedahan Penyelewangan AKSB Didedahkan??


Memang panas!! AKSB tak habis-habis dengan skandal… Jika dulu skandal isu air berkarat… Kali ini isu apa pula?? Dikatakan surat di bawah ini ditulis oleh kakiktangan AKSB dan ditujukan kepada MB Kelantan, Tok Garu Nik Aziz…

eXception tak pasti kesahihan dokumen di atas… Tetapi jika benar… Mengapa Nik Aziz mendiamkan diri?? Adakah Allah sudah ampunkan dosa mereka yang bertanggungjawab??